Monday, 20 December 2010

Dihimpit Ketika Tidur



Pendahuluan

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga penulis menulis sebuah entri yang agak misteri nie.. mesti anda berasa pelik dengan tajuk entri kali ini kan? dan mungkin jugak ada dikalangan anda yang dah tahu apakah itu dihimpit ketika tidur.. Takper, apa-apa pun mari kita kupas satu persatu dengan teliti mengenai fenomena misteri ini ok.. jom!

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti.. hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini. Tetapi, apa yang penulis cuba sampaikan nie memang benar, terpulanglah atas anda untuk mempercayainya atau tidak yer. tak paksa.

Berbalik semula mengenai dihimpit ketika tidur.. bagi pendapat penulis la kot, tak semua orang ada pengalaman camtu.. mungkin hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja (terpilih??) yang pernah mengalaminya, bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia.. Tak kiralah waktu bila dan dimana jua mereka itu berada, di kampung, Kuala Lumpur, Bangaladesh, Pelestin, Dubai, Israel, Kuil, White House, Wad Sakit Jiwa, fenomena kena himpit itu pasti ada! Cuma orang tu jer yang nak atau taknak untuk menceritakannya.. Yer la, bukan senang nak bagi orang percaya perkara-pekara mistik pada zaman facebook dan hanpon blackberry nie betul tak?

Jadi, entri yang ke-2 blog ini adalah bertujuan untuk mengupas segala misteri disebalik fenomena dihimpit ketika tidur ini.. Sesiapa yang tidak pernah lagi mendengar mengenai fenomena ini, anda akan faham setelah membaca entri ini ok..

Fenomena dihimpit ketika tidur ini bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat dunia hari ini, ia menyerang seseorang itu tanpa mengenal usia mahupun bangsa di mana-mana jua. Apa yang menariknya ialah, walaupun kita berada di era yahoo messenger, twitter dan play station 3, tetapi masyarakat dunia hari ini lebih ramai percaya bahawa fenomena ini berkaitan dengan perkara mistik walaupun ia mampu diungkap melalui istilah sains dan perubatan.

Tetapi, sebagai umat islam kita wajib percaya bahawa fenomena dihimpit ketika tidur ini berkaitan dengan sains dan juga mistik ok. Barulah adil dan saksama!

P/S: Sila jawab soalan dibawah untuk mengetahui bilangan pembaca yang berpengalaman dihimpit ketika tidur ok!





***********************************************************************

Pengalaman dihimpit 1

Baiklah.. untuk anda lebih faham, eloklah penulis menceritakan dahulu bagaimana pengalaman penulis dihimpit ketika tidur ok, biar anda tahu bertapa seksanya apabila diganggu ketika tidur..(penulis kena himpit tak macam anda, penulis memang tahap ekstrem punyer la.. sob..sob.. hurm)

Pengalaman pertama penulis dihimpit ketika tidur adalah semasa penulis di tingkatan-1. Time tuh penulis sekolah petang, selalunya pukul 8 atau 9-pagi baru penulis bangun dari tidur sebab nak tengok cerita kartun kat Tv3.. Untuk dijadikan cerita, pada suatu hari nie.. kira-kira dalam pukul 7.30-pagi, sedang penulis tidur nyenyak sambil berkain pelikat tiba-tiba penulis terasa seperti kaki penulis dipegang oleh seseorang dan kain pelikat penulis diselak slow-slow ke atas! Tetapi disebabkan time tuh penulis mengantuk tahap baik punyer so, penulis biarkan jer la.. Cuma ape yang menghairankan penulis adalah, makhluk yang memegang kaki penulis ketika menyelak kain pelikat penulis tuh adalah seperti angin mampat.. maksud penulis terhadap angin mampat tu macam nie.. makhluk tu memegang kaki penulis menggunakan tangan dia tetapi tangan dia tuh bukanlah seperti jasad manusia, tetapi seperti angin (faham tak?), dingin jer rasa tangan tuh.. macam angin yang telah dimampatkan sehingga menjadi seperti jasad..


Bagaimana perasaan anda jika anda tengah tidur tetibe ada orang selak kain pelikat anda? Mestilah anda rasa ghairah nak mengamuk betul tak? So, begitulah keadaan penulis ketika itu.. dalam keadaan mengantuk baik punyer, penulis gagahkan jugak diri untuk melihat siapakah yang berani menyelak kain pelikat penulis tuh. Sedang penulis berusaha untuk bangun tetibe penulis terasa badan penulis seperti dihimpit sehingga lumpuh.. Allah swt sahaja yang tahu bagaimana terseksanya penulis ketika itu.. dah ler kali pertama penulis alami pengalaman seperti tuh.. Nak menjerit suara pulak tak keluar, nak meronta-ronta badan pulak lumpuh, apa yang boleh penulis buat hanya bernafas slow-slow dan buka separuh mata sahaja.. ketika itu penulis tak dapat lihat dengan jelas apa jenis makhluk yang himpit penulis tu..

Waktu tu Allah swt jer yang tahu betapa gerunnya penulis, dalam keadaan lumpuh tu penulis gagahkan jugak diri untuk meronta-ronta sekuat hati walaupun nafas sesak giler.. sehinggalah penulis terasa seperti ada makhluk keluar dari badan penulis dan ketika itu penulis terus rasa segar dan sihat. So, apa lagi... meremang la semua bulu-bulu kat badan nie, jadi penulis pun terus bingkas bangun dan berlari mendapatkan mak penulis serta lantas menceritakan segala pengalaman tadi.. Tapi anda nak tahu apa yang mak penulis jawab? Ini dia: KAH KAH KAH KOH KOH! (sambil potong bawang)… apalagi, penulis pun terus berambus ke dalam bilik air pastu mandi sambil meraung..

Pengalaman dihimpit 2:

Agaknya beginilah gambaran semasa dihimpit ketika tidur kot..
Sebenarnya apa yang penulis nak cerita nie bukanlah pengalaman penulis kena himpit yang ke-2 tetapi pengalaman kena himpit selain daripada pengalaman pertama diatas. Sebenarnya penulis dah banyak kali dah kena himpit ok, dah lali serta dah tak hairan pon (cakap besar giler haha).. cuma bila dah semakin dewasa nie kena himpit tu agak semakin kurang dah alhamdulillah. Ok, berbalik semula kepada pengalaman dihimpit ketika tidur tadi.. baiklah, untuk pengatahuan anda sebelum penulis kena himpit tuh, pasti penulis akan didatangi oleh mimpi-mimpi yang aneh dan mengerikan.. Tak boleh penulis nak gambarkan keadaan mimpi tuh, pelbagai jenis.. antara contohnya adalah seperti mimpi nampak mayat bungkus, nampak binatang buas, nampak nenek tua bangka, sesat kat tempat yang menakutkan (kubur, umah usang etc) dan pelbagai lagilah.. yang pasti mimpi itu amat mengerikan dan berbau seperti ancaman!

Ok, setelah penulis diserang mimpi ngeri tu confirm apabile tersedar jer dari tidur pasti penulis sedang dihimpit sampai penyek, habis lumpuh seluruh badan penulis.. so apa lagi, meronta-ronta la penulis sampai makhluk haram tuh blah.. bila makhluk tuh dah blah confirm bulu-bulu kat badan nih akan menegang dan serta merta kepala nih akan menjadi ngantuk ke tahap yang lebih ekstrem, jadi penulis pun tidur la semula sebab terlalu mengantuk pastu.. GEDEBUK kena himpit balik full stop!



Antara contoh mimpi sebelum dihimpit ketika tidur:

Mimpi melihat wajah yang mengerikan
Mimpi berbau ancaman
Mimpi berada di kawasan keras
Mimpi terperangkap di alam lain
p/s: Mimpi sebelum kena himpit agak berlainan dengan mimpi-mimpi biasa kerana mimpi-mimpi tersebut lebih real dan mudah untuk kita ingati

***********************************************************************

Dihimpit ketika tidur didalam konteks Islam

Wujudkah istilah dihimpit ketika tidur nie dalam konteks islam? Oklah, cuba fahami hadis –hadis ini:

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedangkan mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w menjelaskan daripada Safiyah binti Huyayn, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berupaya berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut pembuluh darah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis diatas, boleh la kita simpulkan bahawa kena himpit ketika tidur ini adalah hasil daripada gangguan syaitan  yang dilaknat! Untuk pengatahuan anda, ketika kita sedang tidur, sebenarnya kita berada difasa yang paling lemah jadi, memang sifat azali syaitan iaitu suka mengganggu anak-anak adam ketika mereka didalam keadaan lemah.. So apa lagi? Ketika manusia itu sedang tidurlah datangnya syaitan yang durjana lalu mempengaruhinya atau himpit manusia itu sehingga penyek, tujuannya hanya 1 jer iaitu mahu menganggu tidur manusia! (jelez la tuh bile tengok orang tidur lena, dengki nak mampuih).. akan tetapi ada jugak kebaikannya ok, kalau kita kena himpit pada waktu malam atau subuh, boleh la kita bangun untuk buat solat tahajud atau solat subuh kan? hahaha.. terima kasih!

Syaitan amat menggemari mengusik manusia ketika manusia di dalam keadaan lemah.

Sebenarnya, istilah yang lebih tepat mengenai kena himpit ini adalah lumpuh seluruh badan ketika tidur akibat dipengaruhi oleh syaitan (mungkin syaitan itu sedang berada di dalam pembuluh darah atau saraf paralysis ketika kita sedang nyenyak tidur sepertimana hadis Rasullullah saw). Cuba kita perhatikan betul-betul, syaitan nie sebenarnya amat takutkan manusia.. mereka hanya akan datang mengganggu manusia hanya ketika manusia itu dalam keadaan lemah atau bernafsu tinggi sahaja. Cuba syaitan tu ganggu manusia ketika manusia itu didalam keadaan tenang, aman dan gembira.. buat malu syaitan tuh jer..

Bagi pengalaman penulis yang dah bertahun-tahun kena himpit nih.. sebelum kena himpit tuh, kita memang dah dapat detect bahawa kita pasti kene himpit kalau tido lepas nih.. hah? macam mana tuh? tak faham ler.. Baiklah x2, mari penulis terangkan dengan lebih mendalam dan terperinci ok.. sebelum kita nak kena himpit tuh, secara automatik nyer telinga kita akan berdesing seperti mana bunyi angin pantai atau lebih mudah lagi seperti bunyi nafas Mariah Carey haha (tak tipu ok).. Bunyi-bunyian ini sebenarnya adalah berguna sebagai radar untuk kita detect bahawa makhluk lahanat tuh dah berada berdekatan dengan kita.. tinggal nak menghempap jer.. stand by la kita time tuh hahaha.. confirm GEDEBUUUK..!!!!

p/s: Dari sudut sains, bunyi-bunyian tuh adalah bunyi frekuensi dari makhluk halus.. sains pun kite kene percaya jugak ok.. yang penting fenomena nie takder kaitan langsung dengan saka.. amat jauh sekali dengan konsep saka.. Ingat tuh.. so, jangan takut.

*************************************************************************

Dihimpit ketika tidur didalam konteks Sains


Setelah bercerita mengenai kena himpit dalam konteks islam, bagaimana pula ia didalam konteks sains? Baiklah.. mari penulis huraikan menggunakan ayat penulis sendiri ataupun anda boleh bacanya kat Wikipedia ok! Sebenarnya, ahli-ahli sains pun ada jugak membincangkan tentang fenomena nih dan kajian yang dilakukan memang logik dan boleh diterima pakai. Baiklah untuk anda lebih faham, sila baca perenggan di bawah ini dengan teliti..

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Percayalah.. pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak ok.. kecuali kalo anda menjerit.. kalau anda menjerit sekuat hati pun mungkin suara itu boleh kedengaran jugak tetapi bunyi suara anda tuh tak ubah seperti kerbau kena sembelih haha.. baik tak payah menjerit ok.. Setakat ini takder pun lagi orang yang mati kena himpit, so tak payah la panik sangat kalo sesiapa yang ada pengalaman kena himpit tuh. Hal kecik jer tuh.. rileks jer la yek..

Halusinasi ketika tidur, iaitu otak dalam keadaan aktif
Akan tetapi.. sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tuh.. misterikan? Sah-sah ia berkaitan dengan syaitan atau mungkin juga halusinasi.. satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk.. memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini.. kalau nak lebih detail sila tanya ustaz ok!

*************************************************************************

Cara mengelakkan daripada dihimpit ketika tidur

Kaedah Islam
Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.
Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya,
hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan
dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia
(mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a'uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! hahaha! memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali. Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.


Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Hadis daripada Jabir menyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud; Sesungguhnya apabila seseorang hendak tidur bersainglah malaikat dan syaitan. Malaikat berdoa; Ya Allah, akhiri orang ini dengan kebaikan. Sedangkan syaitan berdoa; Akhiri orang ini dengan kejahatan. Jikalau orang ini berzikir mengingati Allah, kemudian tidur, maka bermalamlah malaikat menjaganya. Setelah membaca doa seperti yang dijelaskan, serah diri pada Allah dengan membaca doa yang bermaksud; Ya Allah, Engkau mencipta diriku dan Engkau pula yang mematikannya. Kerana Engkaulah hidup dan matinya. Jika Kau hidupkan dia semula, peliharalah dia dan jika Kau matikan, maka ampunilah dia dan jika Kau matikan, maka ampunilah dia. Ya allah, sesungguhnya aku memohon keselamatan kepada-Mu. Mereka yang bermasalah tidur jangan tidur di siang hari terlalu lama, lebih-lebih lagi pada waktu petang iaitu selepas asar. Tidur apabila tiba waktunya pada waktu malam. Jangan terus berjaga padahal mata terasa mengantuk, biarpun ada urusan yang masih belum disempurnakan. Tidur dalam keadaan suci, berwuduk dan tidak dalam keadaan junub.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Kaedah Sains

Senang jer, anda tidur jer bila dah betul-betul mengantuk ok.. jangan dipaksa tidur tuh jika tak mengantuk.. bukan apa, kalau anda tidur ketika tak mengantuk maka otak anda akan teraktif sendiri ketika lena, maka anda akan tersedar ketika badan anda masih di dalam fasa rehat (tidur), jadi kepala anda akan tersedar tetapi badan anda masih lagi tidur.. confirm la anda rasa seperti kena himpit atau lumpuh. Elakkan tidur paksa. Itu sahaja

p/s: kalau anda kena himpit jugak, sila makan ubat tidur sebanyak 100-dos pastu gi tidur celah ketiak mak hang ok! memang confirm ler tak kene himpit hahaha..! z z z z z


Sape sanggup tido celah ketiak nih? kah kah kah!



-abis-


AnwarSuran.Home 2010

Share:

35 comments:

  1. nce sharing..tapi sampy sekarang gua tak penah kene himpit lagi mase tido//alhamdulillah..

    JOM BACE ENTRY BARU
    "1.Facebook VS Blog"

    ReplyDelete
  2. sejak kat uitm shah alam,adala 2 3 kali kene impit..kiki penat woo lawan

    ReplyDelete
  3. @Kimi noL: Ler.. tak pernah kena himpit ke? kesiannya hahaha

    @Anon1: Thanks (lain kali type nama ok)

    @Anon2: Nie pun satu, lain kali type la nama skali ya, nak knal jugak sape hehe. Kat UiTM Shah Alam banyak sangat syaitan kot, syaitan educated keh keh :)

    ReplyDelete
  4. dulu masa aku dok asrama banyak kali gak kena himpit... seksa woo sebab xleh wat pape..

    ReplyDelete
  5. eee takutnye tgk gambar2 di atas tu..
    tapi artikel yg baik utk dikupas dan dikongsi bersama =)

    terima kasih anwarsuran

    ReplyDelete
  6. gua hari2 kena himpit bai..susah gak kalo dah kawin nie kan..uhuks..uhuks..

    ReplyDelete
  7. @Azwan Aziz: Memang la seksa.. sakit jiwa pun ada keh keh keh!

    @Myzara: Takut ke dengan gambar2 tu? Cik Myzara nie tengok gambar pun dah rasa seram.. belum lagi rase kne himpit hehehe.. doalah minta ia dijauhkan ok!

    One2paii: Mana lagi seksa? kene himpit dengan jin ke atau dengan bini? kah kah kah!

    ReplyDelete
  8. amboyy nuar kuang asam ye.."ni lagi sorang".tapi cne ko tau aku haha weh aku nak ko cite pasal kawen pulak

    ReplyDelete
  9. @ella: Aku tau ler.. sape lagi yang gelak bunyi 'kikiki' hehe! Ko nak aku post entri pasal kawin? Hurm.. memang ada niat nak tulis pasal tu tapi tengah dalam perancangan lagi kot.. selalunya aku akan banyakkan membaca pasal tajuk yang akan ditulis tu dulu.. insyaallah, dah update nanti aku inform ok :)

    ReplyDelete
  10. Ini 18SG punyer entri nih haha.. (histeria)

    ReplyDelete
  11. ceiss begitu ye nak cam!okai,update sokmo!!!

    ReplyDelete
  12. @raf_consult: Gambar jer yang 18SG hehe

    @ella: Update sokmo? insyaallah.. Nak berusaha untuk sentiasa update :)

    ReplyDelete
  13. noranitakamarudin7/1/11 1:36 pm

    em..bile difikrkan memg sgt menakutkan dan menarik cerita di atas 2..alhamdulillah,setakat ni sy xpernah mengalami himpitan 2 ketika tido..
    em,lecturer sy kate dari sudut biologinye, terasa dihimpit semasa tido ni sebenarnye ade sistem dlm badan kite yg stuck tp sy lupe ape name die..huhu..
    so,dat's why kite rase mcm dihimpit...

    ReplyDelete
  14. oh penah kene. tp, da lali jugak~
    setakat ni, alhamdulillah, tkdelah mudharat sgt
    bley a kot, syaitan tu datang kacau but individu yg kene tu take it as pengejut utk bangunkan tahajud,
    lebih dari tu, bile kite bangun rasa sgtlah thp kebergantungan yang tinggi pada Allah SWT.

    thnx sharing. baru smlm kene lagi~:)

    ReplyDelete
  15. Nita: Owh sains la ya.. huhu :)

    Dyana Shaifulhaq: Asyik kene jer kan? memang tensyen..

    ReplyDelete
  16. nuar, erm...dulu ko ad kate kan yg pasal kalu kita dalam keadaan separa sedar, tgh kena tindih 2, try angkat tangan tengok tangan kita betul2 da angkat ke x. kalu rasa da angkat tp sbnarnya x angkat...err, 2 minda bawah sedar kita yg tgh brfungsi pas 2....er, bla3 malas taip. :) -syawal m3x

    ReplyDelete
  17. nice entri..

    boleh biat bekalan waktu nk tido nanti

    selalu kene mcm ni..tensen oo

    ReplyDelete
  18. aku pun slalu gak kener himpit tapi bila sebelum tu mesti mimpi ngeri dulu .aku try tido balik tapi mesti kener himpit balik last sekali aku ambik al-quran korang cuba try plak

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum....sy pn pernah kena jgk..benda tu tindih sy smbil cubit tngan sy..bla buka mata ckit nampak bnda tu snyum..kabur mukanya...tp agak seram la..stil blh ingat muka bnda tu..kekadang tu smpai dgr suara orang tu ckp kat kpala..bhasa ape ntah dia ckp..xfaham..bergegar satu badan sy..huhu.tp skrang alhmdulillah..buat adab tido sperti yg diajar baginda nabi saw...insya'allah xkena kacau..dsmping tdo kita jadi ibadat..sbb ikut cara nabi saw...insya'allah...

    ReplyDelete
  20. hmm,..sama lah mcm sya,..sya pun dri sekolah kne,..smpi sekarang da skg semakin menjadi lak kne,..
    smpikan nk tdow pon takot,..huhu
    pnh sekali wktu f5,ngah kne hmpin tuh akak ade kat sebelah,..n my akak nmpk mta sya terbuka dan merah menyala,.sy pun xtau mta cm tuh,.huhu
    tp msa tuh mmg nk mntk tlg ngan dia coz kne hmpin pdahal tdow tghri,..dia pon tkut nk dekat,.
    emm..skg ngah berusaha cara islam nk berubat,..doakan sya,..
    huhuuu..=)

    ReplyDelete
  21. kdg2 benda tuh pon bley nmpk jgk,..sgt kerap,..
    kdg ley menyerupai mak n ayah sya sndri,..

    ReplyDelete
  22. terima kasih..anwarsuran,pengalaman yg sama.memang betul...sampai sekarang kena himpit lg ni.buat bodoh jelah hahaha.

    ReplyDelete
  23. selalunya kalau kena hempit, kalau nk cuba bergerak mmang xboleh jika xkena cara, ada caranya, semasa kena hempit tu, cuba gerakka ibu jari kaki kemudian automatiknya bleh gerak dengan baik..

    ReplyDelete
  24. huhu info yg sgt berguna sbb slalu sgt kna dihimpit hntu ni...bla dh slalu kna mmg rsa lali dh

    ReplyDelete
  25. penah kne tindih..sambil kne sumbat ank kucing lam mlut..rse klakar lak ble pk2 blk:)

    ReplyDelete
  26. info berguna.. boleh mintak share artikel ni
    x?

    ReplyDelete
  27. kimi x pernah kenal himpit?haha..kesian..klu 1st time kena,mesti excited ko crita pasal kes himpit ko tu kat teman2..adik aku yg darjah 6 kena menangis mengadu kat mak aku kata dia rasa mcam nak mati je semalam..huhu


    -mohd ridzuan sidek -

    ReplyDelete
  28. dulu masa sekolah menengah banyak kali sy kena.. selalunya berlaku bila tidur secara terlentang.. pstu member sarankan gerakkan jari-jari kaki bila kena himpit.. memang berkesan setiap kali bila perkara tu terjadi.. yang paling baik ialah baca doa sebelum tidur & amalkan cara tidur Nabi S.A.W.. hingga sekarang, Alhamdulillah.. no problem!

    ReplyDelete
  29. wehh aku kene lagi teruk yang penah kene..mcm aku cite kat status fb tadi..

    ReplyDelete
  30. YA ALLAH, Tuhan ja yg tahu seksanya tidur smbil dihimpit!!!! It started wktu sy form 2 then, hari2 smpai nak hbis form 5 dha nie, it must happened.... thank you for sharing...

    ReplyDelete
  31. baca hujung surah Alkahfi 10x sebelum tido...kalau dia nak himpit punkorang boleh alihkan dia senang2 je..dia lebih ringan dr bantal tido...:)

    ReplyDelete
  32. dh naik lali kena tindih! smpai dh xde prasaan pn..lps tu smbung tdo dgn bahagia nye.... :)

    ReplyDelete
  33. Slalu kena sjak kecik lg. Mayb skolah rendah kot. Kenkadang kita boleh rasa akan kena tindih. So ada skali tu sye siap2 pgg tgn adik (since masatu tdo ngn adik). Sye akan rasa angin pastu trus kena tindih so usahakan gerakkan jari telunjuk tuk kejutkan adik. Sampai calar tgn adik. Hahaha.. Yg penting dia kejutkan.. Hee.. Mcm2 lah pengalaman... Tapi sye time duduk dlm kereta pun kena.. Bukan skali.. Bukan dua kali.. Byk kali kena time duduk jugak..

    ReplyDelete
  34. mie bru bgun dr kena tindih..kekdg sati ml smp 5x die tindih..naik marah pon ad nie..

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda