Qarin: Jin Pendamping Setiap
Manusia!
Qarin adalah jin
yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai
‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada
Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya,
Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya
Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia
membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya.
Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan
kebaikan.
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Qarin ditugaskan untuk menghasut perkara kejahatan terhadap diri manusia |
Untuk
mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal
kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap
manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau
bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya
lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan
sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan
perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a
menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya
(Aisyah), lalu Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith
lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih
al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman,
bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang
beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya
mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah
dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya
syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan
bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan
berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal
dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus
hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba
hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk
diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas
kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.
p/s: Janganlah takut, setiap orang ada
Jin Qarin ok. Kita tidak akan Nampak jin Qarin kita itu.
Sekian
Terima Kasih
Anwar
Suran Post – Feb 2012
Sumber:
syahirul.com
jin Qarin tugasnya sama dgn syaitan la kan?? nak menyesatkan manusia... n teringat pesan2 org tua.. sebelum makan baca Bismillah dulu..kalau tak kita makan sama dgn syaitan.. maksudnya kita mkn sama dgn jin Qarin la tu?
ReplyDelete@beE_ChaN Actually, makna syaitan itu adalah kejahatan. Jin yang jahat dinamakan sebagai syaitan. Ok, setiap orang ada jin Qarinnya yang tersendiri, pendek kata setiap orang ada 1. Makanannya adalah amalan buruk manusia. Yang tentang makan tak baca doa tu, bukan jin Qarin jer yang join.. semua syaitan kat sekeliling pun turut serta menjamu selera :D
ReplyDeletehaaa...ramai betul yang join ye..
ReplyDeletebaca juga Kembar Ghaib di http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/11/kembar-ghaib.html
ReplyDeleteІ hаrdly write remarks, but after
ReplyDeletelookіng at through a gгeat deal of сomments hегe "Qarin: Jin Pendamping Setiap Manusia".
I асtually ԁo haνe 2 questionѕ for yоu іf you dο not mind.
Is it simply me oг dо a few of the remarkѕ appеar like thеy аге left by brаin ԁeaԁ іndіviduals?
:-P And, if you are ρosting at adԁіtional sосial sites, I'd like to keep up with anything fresh you have to post. Would you list of every one of your social networking sites like your linkedin profile, Facebook page or twitter feed?
my web site; http://www.sfgate.com/
Ѕimply want to say уοuг artісle is as amazing.
ReplyDeleteThe claгity in yοur рublish is just spеctacular and that i could
thinκ you are an expeгt in this subject.
Fine together wіth your ρermissіοn allow me to
taκe hοlԁ of yοur RЅS fеeԁ
to stay updated with drawing close post. Thanks one million and please continuе the enjoyable worκ.
mу blog ... V2 Cig Review
my page: just click the next web site
QARIN ADALAH KEMBARAN MANUSIA.... DiAlam Melayu ada satu ilmu yg sudah hilang dari khazanah, itulah Ilmu yg dinamakan Kembaran Manusia, ato Saudara 4, yg sama lahir dari satu Rahim Ibu yg sama. Itulah Uri, Tembuni, Mentuban, Bali yg mengiringi kelahiran Sang Bayi. Dalam Ilmu Jawa maka Kembaran Manusia itu dibilang Sedulur Papat Kelimo Pancer.... Bageimanakah huraian selanjutnya, ngak ketahuan... Allahu'alam....
ReplyDeleteAsalamualaikum bro cammana kita nak islamkan qarin kita terima kaseh
Deletema'na dari semua dialog ini adalah menambah wawasan saya mengena'i sang Qaliq,yang mana saya semakin berat tu'bangkit dari sujud syukur ini.
ReplyDelete