• My Cahaya

    Lari Dari Kegelapan Menuju Cahaya

Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

Tanda Kiamat - Situasi Dunia Masa Kini!


Berita Alam Ghaib 30: Tanda Kiamat - Situasi Dunia Masa Kini! (18SX)


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 29 (sila klik jika belum membacanya lagi)

Cuba kita perhatikan situasi dunia pada masa kini, di abad yang ke 21 iaitu abad yang dikatakan serba moden, lihat sahajalah fesyen wanita terkini yang serba tidak cukup kain, filem-filemnya yang banyak berunsurkan seks, serta cara hidup manusia pada saat ini yang serba bebas. Apabila kita sesuaikan dengan sabda Nabi saw mengenai tanda-tanda kiamat di entri Berita Alam Ghaib 29, nescaya kita akan dapat melihat serta mengakui kebenarannya, mari kita sama-sama melihat dan renungkan...

Orang kaya tidak kurang ramainya, tetapi orang miskin tetap bergelimpangan. Ramai pengemis di bandar-bandar raya yang tidur dibawah jambatan atau di gerbang kereta api mahupun commuter serta ada juga yang sanngup membuat pondok menggunakan kotak-kotak buruk dipinggir jalan. Maka, tidurlah anak beranak mereka disitu meskipun berulang kali pihak majlis bandaraya membuat pembersihan, tetapi mereka tetap berulang kembali datang merempat di situ.

Lama kelamaan pemandangan seperti itu sudah di anggap perkara biasa sahaja, jadi orang tidak perlu takjub atau hairan. Saban tahun tidak sedikit hasil zakat fitrah dibahagikan kepada mereka si fakir miskin di ibu kota, hal itu cuma sekadar menggembirakan hati mereka menjelang aidilfitri sahaja malah untuk menolong dan merubah nasib mereka untuk kembali menjadi manusia yang sempurna belum mampu dalam pelaksanaannya. 

Pada zaman ini, orang yang miskin akan terus miskin, yang kaya akan terus kaya kerana pentingkan diri!

Inilah salah satu masalah yang amat sukar diatasi, masyarakat hari ini seakan-akan tidak kisah langsung terhadap mereka malah sangat pentingkan diri sendiri. Yang pasti, nasib mereka belum dapat diatasi dan belum lagi dapat diperbaiki. Terjadilah pemandangan yang kontradiksi, yang miskin tetap hidup dalam kemiskinan, yang kaya terus hidup berlebih-lebihan. Inilah zaman akhir di mana harta benda telah melimpah ruah.

Kemudian disebutkan lagi di dalam hadis, harta warisan menjadi rebutan. Seorang bapa yang kaya raya akan meninggalkan banyak harta, kemudian harta warisan itu akan menjadi rebutan terhadap warisnya, sehinggalah terjadi hal-hal yang tidak di inginkan seperti pergaduhan adik beradik, saudara mara dan sebagainya.

Suami-suami pada masa kini nyata lebih tunduk kepada isterinya berbanding ibunya. Ini adalah kerana, kebanyakkan isteri pada zaman serba moden ini lebih tinggi kelulusan pelajarannya berbanding si suami. Sebagai contoh, si isteri memiliki kelulusan Master atau Ph.D serta pekerjaan, pangkat dan gaji yang lebih tinggi berbanding suaminya sedangkan suaminya hanyalah berkelulusan sijil, diploma ataupun ijazah sarjana muda sahaja. Maka oleh itu, si isteri mulalah menjadi mengada-ngada, berlagak pandai serba serbi dan sombong terhadap suaminya lalu menjadi ‘Queen Control’.

Ramai lelaki pada hari ini terpaksa pasrah berkahwin dengan wanita yang lebih tinggi pangkat darinya

Tidak kurang juga orang yang hidup bahagia dengan anak serta isterinya, sedangkan kedua ibu-bapanya hidup sengsara, pergi meminta-minta belas kasihan orang, demi mencari sesuap nasi.

Kaum wanita pada hari ini turut tidak mahu ketinggalan dalam pelbagai aspek, mereka turut ingin bekerja di segala sektor seperti mana kaum lelaki seperti menjadi pemimpin negara, jurutera mekanikal, arkitek, penyanyi rock, ahli sukan, inspektor polis, pemandu bas, hakim, pemain bola sepak, angkasawan malah ada juga yang ingin menjadi imam solat untuk lelaki! Inilah dikatakan zaman kebebasan wanita untuk terus maju kehadapan malah ia telah pun dianggap perkara biasa untuk umat manusia pada hari ini.

Kemudian Nabi saw bersabda lagi, wanita di akhir zaman "Al-aariyaat wal ghoofilat" bertelanjang dan hilang sifat malu. Kata-kata Nabi Muhammad saw pada 1400 tahun yang lalu sungguh benar dan tepat! Wanita-wanita itu sengaja disuruh bertelanjang untuk berlakon di dalam filem-filem lucah. Aksi mereka sungguh gedik dan menjijikkan mengalahkan keldai! 

Ramai kaum wanita semakin hilang sifat malunya, ada yang menjadi pelacur, penari tiang, 'porn star' dsb.

Menurut laporan akhbar, terlalu ramai pelakon filem lucah wanita yang melakukan aksi lesbian yang kebuluran seks, ada yang minum air kencing, seks dengan anjing dan kuda, bermain tahi dan membuat perkara-perkara yang melampaui batasan seks. Mereka berbuat begitu adalah untuk memenuhi kehendak nafsu binatang kaum lelaki di internet. Ada juga yang menari telanjang dan ditonton beramai-ramai oleh kaum lelaki di kelab-kelab liar dengan mendapat bayaran yang cukup lumayan!

Lihatlah cara pemakaian wanita pada masa kini, di majalah-majalah, di kaca TV, di pasar raya, dan sebagainya, sangatlah seksi dan ketat malah sehingga kita dapat lihat dengan jelas susuk tubuh badannya. Beginilah keadaan wanita di zaman sekarang, tidak kiralah dimana-mana negeri sekalipun. Umumnya, hampir semua orang di dunia ini telah pun mengatahuinya. Tapi sekali lagi penulis mengingatkan, tidak semua wanita mahu berbuat begitu.

Para pembaca semua tidak usahlah menjadi terlalu panik atau sakit kepala kerana memikirkan keadaan wanita pada zaman sekarang, kerana inilah dia salah satu tanda daripada tanda-tanda kiamat akan tiba, sebagaimana Nabi katakan empat belas abad yang lalu!


Sekian Terima Kasih


Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 31

My Cahaya Post – Ogos 2012 (Ramadhan)

Share:

Monday, 6 August 2012

Adakah Astroid Apophis Akan Menghentam Bumi Pada Tahun 2036?


Adakah Astroid Apophis Akan Menghentam Bumi Pada Tahun 2036?


Pada tahun 2029 sebuah asteroid yang berbahaya akan lalu dekat dengan bumi. Manusia akan menanti saat ini dengan perasaan berdebar kerana hanya pada masa itu kita akan tahu dengan jelas sama ada ‘pembunuh angkasa’ ini akan menghentam bumi pada tahun 2036.

Berapa bahaya sebenarnya Apophis ini?

Ia besar dan berpotensi sangat bahaya, besarnya lebih kurang saiz sebuah pesawat dan dinamakan asteroid Apophis, ia sedang meluncur ke bumi dengan kelajuan 30 ribu km/j. Saiznya lebih kurang 320 meter dan jisimnya  lebih kurang 4.6 x 1010 kg.

Pada tahun 2029, asteroid ini akan lalu dekat dengan bumi, namun tarikan graviti bumi akan menyebabkan orbitnya menyisih. Hasil dari tarikan graviti bumi ini, Apophis dikatakan akan berada di angkasa selama tujuh tahun lagi, sebelum menghentam bumi pada tahun 2036.

Sekiranya ini terjadi, kerosakan besar akan berlaku, manakala mangsa yang terbunuh pula dijangka akan mencecah jutaan. Ia akan menghasilkan bola besi dan iridium sebesar 320 meter dan beratnya pula mencecah 200 bilion tan, yang kemudiannya akan jatuh ke laut Atlantik, menurut perkiraan. Gelombang yang terhasil dari hentaman tersebut akan menyebabkan tsunami besar, memunahkan pesisir pantai dan kawasan darat, dan menghasilkan habuk tebal yang akan menyelaputi awan dan menghalang matahari dari sampai ke bumi.

Gambar NASA: asteroid Apophis yang ditemui pada tahun 2004

Menurut Dr. Donald Yeoman dari Program Objek Berdekatan Bumi NASA, Apophis tidak akan menghentam bumi pada tahun 2036.

Bagaimanapun,
jika objek itu melalui sebuah ‘lubang kunci’ bersaiz 600 meter pada tahun 2029, satu lokasi di angkasa yang luasnya hanya 600 meter—ia pasti akan menghentam bumi pada tahun 2036. Namun kebarangkalian untuk itu berlaku amat rendah.

Saintis Rusia membuat pengiraan mereka sendiri dan telah mencadangkan sebuah mesin yang direka khas untuk menyisihkan terus Apophis dari menghentam bumi pada tahun 2036. Bagaimanapun Profesor Leonid Sokolov dari Universiti Saint Petersburg State di Rusia mempercayai yang asteroid tersebut akan pecah menjadi serpihan lebih kecil dan pertembungan serpihan ini dengan Bumi pada skala yang lebih kecil akan berlaku pula pada tahun selepas 2036.

Bagaimanapun dia menambah,
Tugas kita ialah untuk mempertimbangkan alternatif-alternatif lain dan membangunkan senario dan perancangan tindakan bergantung kepada pemerhatian lanjut terhadap Apophis (pada 2029).

Oleh itu, salah satu alternatif ialah dengan menghantar satu objek ‘pelayar suria’ seberat 10 kg pada tahun 2028 yang boleh mengeluarkan Apophis dari laluan ‘lubang kunci’ pada tahun 2029 untuk mengelakkan ia dari menghentam bumi pada tahun 2036, menurut seorang saintis China dari Universiti Tsinghua, Beijing iaitu Shengping Gong.

Beginilah keadaan asap 'dukhan' mateor ketika menghentam bumi suatu masa nanti

Untuk informasi anda, sekitar Mei lepas, angkasawan pertama Britain, Major Tim Peake mendedahkan yang NASA sedang dalam persediaan untuk mendarat di asteroid dan ‘berkhemah’ di sana selama setahun. Ramai yang mengaitkan pendedahan itu dengan ancaman asteroid Apophis.

Namun hanya pada tahun 2029 semua ini dapat dipastikan. Cuma tidak pasti sama ada masa tujuh tahun itu cukup untuk satu tindakan untuk menyelamatkan bumi akan dilakukan.

Mari kita renungkan sejenak…

Adakah ini merupakan salah satu tanda kiamat besar yang telah tercatat didalam hadis iaitu datangnya Asap Dukhan memenuhi timur dan barat bumi? Subhanallah, jauhkanlah…




My Cahaya Post – Ogos 2012 (Ramadhan)


Share:

Tuesday, 31 July 2012

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah swt


Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud  Wahai akal mengadaplah engkau. Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T, kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud  Wahai akal berbaliklah engkau!, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud  Wahai akal! Siapakah aku? Lalu akal pun berkata, Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud  Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud  Wahai nafsu, mengadaplah kamu!. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud  Siapakah engkau dan siapakah Aku. Lalu nafsu berkata, Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.

Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud  Siapakah engkau dan siapakah Aku. Lalu nafsu berkata, Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.

Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud Siapakah engkau dan siapakah Aku. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,  Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan kita berpuasa untuk melawan nafsu.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau nafsu yang mengawal kita, maka kita akan menjadi musnah malah sama dengan sifat binatang.


My Cahaya Post – Julai 2012 (Ramadhan)

Share:

Sunday, 29 July 2012

Koleksi Berita Alam Ghaib


Koleksi Berita Alam Ghaib – Sebelum Dan Sesudah Hari Kemudian


Assalamualaikum wbt...

Syukur Alhamdulillah, berita baik buat para pembaca yang dikasihi sekalian, segala entri untuk berita alam ghaib di dalam blog ini telah pun disusun mengikut 'chapter by chapter' untuk memudahkan para pembaca semua untuk membacanya. Kini para pembaca bolehlah membaca entri-entri tersebut dengan lebih mudah iaitu dengan hanya klik sahaja link-link yang telah disediakan dibawah. Untuk pengatahuan semua, koleksi Berita Alam Ghaib ini adalah hasil dari terjemahan penulis dari buku-buku luar negara yang dikarang oleh para ulama yang tersohor dan juga dipercayai.

Para pembaca yang dikasihi sekalian, koleksi Berita Alam Ghaib ini terbahagi kepada 3-bahagian iaitu bahagian-1 yang mengisahkan ‘Episod Kejadian Alam dan Kehidupan Mati’, bahagian-2 mengenai ‘Peristiwa Akhir Zaman Menjelang Kiamat’ serta akhir sekali bahagian-3 iaitu himpunan ‘Kisah Kehidupan Akhirat Yang Kekal Abadi’. Diharap setiap entri-entri di dalam Berita Alam Ghaib ini dapatlah dijadikan sebagai pedoman dan iktibar serta pemangkin untuk kita sama-sama berubah dan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Selamat membaca dan beramal! Sekian terima kasih.




Berita Alam Ghaib Bahagian 1


01- Asal Mula Kewujudan Alam Semesta (Klik)
02- Sejak Bilakah Bakat Manusia Ditentukan Illahi? (Klik)
03- Usia Dunia Mengikut Perspektif Islam (Klik)
04- Asalnya Hari Yang Tujuh (Klik)
05- Tujuh Ayat Hebat Yang Dinamakan Sab'ul-Matsani (Klik)
06- Asal Kejadian Malaikat Serta Tugasnya (Klik)
07- Malaikatul Maut Dan Hakikat Kematian (Klik)
08- Riwayat Nur Muhammad Kunjungi Dunia (Klik)
09- 4 Unsur Dalam Tubuh Manusia (Klik)
10- 9 Tenaga Dorongan Dalam Tubuh Manusia (Klik)
11- Riwayat Asal Kejadian Nabi Adam A.S (Klik)
12- Pernikahan Nabi Adam Di Dalam Syurga (Klik)
13- Iblis Keluar Dari Syurga (Klik)
14- Adam Dan Hawa Dikeluarkan Dari Syurga (Bahagian 1) (Klik)
14- Adam Dan Hawa Dikeluarkan Dari Syurga (Bahagian 2) (Klik)
15- Menjawab Persoalan Mengenai Maut (Klik)
16- Rupa Wajah Malaikat Ketika Mencabut Nyawa (Klik)
17- Setelah Roh Dicabut Dari Jasad (Klik)
18- Dimanakah Roh Orang yang Telah Mati? (Klik)
19- 7 Godaan Iblis Ketika Sakaratulmaut (Klik)
20- Golongan Yang Tidak Mampu Mengucap Syahadat Ketika Nazak (Klik)
21- Perhatian Siti Aisyah Terhadap Rasulullah SAW (Klik)
22- Siapakah Yang Merasai Nikmat Dan Azab Kubur? (Klik)
23- Hakikat Pembalasan Kubur! (Klik)
24- Pertanyaan Munkar Dan Nakir Dan Seksa Kubur! (Klik)
25- Riwayat Roh Melihat Jasadnya Di Dalam Kubur (Klik)
26- Riwayat Roh Menziarahi Keluarganya Di Dunia (Klik)
27- 7 Amalan Yang Pahalanya Akan Terus Mengalir (Klik)



Berita Alam Ghaib Bahagian 2


28- Mukaddimah Tanda-Tanda Kiamat Siri 1  (Klik)
28- Mukaddimah Tanda-Tanda Kiamat Siri 2 (Klik)
29- Tanda Kiamat – Bencana Alam Sering Terjadi (Klik)
30- Tanda Kiamat – Situasi Dunia Masa Kini! (Klik)

*Harap maaf, masih belum disunting oleh penulis



Berita Alam Ghaib Bahagian 3


*Harap maaf, masih belum disunting oleh penulis


My Cahaya Post – Julai 2012

Share:

Thursday, 26 July 2012

15 Keajaiban Kaabah Dari Sudut Sains


15 Keajaiban Kaabah Dari Sudut Sains


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.


1- Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2- Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengari oleh telinga manusia.

3- Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4- Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5- Dapat mengesan frekuensi kata hati. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6- Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7- Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8- Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9- Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

Tiada tempat lain lagi di dunia ini yang mampu menandingi  kehebatan kedudukan kaabah 

10- Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11- Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12- Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13- Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14- Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15- Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


My Cahaya Post – Julai 2012 (Ramadhan)

 -Sumber-
Share:

7 Amalan Yang Pahalanya Akan Terus Mengalir


Berita Alam Ghaib 27: Tujuh Amalan Yang Pahalanya Akan Terus Mengalir


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 26 (sila klik jika belum membacanya lagi)

Ketahuilah para pembaca sekalian…

Apabila kedua ibu-bapa kita telah meninggal dunia, maka segala amal perbuatan kita akan ditunjukkan oleh malaikat kepada kedua ibu-bapa kita di dalam kubur. Jika amal perbuatan kita baik, maka ibu bapa kita akan berasa amat senang hati lalu mendoakan kita. Sebaliknya, jika kita mengamalkan perbuatan yang berdosa, maka kedua-duanya akan berduka cita dan kecewa di dalam kubur. Maka beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak yang soleh yang selalu mendoakannya. Ini adalah kerana, si anak yang banyak melakukan ibadat serta amal jariah terhadap Allah swt adalah berkat daripada didikan ibu bapanya.

Amal jariah adalah sebutan bagi amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut telah meninggal dunia. Amalan tersebut terus menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya.

Bersedekah secara ikhlas kerana Allah swt merupakan salah satu dari contoh amal jariah

Hadis tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya" (HR. Muslim).

Selain dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa jenis perbuatan yang tergolong dalam amal jariah.

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu pengatahuan yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina untuk beribadat, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya "(HR. Ibnu Majah).

Di dalam hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai berikut:

1. Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal dan nonformal, seperti perbincangan, ceramah, dakwah, dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku yang berguna dan mempublikasikannya.

Sesi ceramah ilmu agama

2. Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang dipeibuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada ibu bapa yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai/pahala yang diterima oleh kanak-kanak tadi.

Anak yang soleh

3. Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya.

Buku-buku agama

4. Membangunkan masjid. Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (HR. al-Bukhari dan Muslim). Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang beribadah di masjid itu.
Hasil binaan masjid atau surau

5. Membangunkan rumah atau pondok bagi orang-orang yang bepergian untuk kebaikan. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya.

Menyediakan pondok atau wakaf

6. Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali perigi di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu wafat dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.

Semakin banyak orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat" (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

Menyediakan sumber mata air atau perigi

7. Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.

Membelanjakan harta atau bersedekah

Para pembaca yang budiman...

Demikianlah maksud tujuan amal jariah, yakni amal yang mengalir pahalanya bagi orang yang telah menyumbang amalnya atau ilmu untuk kebaikan dunia dan juga agama.

Seperti Firman Allah di dalam surat Al-Kahfi ayat 107-108 :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا * خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, * mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya

Allah telah berpesan dalam Al-Qur'an dalam surat Al-Qasas ayat 77:

وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan

Sekian Terima Kasih


Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 28

Anwar Suran Post – Julai 2012 (Ramadhan)



Share:

Riwayat Roh Menziarahi Keluarganya Di Dunia


Berita Alam Ghaib 26: Riwayat Roh Menziarahi Keluarganya di Dunia


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 25 (sila klik jika belum membacanya lagi)

Adapun roh-roh orang-orang yang beriman masih diberi kesempatan berkeliaran melihat kuburnya serta kaum keluarganya sehingga tempoh setahun lamanya. Apabila lebih dari tempoh setahun, maka roh-roh itu akan dipindahkan pula ke tempat lain iaitu dimana tempat terkumpulnya roh-roh orang mukmin. Hal ini hanya berlaku bagi roh-roh orang mukmin sahaja.

Kata Ibnu Abbas: Apabila tiba hari-hari raya besar Islam seperti tanggal 10 Muharram, hari jumaat, tanggal 1 Rejab, pertengahan bulan Sya'ban dan malam Lailatulqadar, roh-roh orang mukmin akan diberi kesempatan untuk turun ke bumi bagi melihat keluarganya. Apabila ia telah sampai ke rumahnya, roh itu hanya mampu berkata-kata sahaja akan tetapi, yang masih hidup itu tidak akan dapat mendengarnya.

Roh itu berkata: "Hai keluargaku, hidupku kini sangat terasing, meskipun kamu tidak melihat aku, tapi aku dapat melihatmu dan mendengar perkataanmu. Aku tidak mengharapkan makan dan minum daripadamu, akan tetapi apa yang aku harapkan hanya doamu".

“Hendaklah kamu beringat pada suatu ketika nanti, kamu pasti akan mengalami keadaan seperti aku. Pergunakanlah waktu hidupmu untuk beribadat dan beramal soleh, berbuat segala macam kebajikan, itulah yang bermanfaat bagi dirimu”

Alangkah gembiranya roh jika melihat anak dan isterinya taat beribadat kepada Allah swt

Oleh kerana itu, jika didapati anak isterinya rajin beribadat dan tidak lupa juga mendoakannya, maka roh itu akan menjadi sangat girang lalu roh itu berdoa kepada Allah swt untuk keluarganya. Lalu kembalilah roh itu pada tempatnya dengan hati yang berasa puas.

Namun sebaliknya, jika dilihatnya keluarganya tidak beribadat serta dipenuhi perbuatan maksiat maka kembalilah roh itu dengan perasaan kecewa dan duka cita.

Oleh itu, untuk keluarga yang masih hidup, janganlah lupa terhadap anggota keluarga yang telah tiada dengan doa dan istighfar mohon diampunkan dosanya kepada Allah Ta'alaa, terutamanya bagi anak-anak yang orang tuanya telah meninggal dunia. Rajin-rajinlah mendo'akan kedua ibu bapa tiap-tiap hari, atau tiap-tiap selepas melakukan solat lima waktu, sebagaimana yang Allah swt ajarkan di dalam Al-Quran:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Ya Tuhan, ampunilah aku dan bagi kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka berdua, sebagaimana keduanya mengasihi aku dimasa kecilku

Sekian Terima Kasih


Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 27

Anwar Suran Post – Julai 2012 (Ramadhan)


Share:

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris