• My Cahaya

    Lari Dari Kegelapan Menuju Cahaya

Showing posts with label Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Hidupku. Show all posts

Friday, 29 July 2011

Golongan Tabligh Semakin Dibenci




















Sabtu 23/7/2011.. pada suatu petang nan indah, sedang aku menaiki motosikal bersama adikku menuju ke kedai untuk membeli pembalut buku dan majalah.. tiba-tiba aku terserempak dengan segerombolan jemaah tabligh yang lengkap berjubah dihiasi dengan vest yang segak bergaya sedang berada di kawasan taman permainan.. tiba-tiba adikku berbisik di telingaku bahawa dia terdengar seperti ada remaja-remaja yang sedang menghina tabligh tersebut.. adikku menyambung lagi bahawa remaja itu seolah-olah berhasrat seperti mahu melarikan diri daripada jemaah tabligh tersebut mungkin kerana tabligh itu dianggap sebagai pengganggu kehidupan mereka.. kata-kata adikku tadi benar-benar telah membangkitkan kembali memori hitamku ketika aku masih berusia remaja seperti mereka....

Peristiwa 1

Masih segar di ingatanku, sewaktu aku masih kecil dahulu iaitu ketika usiaku di dalam lingkungan 8 tahun, sedang aku leka berseronok bermain-main bersama dengan abangku diatas pokok ceri, tiba-tiba suasana bertukar menjadi riuh rendah.. kelihatan seperti jiran-jiranku sedang tergopoh gapah memasuki ke dalam rumahnya masing-masing lalu gedegunggg!! bunyi pintu dan tingkap ditutup rapat-rapat lalu mereka menyepikan diri di dalam rumah.. shuuu~~ hanya tinggal bunyi hembusan angin petang sahaja yang bermain di telingaku.. segala bunyi rancak riuh-rendah jiran-jiranku yang sedang berbual-bual sebentar tadi terus lenyap begitu sahaja.. Aku jadi terpinga-pinga, apa yang sedang berlaku? Dari kejauhan aku dapat melihat seperti ada 7 hingga 8 orang manusia berjubah putih bersih lengkap berserban serta berkopiah sedang menuju ke arah satu persatu rumah jiranku..

Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Assalamualaikum! Sebanyak 3 kali wakil kumpulan berjubah putih itu memberikan salam tetapi tidak dijawab oleh sang jiran seolah-olah mereka tiada di rumah.. lalu kumpulan berjubah putih bersih itu bersinggah pula ke rumah jiranku yang di sebelahnya.. namun peristiwa yang sama tetap berulang iaitu salam yang diberikan sebanyak 3 kali tetap juga tidak berjawab.. begitulah juga seterusnya.. hanya 2,3 buah rumah sahaja yang menyahut salam daripada manusia berjubah putih itu.. aku menjadi amat kehairanan, kesan daripada peristiwa itu telah menyebabkan aku menjadi kecut perut seolah-olah kumpulan jemaah berjubah putih itu adalah seorang manusia yang sangat menakutkan disamping matanya yang hitam bercelak (kelihatan garang).. maklumlah ketika itu aku masih kecil dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Akhirnya kumpulan berjubah putih itu terus berlalu sehingga lenyap dari pandangan mata maka lorong di rumahku kembali meriah seperti sediakala…



Peristiwa 2

Peristiwa kali ini pula berlaku sewaktu aku di tingkatan-5.. ketika itu seluruh keluargaku telah pun berpindah di Kuantan.. Setiap petang di Kuantan, aku banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan-rakanku seperti menunggang motosikal, berseronok sambil melihat rakan-rakanku bermain gitar, melepak sambil berbual kosong, ‘mencuci mata’, bermain games dan sebagainya.. tetapi segala aktiviti aku petang itu pasti akan musnah apabila jemaah tabligh datang menziarah. Aku serta rakan-rakanku yang lain pasti akan berlari lintang pukang lalu menyorokkan diri apabila jemaah tabligh singgah melalui lorong di kawasan rumahku.

Demi Allah swt, ketika itu aku amat terpengaruh dengan rakan-rakanku dan seringkali aku terdengar rakan-rakanku mencaci maki jemaah tabligh itu. Alhamdulillah ketika itu aku tidaklah terpengaruh sehingga tergamak untuk mengutuk hina tabligh itu, aku hanya menyembunyikan diri sahaja. Apa yang aku tahu ketika itu pengatahuan aku terlalu cetek mengenai tabligh.. Dengan kuasa Allah swt, mungkin Allah swt nak tunjuk.. tibalah pada suatu masa aku cuba memberanikan diri untuk bersua muka dengan jemaah tabligh tersebut supaya dapat membongkar segala rahsia misteri ketakutan masyarakat terhadap golongan tabligh.. aku pun mendekati jemaah tabligh tersebut..

“Assalamualaikum dik..” “Waalaikumsalam” balasku.. “sehari ada 24jam dik, abang hanya menggunakan masa hanya lebih kurang 10minit sahaja untuk berkata-kata..” lalu jemaah tabligh itu berdakwah selama 3-4 minit.. 3-minit lagi pula para jemaah tabligh itu menjemput seluruh ahli keluargaku untuk hadir ke majlis makan-makan di masjid berdekatan serta menghadiri ceramah agama di sana pada hari sabtu. Tugas aku ketika berdepan bersama para jemaah tabligh tersebut hanyalah menjadi seorang pendengar.. diulangi.. PENDENGAR! Tak susah pun. Setelah mendengar, aku kembali menyambung rutin harianku.


Ya Allah! Kenapa? Kenapa selama ini masyarakat begitu takut dengan tabligh?? Kenapa masyarakat terlalu takut dengan golongan manusia yang teramat-amat mulia ini? Jika masyarakat takut untuk mendengar ceramah tabligh yang dianggap sebagai membuang masa, tetapi kenapa masyarakat boleh pula menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk mengumpat sesama jiran sendiri! Setelah aku mengetahui segala arah tujuan dan gerakan jemaah tabligh itu, aku berasa terlalu kesal kerana mengelakkan diri daripadanya suatu ketika dahulu.. sedangkan jemaah tabligh itu sedang melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasullullah saw! Kenapa kita mencela dan melarikan diri daripadanya pula? Sedarkah kita bahawa kita tidak ubah sedikit pun seperti masyarakat Jahilliah seperti mana ketika zaman Rasullullah saw dahulu iaitu melarikan diri ketika Nabi Muhammad saw sedang menyampaikan dakwah secara terang-terangan..

Janganlah jadi seperti itu. Jika anda semua tidak mahu mendengar ceramah daripada jemaah tabligh yang datang menziarah, itu terpulang diatas diri anda sendiri mungkin tiada masalah.. yang penting janganlah di caci maki, dihina serta memandang rendah golongan tabligh tersebut.. janganlah jadi seorang yang prejudis dan stereotaip ok.. golongan tabligh tidak sesat, jangan muda percaya fitnah orang lain! Kalau tidak mahu mendengar ceramah tabligh silalah ketempat lain, tetapi janganlah menghina golongan yang teramat mulia itu. Cuba kita perhatikan semula, Britney Spears, Siti Nurhaliza, Lady Gaga, Faizal Tahir dan lain-lain amatlah pula disanjung-sanjung tinggi oleh masyarakat malah sanggup untuk menghadiri konsert mereka yang mahal sehingga berpuluh-puluh dan beratus-ratus ringgit! Tetapi golongan tabligh yang hanya mengambil masa selama 5-minit sahaja untuk berceramah pula dihina serta dilabel sebagai sesat. Adakah kita ini termasuk di dalam golongan masyarakat Jahilliah? Tepuk dada tanya iman.

Wassalam..

Anwar Suran Home 2011


Share:

Thursday, 16 June 2011

Alasan Lama Tak Update Blog


Assalamualaikum wbt.. Apa khabar? Sihat? Harap para pembaca semua sihatlah hendaknya ya.. Dah lama penulis tak update blog kan? Rakan-rakan penulis pun dah bising suruh penulis update blog malah mak penulis pun turut tumpang bertanya sekali. Kalau anda nak tahu kenapa penulis tak update blog, oklah.. penulis akan senaraikan alasan-alasannya, baiklah..

1- Nak tumpu perhatian lebih terhadap pelajaran – Bidang yang penulis amik kat universiti ni ganjil sikit dari bidang rakan-rakan penulis yang lain.. semester 1 sahaja dah macam budak final year.. tidur 3-hari sekali, makan tak teratur, nak lepak-lepak dengan member bidang lain pun susah.. ntah la.. dah rezeki penulis dapat bidang ni... yang penting final exam penulis tak banyak paper ok! Jangan jelez..

2- Internet dekat universiti lembab macam siput bab* - Dah la student kat U ni ramai giler, lepas tuh setiap orang pulak pakat nak download movie, lagu, software dan macam-macam lagi.. camner la tak meletup server internet tuh.. belum lagi campur student-student yang pakat download blue guna proxy search engine (penulis tahu ok, otak budak-budak sekarang ni memang status kena wajib kahwin).. subhanallah!

3- Broadband Digi penulis akan jadi slow bila hari malam – Penulis beli broadband pakej paling murah jer.. hari siang jer boleh surf internet, bila hari malam jer terus K.O.. Penulis nie takder la kaya pun.. muka jer macam billionaire tapi duit dalam poket penuh dengan duit seringgit yang berkeronyot + bergulung-gulung.. Penulis memang tak suka simpan duit dalam wallet pun haha!

4- Template blog yang lama terlalu berat nak open – Dulu penulis guna template wordpress (black magic).. template tuh memang la cantik dan lain dari yang lain cuma masalahnya kita tak boleh nak buka blog tu menggunakan internet explorer ditambah pulak dengan berat giler, maka penulis telah kehilangan pembaca-pembaca dari kalangan orang tua (harap faham yer hehe). Jadi, nak cari template yang baru amatlah sukar dan juga nak tukar template baru tu pulak amatlah malas sebab leceh nak godek-godek kod HTML tuh.. kalau terlupa nak backup kod HTML alamatnya hancurlah hidup ini huhu..

5- Menerima tempahan untuk design laman web – Oleh kerana penulis ni ada sedikit pengatahuan asas dalam bidang programming maka kalau setakat nak buat laman web simple-simple tu boleh la kot. So penulis dah amik masa lebih kurang 2-minggu dari waktu cuti semester untuk penulis design laman web company engineering kat area Johor itu.. Alhamdulillah akhirnya siap jugak walaupun belum sepenuhnya.. thanks Allah swt!

So now penulis dah pun free walaupun tak sepenuhnya.. cita-cita untuk menjadi seorang blogger kini telah kembali hadir didalam hidup penulis... minggu depan penulis kena pergi ke puchong pulak sebab ada tempahan rekabentuk risalah, poster dengan kad untuk syarikat eletronik yang baru nak buka.. apa-apa pun penulis akan curi jugak masa untuk berblogging. Doakan penulis ya! Sekian, terima kasih..

Wassalam


Anwar Suran Home 2011

Share:

Friday, 10 December 2010

Majlis Perasmian Blog



Pendahuluan

Alhamdulillah.. setelah berhempas pulas, meraung, memekik dan memekak akhirnya berjaya juga penulis menyiapkan blog penulis yang yang tak beberapa nak ok lagi nie.. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran ketika menyiapkan blog ini seperti internet lembab macam siput kudung (sebab tak berbayar), komputer asyik nak meletup (sebab tak pernah servis), dalam masa yang sama tak abis-abis tersalah edit kod HTML (kerana gatal tangan hehe) dan pelbagai masalah lagi.. namun segala dugaan itu penulis harunginya dengan penuh kesabaran.. maka dengan itu lahirlah blog yang diberi nama AnwarSuran.Home (Rumah.AnwarSuran) yang akan memaparkan kisah-kisah Realiti-Fantasi-Misteri dan juga tip-tip menarik. Blog ini juga mempunyai kedai serbaneka serta perkhidmatan dalam talian. Sila klik menu 'kedai' pada bahagian atas kanan blog untuk maklumat lebih lanjut ok. Untuk entri pertama nie, penulis nak merasmikan pembukaan blog ini bersama-sama dengan anda tahu, harap anda enjoy insyaallah..

*p/s: Majlis nie adalah majlis formal.. sila pakai baju melayu atau baju formal ketika membaca entri ini ok? Kepada wanita pula, sila pakai seksi2 hahaha!

********************************************************

Majlis Perasmian

Baiklah para pembaca sekalian, untuk lebih memberkati majlis ini, dengan segala hormatnya dijemput Menteri Besar Kelantan iaitu Dato' Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan..

Dengan Lafaz Bismillahhirahmannirrahim.....


Kusyuknyer berdoa sampai kemek2 muka.. tak sangka Tok Guru sudi datang.. terharu (T.T)

Terima kasih kepada Dato' Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana sudi untuk membacakan doa.. Untuk menyempurnakan lagi majlis ini, izinkan  (Anwar Suran) untuk memberi sepatah 20-kata ok.. Sesiapa yang tertido ketika majlis berlangsung akan didenda dan diracun sehingga anda tercirit birit, sesiapa yang keluar dari blog ini secara senyap2 akan disula sehingga lawas berak (gangster tak penulis? keh keh keh)


Baiklah, ucapan dimulakan...

Ehem.. ehem.. Assalamualaikum wbt.. hurm, boleh tahan juga pembaca yang hadir ya.. maklum la, penuliskan masih baru dalam dunia blogger nie.. untuk pengatahuan pembaca sekalian, sebenarnya semenjak sebelum lahir lagi penulis berimpikan untuk mempunyai blog sendiri dan alhamdulillah, akhirnya pada tanggal 10 disember 2010, pukul 12-tengahari, maka lahirlah blog yang hensem lagi bergaya ini, ia dilahirkan dari perut makcik Google yang putih melepak lagi gebu.. Mula2 tuh penulis namakan blog ini sebagai AnwarSuran.com tapi bila pikir2 balik, bila masa pulak penulis ada domain sendiri yer? haha, so penulis terus tukar nama dia jadi AnwarSuran.Home (Rumah.AnwarSuran) barulah kena...

Para pembaca yang dihormati sekalian, rekabentuk blog ini adalah berkonsepkan rumah penulis yang penuh dengan suasana Realiti-Fantasi-Misteri. Penulis memilih rekabentuk nie kerana penulis merupakan seorang insan yang berada di dunia realiti, tetapi penulis amat gemar berfantasi sehingga kadang-kadang menjadi seorang yang amat misteri. Jadi, 'rumah' penulis ni dijadikan sebagai medium untuk berkongsi apa sahaja yang terbuku dihati terhadap anda semua (eh..? nape tibe2 ayat penulis jadi skema nie? terpengaruh ngan mamat kat bawah ler nih! hampeh!)..


Budak skema (sekadar hiasan)

Hurm.. sampai mana penulis berucap tadi eh? Owh, ingat dah.. ok2.. actually, dunia penulisan ini sebenarnya amatlah befaedah serta menakjubkan.. kalau kita tahu menulis dan juga kreatif, bina ajer blog ok.. ketengahkan idea2 dan pemikiran kita serta yang paling penting jangan menyakitkan hati orang lain ketika menulis yer.. Kalau rasa nak menasihat atau menegur orang lain menggunakan medium blog, tegurlah mereka secara baik2 dengan penuh etika, janganlah tegur mereka seperti menegur seekor khinzir binatang ok? Sekadar peringatan untuk kita semua..

Bosan jugak bila dengar penulis bebel sorang2 kat sini betul tak? So, untuk memeriahkan lagi majlis ini, maka dengan itu penulis telah menjemput Encik Vitas selaku penyanyi No-1 Russia untuk membuat persembahan.. Lagu yang akan disampaikan oleh beliau adalah bertajuk Ulybnis atau senyuman.. Tema persembahan beliau adalah berkonsepkan kehidupan Realiti-Fantasi-Misteri (puas penulis cari kat YouTube keh keh keh!)..Hidup didalam dunia realiti, cuba berfantasi untuk menghiburkan hati tetapi hakikatnya bertukar menjadi lelaki misteri. Saksikanlah video ini sampai abis tahu.. (jangan terkejut dengan suara beliau ok? sangat powerful mengalahkan Dato' K yang sedang mengerang)

Amacam dengan suara beliau? Meremang tak bulu dada mendengarnya? Power tuh..

Oklah, sekarang sudah tiba saat2 yang ditunggu-tunggu oleh kita semua iaitu acara perasmian majlis.. Agak-agak andalah kan, siapakah wakil yang akan merasmikan majlis ini yer? oklah, penulis bagi klu sikit yek.. Orangnya hitam blegam, rambut kerinting bertampok tampok uban, hidung kembang, telinga capang, kuat merokok serta tua ganyut.. siapakah beliau? Hahaha, mesti dalam hati anda dah terbayangkan wajah manusia yang macam lahanat kan? keh keh keh.. anda silap besar ok, xper kita tengok ajer.. Baiklah dengan segala hormatnya, dijemput beliau untuk tampil ke atas pentas untuk merasmikan pembukaan blog AnwarSuran.Home!! dipersilakan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng!!!

LOL Obama ghupe nyer yer haha! Dijemput khas dari Amerika ok.. ditaja oleh Kicap Jalen


Yeah! Jutaan terima kasih buat President Amerika iaitu Sir Barrack Hussein Obama, kerana sudi untuk merasmikan blog penulis yang seksi nie.. Sanggup datang dari jauh yer? Mesti penat.. Dah gi balik ke tempat duduk hang, kerana majlis ini hanya berlangsung selama 10-minit jer.. Kalo hang nak berucap lebih2 pun, kiteorang bukan paham pon bahasa inggeris+negro+indon hang tuh hahaha.. Jangan lupa bebaskan palestin sekali ok!

Baiklah dengan itu, maka diisytiharkan bahawa blog AnwarSuran.Home telah dirasmikan ok! Jadi, jangan lupa untuk terus melihat perkembangan blog ini tahu..

So, untuk acara penutupan majlis, maka dijemput seorang wakil yang namanya amat2 macho sekali (sebab nama beliau sama dengan nama penulis kih kih kih!) Oklah untuk mempercepatkan acara majlis, dipersilakan Dato Sri Anwar Suran Ibrahim untuk tampil ke atas pentas sebagai acara penutupan, dipersilakan..

Ehem..ehem..


Adoihhh!!! tak pepasal kene bebel dengan Dato Sri Anwar haha! baiklah.. insyaallah akan ku jaga nama dato elok2 k.. lagipun nama kitakan sama.. makna nama Anwar=yang bercahaya sehingga buta mata

Maka dengan ini, diucapkan jutaan terima kasih kepada wakil-wakil yang hadir iaitu Tok Guru Nik Aziz, Dato Sri Anwar Ibrahim dan juga Sir Barrack Hussein Obama serta tak lupa juga kepada pembaca2 sekalian ya.. Thank U Very2 much sebab sudi support majlis yang amat2 seksi nie! penulis sangat2 terharu (T.T) haha!

*Announcement*
Para penoton semua dijemput untuk makan sedikit hidangan di dapur rumah anda..

Sekian, terima kasih dan salam hormat..

AnwarSuran.Home 2010


Share:

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris