Berita
Alam Ghaib 30: Tanda Kiamat - Situasi Dunia Masa Kini! (18SX)
Cuba kita perhatikan situasi dunia pada masa kini, di abad
yang ke 21 iaitu abad yang dikatakan serba moden, lihat sahajalah fesyen wanita terkini yang serba tidak cukup kain, filem-filemnya yang banyak berunsurkan seks, serta cara hidup manusia pada saat ini yang serba bebas. Apabila kita sesuaikan dengan sabda Nabi saw mengenai tanda-tanda kiamat di entri Berita Alam Ghaib 29,
nescaya kita akan dapat melihat serta mengakui kebenarannya, mari kita sama-sama
melihat dan renungkan...
Orang kaya tidak kurang ramainya, tetapi
orang miskin tetap bergelimpangan. Ramai pengemis di bandar-bandar raya
yang tidur dibawah jambatan atau di gerbang kereta api mahupun commuter serta
ada juga yang sanngup membuat pondok menggunakan kotak-kotak buruk dipinggir
jalan. Maka, tidurlah anak beranak mereka disitu meskipun berulang kali pihak majlis
bandaraya membuat pembersihan, tetapi mereka tetap berulang kembali datang
merempat di situ.
Lama kelamaan pemandangan seperti itu sudah di anggap
perkara biasa sahaja, jadi orang tidak perlu takjub atau hairan. Saban tahun tidak sedikit hasil zakat fitrah dibahagikan
kepada mereka si fakir miskin di ibu kota, hal itu cuma sekadar menggembirakan
hati mereka menjelang aidilfitri sahaja malah untuk menolong dan merubah nasib
mereka untuk kembali menjadi manusia yang sempurna belum mampu dalam
pelaksanaannya.
Pada zaman ini, orang yang miskin akan terus miskin, yang kaya akan terus kaya kerana pentingkan diri! |
Inilah salah satu masalah yang amat sukar diatasi, masyarakat
hari ini seakan-akan tidak kisah langsung terhadap mereka malah sangat pentingkan
diri sendiri. Yang pasti, nasib mereka belum dapat diatasi dan belum lagi dapat
diperbaiki. Terjadilah pemandangan yang kontradiksi, yang miskin tetap hidup dalam kemiskinan, yang kaya terus hidup
berlebih-lebihan. Inilah zaman akhir di mana harta benda telah melimpah
ruah.
Kemudian disebutkan lagi di dalam hadis, harta warisan
menjadi rebutan. Seorang bapa yang kaya raya akan meninggalkan banyak harta,
kemudian harta warisan itu akan menjadi
rebutan terhadap warisnya, sehinggalah terjadi hal-hal yang tidak di
inginkan seperti pergaduhan adik beradik, saudara mara dan sebagainya.
Suami-suami pada masa kini nyata lebih tunduk kepada
isterinya berbanding ibunya. Ini adalah kerana, kebanyakkan
isteri pada zaman serba moden ini lebih tinggi kelulusan pelajarannya
berbanding si suami. Sebagai contoh, si isteri memiliki kelulusan Master atau Ph.D serta pekerjaan, pangkat dan gaji yang lebih tinggi berbanding suaminya sedangkan suaminya hanyalah berkelulusan sijil, diploma
ataupun ijazah sarjana muda sahaja. Maka oleh itu, si isteri mulalah menjadi mengada-ngada, berlagak pandai serba serbi
dan sombong terhadap suaminya lalu menjadi ‘Queen Control’.
Ramai lelaki pada hari ini terpaksa pasrah berkahwin dengan wanita yang lebih tinggi pangkat darinya |
Tidak kurang juga orang yang hidup bahagia dengan anak serta
isterinya, sedangkan kedua ibu-bapanya hidup
sengsara, pergi meminta-minta belas kasihan orang, demi mencari sesuap
nasi.
Kaum wanita pada hari ini turut tidak mahu ketinggalan dalam
pelbagai aspek, mereka turut ingin
bekerja di segala sektor seperti mana kaum lelaki seperti menjadi pemimpin
negara, jurutera mekanikal, arkitek, penyanyi rock, ahli sukan, inspektor polis,
pemandu bas, hakim, pemain bola sepak, angkasawan malah ada juga yang ingin menjadi imam solat untuk lelaki! Inilah
dikatakan zaman kebebasan wanita untuk terus maju kehadapan malah ia telah pun dianggap
perkara biasa untuk umat manusia pada hari ini.
Kemudian Nabi saw bersabda lagi, wanita di akhir zaman
"Al-aariyaat wal ghoofilat" bertelanjang
dan hilang sifat malu. Kata-kata Nabi Muhammad saw pada 1400 tahun yang
lalu sungguh benar dan tepat! Wanita-wanita
itu sengaja disuruh bertelanjang untuk berlakon di dalam filem-filem lucah.
Aksi mereka sungguh gedik dan menjijikkan mengalahkan keldai!
Ramai kaum wanita semakin hilang sifat malunya, ada yang menjadi pelacur, penari tiang, 'porn star' dsb. |
Menurut laporan akhbar, terlalu ramai pelakon filem lucah wanita yang
melakukan aksi lesbian yang kebuluran seks, ada yang minum air kencing, seks dengan anjing dan kuda,
bermain tahi dan membuat perkara-perkara yang melampaui batasan seks. Mereka
berbuat begitu adalah untuk memenuhi kehendak nafsu binatang kaum lelaki di
internet. Ada juga yang menari telanjang dan ditonton beramai-ramai oleh kaum
lelaki di kelab-kelab liar dengan mendapat bayaran yang cukup lumayan!
Lihatlah cara pemakaian wanita pada masa kini, di
majalah-majalah, di kaca TV, di pasar raya, dan sebagainya, sangatlah seksi dan ketat malah sehingga kita dapat lihat dengan jelas susuk tubuh badannya. Beginilah keadaan wanita di zaman sekarang, tidak kiralah
dimana-mana negeri sekalipun. Umumnya, hampir semua orang di dunia ini telah pun
mengatahuinya. Tapi sekali lagi penulis mengingatkan, tidak semua wanita mahu berbuat begitu.
Para pembaca semua tidak usahlah menjadi terlalu panik atau
sakit kepala kerana memikirkan keadaan wanita pada zaman sekarang, kerana
inilah dia salah satu tanda daripada
tanda-tanda kiamat akan tiba,
sebagaimana Nabi katakan empat belas abad yang lalu!
Sekian Terima Kasih
Bersambung di
entri: Berita Alam Ghaib 31
My
Cahaya Post – Ogos 2012 (Ramadhan)
marilah sama2 kita persiapkan diri
ReplyDeleteYa Allah! Segala apa yang Nabi Muhammad saw pernah kata suatu ketika dahulu semuanya telah berlaku, takut :'(
ReplyDeleteAini Zakuan
menunggu sambungan :)
ReplyDeletebravo, thanks
ReplyDeleteSama2 mengingat kn diri..
ReplyDelete-suesafia-
ni web cem na, tak baik tu picture cewek telanjang, delete lah, tak usah di kasih pic
ReplyDeleteitulah kehidupan...Kdg tu, ustaz sdiri buat hal.
ReplyDeletesekadar peringatan untuk diri kita.. janganlah menyalah org lain.. ustaz buat hal .. kita perlu menilai.. bukan banyak pun ustaz yg buat hal..
ReplyDeleteselalu ingat sama yang diatas
ReplyDeletemasya Allah... kadang terbayang2 jika menemui pagi yang sambut matahari terbit dari barat
ReplyDeletememang kita sendiri harus instropeksi diri, karena kiamat selalu dekat dengan kita
ReplyDeleteya semua atas petunjuk yang diatas aja LD
ReplyDeleteSegeralah bertobat manusia
ReplyDeletewah kayaknya kiamat sudah dekat karena banyak tanda2 nya nih.
ReplyDeleteTanda tanda kiamat sudah dekat.
ReplyDeleteberarti kiamat memang sudah dekat..
ReplyDeletebelum tentu gan.. semua itu hanya Allah yang tahu gan..
ReplyDeleteMasya Alloh,.dizaman sekarang sudah bnyak tanda2 kiamat itu,.kita hidup diakhir zaman...thanks sangat bermanfaat sekali
ReplyDeleteSekedar Share sahabat...Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun,...telah wafat Ustad Uje. Semoga amal ibadah beliau diterima disisiNya.
ReplyDeletejaman sekarang emang memprihatinkan banget. seakan2 tanda2nya sudah terlihat semua
ReplyDeletejaman sekarang memang jaman yang sulit tapi kita tetap harus berusaha untuk yang terbaik
ReplyDeletena'udzubillah. semoga kita terhindar dari perbuatan2 maksiat itu
ReplyDeletezaman sekarang memang zaman yang sulit, harus lebih hati hati, dan berusaha yang terbaik
ReplyDelete