• My Cahaya

    Lari Dari Kegelapan Menuju Cahaya

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

Platform Ping Terbaik Untuk Blog Islam


Platform Ping Terbaik Untuk Blog Islam


Adakah anda seorang penulis blog ilmiah atau Islamik? Ataupun adakah anda seorang pembaca setia terhadap blog-blog yang Islamik?

Bayangkan, anda seorang penulis blog yang suka menulis atau menyiarkan artikel-artikel yang berunsurkan Islamik atau ilmiah tetapi artikel anda tidak mendapat sambutan hangat lantaran manusia pada masa kini lebih mementingkan artikel-artikel yang bercorakkan lucah, hiburan dan gosip berbanding berkonsepkan Islam/ilmiah.

Ramai blogger yang kecewa kerana artikelnya yang membawa mesej dakwah tidak mendapat sambutan 

Bayangkan juga apabila anda ping link blog anda di website-website yang menawarkan perkhidmatan ping, pasti anda akan berasa kecewa apabila melihat blog anda sentiasa kalah dengan blog-blog yang memaparkan isu-isu artis, tajuk post yang hampir lucah dan juga mempunyai gambar yang tidak senonoh. Sedih bukan?

Sila kesatkan air mata anda kerana ada berita baik untuk anda semua!

Kini anda tidak perlu risau lagi! Pautkan sahaja entri blog anda itu di Muslim Blogger Ping untuk di‘letupkan’ ke seluruh warga facebook yang menggemari blog-blog ilmiah atau Islamik. Justeru, pembaca-pembaca setia blog-blog yang berunsurkan ilmiah dan islamik juga turut tidak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa blog-blog anda semua.

Klik disini untuk pergi ke page ini.

Muslim Blogger Ping merupakan satu projek yang baru sahaja dibangunkan pada 27 Febuari 2012 dan bertujuan untuk mengumpulkan segala entri-entri blog yang berkaitan dengan Islam mahupun apa-apa sahaja yang ilmiah untuk tatapan pembaca semua. Projek ini juga dibangunkan untuk memberi sokongan dan galakkan padu khas buat penulis-penulis blog di Malaysia ini untuk mengumpulkan koleksi entri yang bercorakkan Islam/ilmiah di dalam satu platform dan menjadikan salah satu medan dakwah elektronik!


Eh? Kenapa Ping di facebook? Dah lapuk la cara ni!

Tidak sama sekali! Kebanyakkan admin di 'facebook ping' yang lain tidak ping pun link blog yang dihantar. Kesian kat blogger yang terkial-kial spam sana-sini. Ada la 2,3 website yang menjalankan aktiviti ping ini tetapi blog disana tidaklah spesifik malah bercampur baur, maka persaingan menjadi terlalu sengit diantara blog hiburan dengan blog Islam/ilmiah.

Muslim Blogger Ping tidak kisah pada spam, kerana admin amat memahami blogger yang perlukan traffik

Percayalah, di dalam banyak-banyak platform untuk ping blog, platform facebook-lah yang terbaik di dalam dunia kerana:

1- Hampir semua orang mempunyai akaun facebook!

2- Peminat-peminat entri di blog anda akan saling berkongsi entri anda di wall mereka masing-masing dan membuatkan entri anda semakin membara sehingga blog anda dilanda traffic jam!

3- ‘Recent post’ di dalam facebook adalah jauh lebih lama dan luas berbanding website-website ping yang lain yang rata-ratanya mempunyai expired date dan jarang keluar ke widget-widget di blog orang lain akibat persaingan.

4- Persaingan juga kurang sengit kerana blog-blog yang di-ping-kan disini hanya bercorakkan ilmiah atau Islamik sahaja berbanding website-website ping yang lain yang rata-ratanya akan bersaing dengan blog yang menyebarkan artikel yang tidak membawa faedah dan bercampur baur.

5- Facebook adalah platform yang paling sukar untuk rosak ataupun server down.

6- Facebook page tidak perlu susah-susah nak signup, login atau segala, hanya dengan LIKE dan terus share artikel-artikel anda hanya dalam masa 3 saat sahaja!

7- Anda juga turut sentiasa berhubungan dengan admin jika mempunyai masalah-masalah yang tertentu. Admin juga adalah seorang manusia dan bukannya robot dan admin dapat menapis entri-entri yang berunsurkan ajaran sesat atau murtad!

Facebook adalah medium yang paling cepat tersebar berita. Sudah tentu blog anda mudah menjadi popular!


Apa keistimewaan yang ada pada Muslim Blogger Ping?

1- Admin-admin yang bertugas mengawal Muslim Blogger Ping merupakan seorang yang menjaga solat 5 waktu.

2- Admin-admin juga seorang yang berhati perut dan akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dan menyejukkan hati.

3- Muslim Blogger Ping juga akan kerap memberikan kata-kata motivasi, semangat atau petua untuk blogger-blogger dan juga pembaca sekalian.

4- Muslim Blogger Ping juga akan selalu membuat review blog anda jika terpilih.

5- Kontest juga akan selalu diadakan untuk menyemarakkan lagi industri blogger muslim Malaysia

6- Anda juga boleh ping entri blog anda yang sama sebanyak 3 kali! jika anda tidak berpuas hati dengan traffic yang masuk ke blog anda.

7- Yang paling penting, anda akan memberikan sumbangan terhadap Islam dengan aktiviti dakwah yang mudah iaitu hanya share artikel sahaja. Ia sedikit sebanyak mengajar anda erti berdakwah.

Jadikanlah apa-apa medium yang dicipta oleh barat sebagai medan dakwah. Jadikan ia sebagai amalan mulia


Blog saya biasa-biasa sahaja, boleh tak saya nak ping blog saya di Muslim Blogger Ping?

Apa salahnya, tak berdosa pun, dipersilakan… tetapi sila patuhi semua terma dan syarat di dalam page ini ya. Syaratnya sangat mudah, sambil makan kuaci pun boleh ikut… sila baca disini.

Cabutan bertuah akan diberikan terhadap 100 blogger pertama dan akan mendapat hadiah yang amat lumayan!

Apa-apa pun, sila syorkan kepada rakan-rakan anda mengenai page ini dan majukan industri blog-blog yang bercirikan Islam/ilmiah. HIDUP ISLAM!!!


Sekian Terima Kasih


Anwar Suran Post – Feb 2012

Share:

Saturday, 9 July 2011

Berpindah Ke Domain Sendiri



Assalamualaikum wbt


Apa khabar semua.. harap anda semua sihat serta sentiasa dirahmati Allah swt amin.. Untuk entri kali ini agak simple jer ok, hanya nak beritahu yang penulis telah berjaya mendapatkan domain sendiri iaitu ‘www.anwarsuran.com’... Penulis beli domain ni daripada ‘NetKL’ sekali dengan pemasangan hanya dengan yuran RM3 sahaja.. Harga domain kat NetKL tiadalah mahal mana, hanya lebih kurang RM31 setahun! Amatlah berbaloi jika anda semua (para bloggers remaja) untuk mendapatkannya..

Jika anda menggunakan alasan tiada duit untuk membelinya maka anda telah menipu diri anda sendiri.. sedangkan untuk topup RM10 seminggu pun anda mampu apatah lagi untuk membeli domain yang hanya dengan harga lebih kurang RM35 setahun.. Itu belum kes bergaduh dengan pakwe makwe lagi.. agaknya kalau bergaduh, mungkin mencecah RM50 semalaman hanya nak pujuk makwe yang tengah merajuk tuh. So, janganlah berpakwe makwe ni ok.. Alamak, terlari topik pulak haha.

Mesti anda pelik.. penulis baru jer tak sampai setahun ber-blogging tiba-tiba jer dah beli domain sendiri.. Penulis beli domain nie awal-awal agar Google dapat crawl penulis punya blog nie dengan nama www.anwarsuran.com ok.. penulis tak mahu la bila blog penulis dah ramai pembaca nanti baru terhegeh-hegeh nak beli domain sendiri.. nanti penulis punyer page rank blog penulis akan kembali kepada 0! Sangat leceh.. lebih baik beli awal-awal..

Bagi sesiapa yang masih belum tahu apakah itu domain maka penulis akan terangkan dengan gaya bahasa yang mudah ya.. Kalau anda baca penerangan para blogger yang lain mungkin agak penat sedikit kerana penerangan mereka yang agak panjang lebar itu.. Baiklah, straight to the point.. sebenarnya makna domain adalah alamat atau URL blog kita contohnya:

Alamat blog tanpa domain sendiri: http://anwarsuran.blogspot.com  atau http://anwarsuran.wordpress.com

Alamat blog yang ada domain sendiri: http://www.anwarsuran.com

Jadi kesimpulannya, mempunyai domain sendiri ini bermakna kita tidak menumpang alamat orang lain seperti blogspot, wordpress, ning atau lain-lain atau dengan kata yang lebih mudah iaitu alamat blog kita itu adalah hak mutlak untuk diri kita.. tapi kalau tak bayar RM30 setahun pun tak guna jugak..


Extra: Apakah itu Hosting?

Ok, sebagai ilmu tambahan penulis akan menerangkan tentang hosting pulak.. apakah itu hosting? Baiklah.. hosting ini adalah tempat untuk anda menyimpan dokumen anda di dalam internet seperti gambar-gambar, video, dan sebagainya.. jika anda upload picture anda di dalam facebook maka gambar-gambar serta video anda itu akan disimpan di dalam hosting facebook, jika anda upload gambar-gambar anda di dalam blogger atau nama terbarunya iaitu 'Google Blog' maka picture anda akan disimpan di dalam hosting 'Google Picture'.. faham ke?  Ok, satu lagi contoh.. jika anda simpan dokumen anda di dalam http://photobucket.com maka gambar-gambar anda akan disimpan di dalam hosting photobucket lah ok.. ini bermakna anda telah menyimpan gambar anda di dalam hosting hak milik orang lain..

Jadi, makna hosting persendirian pula adalah hosting hak milik anda sediri iaitu segala dokumen, gambar serta video anda akan disimpan di dalam hosting hak milik anda sendiri dan dibawah tanggung jawab sendiri.. anda juga boleh menyimpan gambar anda yang tidak menutup aurat tanpa perlu risau ada orang mencerobohnya.. jika anda menyimpan gambar atau video anda di dalam hosting orang lain contohnya picasa web album, flikr atau photobucket.. confirm ler admin hosting itu akan dapat melihat segala gambar anda.. so, kalau admin tu sebarkan gambar seksi anda maka secara automatik nyer anda akan menanggung dosa itu ok.. Jadi, itulah kelebihan mempunyai hosting sendiri.. kelemahannya cuma anda perlu membayar lebih kurang RM60 setahun.. so, bila anda dengar jer tentang duit mesti anda gelapkan mata, pekak kan telinga haha!

Ok itu sahaja untuk entri kali ini.. Wassalam


Anwar Suran Home 2011

Share:

Friday, 17 June 2011

Intipati Di Dalam Blogku



Photobucket
Salam sejahtera buat para pengunjung blog yang dikasihi sekalian.. apa khabar? Sihat? Harap ceria selalu la ya. Entri kali ini masih lagi mengenai tentang blog penulis yang tercinta ini.. harap anda tak bosan la membaca nyer.. penulis tengah exited giler nih sebab dapat mengarang blog pada waktu cuti semester yang nyaman sambil makan cekodok pisang yang lazat.. 

Sebenarnya, penulis adalah  seorang yang amat gemar bercerita dan mendengar cerita, tetapi apabila terlalu banyak bercakap dan berbual tak manis pulak dipandang orang betul tak? Jadi penulis telah memutuskan untuk menjadi seorang yang pendiam dan hanya bercerita melalui penulisan sahaja.. Itu lebih baik kot.. Penulis amat mengharapkan sokongan anda semua ya.. from zero to hero..

Untuk pengatahuan semua, penulis dah buat blog ni semenjak tahun 2008 lagi.. masa tu tak banyak lagi template-template yang menarik untuk platform blogger.. setakat guna classic atau default template macam tak beberapa kena pada diri penulis nih sebab taste penulis agak tinggi sikit tapi takder la keterlaluan.. platform wordpress pun tak banyak lagi menyediakan theme yang benar-benar cantik. Jadi penulis pun terus tinggalkan dunia blog sehinggalah tahun 2010 penulis mula design semula blog ini dan tulis entri sikit-sikit.

Oklah, kali ni penulis nak ceritakan sedikit segmen/bahagian/intipati serta future di dalam blog penulis nih.. penulis telah bahagikan intipati blog ini kepada 11 bahagian iaitu Hidupku, Realiti, Misteri, Islam, Santai, Karyaku, Motivasi, Teknologi, Blog, dan terakhir sekali ialah Download.. Baiklah, penulis akan terangkan satu-persatu ok..


Photobucket

Hidupku - Memaparkan segala kisah pahit manis kehidupanku semenjak mula mengenali dunia ini sehinggalah mataku terlelap untuk terakhir kali. Segmen ini ibarat diari kehidupan penulis la kot samada flash back, angan-angan atau rutin harian penulis yang terpilih sahaja.


Photobucket

Realiti - Merupakan entri berkenaan dengan kebebasan bersuara terhadap realiti dunia masa kini dari segi aspek politik, isu semasa, serta kehidupan manusia. Segmen ini penulis akan mengaplikasikan freedom of speech yang tidak keterlaluan. Penulis rasa setiap insan memerlukan hak untuk menyuarakan ketidak puasan hati betul tak? Wallahualam..


Photobucket

Misteri - Memaparkan artikel-artikel mengenai sesuatu yang misteri/mistik samada di alam nyata mahupun alam ghaib. Entri-entri di dalam segmen ini hanya yang benar-benar betul sahaja ok, unsur-unsur tahyul mahyul takkan diselitkan. Penulis memang minat untuk mengambil tahu tentang perkara-perkara yang misteri nih..


Photobucket

Islam - Artikel-artikel berkenaan agama islam samada dari segi fakta, hukum hakam, kisah-kisah islamik, perbincangan agama serta segala aspek fardhu ain. Segala entri di dalam segmen islam ini mempunyai sumber rujukan yang amat boleh dipercayai.. jadi, janganlah anda bimbang ok. Sebagai seorang muslim berdakwah itu adalah wajib! tidak kiralah dengan cara apa sekalipun ya.. kita perlu menyeimbangkan di antara dunia dan akhirat.. Jangan lupa ok!


Photobucket

Santai - Segmen khas untuk anda merehatkan minda. Memaparkan segala manga atau komik yang terpilih dari seluruh dunia, himpunan lawak jenaka dan juga cerita-cerita menarik untuk bacaan masa lapang. Kalau anda free, jenguk-jenguklah entri-entri ini ya.. penulis akan berusaha untuk mengumpulkan himpunan media yang menghiburkan hati khas untuk pengunjung blog yang dikasihi huhu.


Photobucket

Karyaku – Mengumpul koleksi-koleksi hasil karya kreatifku seperti lukisan, kartun, sketsa, video, rekabentuk landskap, dan industri serta pelbagai lagi. Penulis meminati bidang seni lukis semenjak dari kecil lagi, insyallah penulis akan memasukkan karya-karya penulis seperti kartun, sketsa dan lain-lain di sini.. kemungkinan besar penulis akan cipta video-video sketsa jika ada kesempatan insyaallah..


Photobucket

Motivasi - Merupakan sudut khas motivasi samada dari segi pembelajaran, kerjaya, psikologi, perhubungan, keluarga, mutiara kata dan pelbagai lagi. Sebenarnya selain dari buku-buku komik serta buku-buku agama yang beratus-ratus biji kat umah penulis nih, penulis jugak amat suka mengumpul buku-buku motivasi.. agaknya dah boleh buat mini library dah kat rumah penulis nih hehe. Insyallah penulis akan berkongsi segala bahan bacaan motivasi penulis ok. Nantikan…


Photobucket

Tips/Petua - Koleksi petua-petua hebat mengenai segala aspek kehidupan seperti kesihatan, perbelanjaan, dan sebagainya! Hobi akak-akak penulis adalah mengumpul majalah-majalah seperti wanita, nona, maskulin, glam dan sebagainya. Jangan lupa, dalam majalah tu ada banyak tip-tip hebat yang jarang golongan masa kini membacanya seperti petua kesihatan, keewangan, kerjaya dan sebagainya. Nanti penulis akan ekstrak dan paparkan di dalam segmen ini yer..


Photobucket

Teknologi - Memaparkan artikel mengenai teknologi terkini seperti gadjet, computer dan juga internet. Penulis teramat-amat meminati dunia teknologi lebih-lebih lagi berkaitan dengan internet.. lagipun penulis pernah menjalani ‘kursus’ rekabentuk software selama 5-bulan di universiti tempatan pada tahun 2008 dulu.. di sinilah penulis akan berkongsi segala maklumat mengenai dunia teknologi masa kini.


Photobucket

Blog - Himpunan tutorial blog berbahasa melayu  samada untuk  platform Blogger atau Wordpress percuma. Alhamdulillah, kini setelah penulis memahami sedikit sebanyak teknik programming, dapatlah juga penulis berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai kod HTML untuk sesiapa sahaja yang menggunakan platform blogger untuk menulis blog.. penulis juga boleh berkongsi serba sedikit mengenai teknik-teknik yang telah penulis lakukan semasa penulis modified blog penulis nie dulu.. tutorial wordpress pun penulis boleh ajar jugak cuma dari platform yang percuma jer la yer! Haha..


Photobucket

Download - Boleh muat turun segala movie, lagu, e-book, software dan pelbagai lagi di sini. Ia juga berfungsi sebagai galleri untuk berkongsi segala jenis media.. Segala apa yang ada di dalam blog ini, penulis akan attach kat bahagian download dan anda download la apa yang anda nak yer.. nak copy paste pun boleh.. takder  nyer penulis nak marah huhu.. yang penting jangan lupa link kan dengan blog ini. Itu jer syaratnya.. mudahkan?


Antara intipati-intipati yang lain di dalam blog penulis adalah Forum, Kedai Online serta ruangan Borang tetapi masih di dalam proses kemaskini. Nampaknya itu sahaja penerangan tentang intipati di dalam blog penulis nih.. harap anda bolehlah sumbangkan idea-idea serta pandangan anda ya. Sila sumbangkan segalanya di dalam ruangan komen dan segala komen-komen tersebut penulis akan membalasnya sekadar yang termampu.. insyallah..


Terima kasih daun keladi, sila berkunjung lagi!


Anwar Suran Home 2011

Share:

Thursday, 16 June 2011

Alasan Lama Tak Update Blog


Assalamualaikum wbt.. Apa khabar? Sihat? Harap para pembaca semua sihatlah hendaknya ya.. Dah lama penulis tak update blog kan? Rakan-rakan penulis pun dah bising suruh penulis update blog malah mak penulis pun turut tumpang bertanya sekali. Kalau anda nak tahu kenapa penulis tak update blog, oklah.. penulis akan senaraikan alasan-alasannya, baiklah..

1- Nak tumpu perhatian lebih terhadap pelajaran – Bidang yang penulis amik kat universiti ni ganjil sikit dari bidang rakan-rakan penulis yang lain.. semester 1 sahaja dah macam budak final year.. tidur 3-hari sekali, makan tak teratur, nak lepak-lepak dengan member bidang lain pun susah.. ntah la.. dah rezeki penulis dapat bidang ni... yang penting final exam penulis tak banyak paper ok! Jangan jelez..

2- Internet dekat universiti lembab macam siput bab* - Dah la student kat U ni ramai giler, lepas tuh setiap orang pulak pakat nak download movie, lagu, software dan macam-macam lagi.. camner la tak meletup server internet tuh.. belum lagi campur student-student yang pakat download blue guna proxy search engine (penulis tahu ok, otak budak-budak sekarang ni memang status kena wajib kahwin).. subhanallah!

3- Broadband Digi penulis akan jadi slow bila hari malam – Penulis beli broadband pakej paling murah jer.. hari siang jer boleh surf internet, bila hari malam jer terus K.O.. Penulis nie takder la kaya pun.. muka jer macam billionaire tapi duit dalam poket penuh dengan duit seringgit yang berkeronyot + bergulung-gulung.. Penulis memang tak suka simpan duit dalam wallet pun haha!

4- Template blog yang lama terlalu berat nak open – Dulu penulis guna template wordpress (black magic).. template tuh memang la cantik dan lain dari yang lain cuma masalahnya kita tak boleh nak buka blog tu menggunakan internet explorer ditambah pulak dengan berat giler, maka penulis telah kehilangan pembaca-pembaca dari kalangan orang tua (harap faham yer hehe). Jadi, nak cari template yang baru amatlah sukar dan juga nak tukar template baru tu pulak amatlah malas sebab leceh nak godek-godek kod HTML tuh.. kalau terlupa nak backup kod HTML alamatnya hancurlah hidup ini huhu..

5- Menerima tempahan untuk design laman web – Oleh kerana penulis ni ada sedikit pengatahuan asas dalam bidang programming maka kalau setakat nak buat laman web simple-simple tu boleh la kot. So penulis dah amik masa lebih kurang 2-minggu dari waktu cuti semester untuk penulis design laman web company engineering kat area Johor itu.. Alhamdulillah akhirnya siap jugak walaupun belum sepenuhnya.. thanks Allah swt!

So now penulis dah pun free walaupun tak sepenuhnya.. cita-cita untuk menjadi seorang blogger kini telah kembali hadir didalam hidup penulis... minggu depan penulis kena pergi ke puchong pulak sebab ada tempahan rekabentuk risalah, poster dengan kad untuk syarikat eletronik yang baru nak buka.. apa-apa pun penulis akan curi jugak masa untuk berblogging. Doakan penulis ya! Sekian, terima kasih..

Wassalam


Anwar Suran Home 2011

Share:

Monday, 6 December 2010

Sedang Kemaskini Blog


| Assalamualaikum |

Ini bukanlah entri yang pertama ya, saje jer nak cerita-cerita sikit. Nampaknya blog ini telah dipasang oleh aku pelbagai widget yang menarik seperti jam, button share, iklan, ruangan borak, menu, enjin untuk kepantasan blog dan banyak lagi. Kat bahagian ruangan komen pula telah dipasangkan sekali dengan kamus (google translate) supaya aku dan pelawat dapat tulis atau translate mana2 komen yang berbahasa inggeris. Blog ni juga takder la makan banyak masa pun nak loading, paling lama pun hanya 2-4saat untuk internet laju, dan 8-15saat untuk internet lembab.


Rumah Misteri

Bercakap mengenai rekabentuk blog nie pula, ia berkonsepkan rumah aku yang penuh dengan suasana Realiti-Fantasi-Misteri. Anggaplah blog ini sebagai rumah aku yer (macam gambar kat atas nie hehe). Entri2 aku pula sebagai melayan tetamu atau pelawat yang bertandang. Hidangan untuk tetamu pulak? Takpe, korang buat jer milo ais sendiri sambil makan cempedak goreng ketika menziarahi blog nie okeys? Ruangan 'jom borak' pada bahagian sisi kiri blog ini pula berfungsi sebagai tempat untuk korang mengumpat, menyapa, beri salam, berbual dan bertanya ya!

Untuk pengatahuan korang, blog ini masih belum dirasmikan lagi oleh aku kerana ia masih lagi dalam proses cuba mencuba.. bukan cuba apa, mana la tau takut2 ada masalah size tulisan ke, masalah widget ke, color mode ke dan lain2.. nanti takut susahkan korang pulak bila nak membacanye betul tak? Sehinggalah aku berpuas hati upgrade blog nie barulah ia berfungsi sepenuhnya atau dirasmikan kelak. Mungkin aku akan kemaskini blog ni dalam 3-8kali seminggu insyaallah.

Sorry la sebab lambat yer sbb inilah kali pertama aku guna platform blogspot.. pengatahuan HTML atau programming kena la bagus, baru la bole cuba2 ubah kod HTML sendiri dengan yakin. Mujur la aku pernah belajar programming C++ dan Visual basic masa dulu2.. walaupun kod2 tuh tak beberapa nak sama dengan kod HTML tapi aku boleh faham jugak sikit2 hehe. Kepada sesape yang nak tahu siapa aku, sila klik button 'Diriku' kat bahagian atas sekali bahagian kanan blog okeys.. Pape pun thanks sebab sudi jenguk2 blog aku yang belum dirasmikan nie. Kalo korang online nanti jangan lupa pula lawat2 ke sini tahu, jangan lupa untuk klik2 iklan sekali kalo rajin ya!


AnwarSuran.Home 2010


Share:

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris