Evolusi Permainan Video Dari Tahun 1980-2011
Post untuk kali ini saya ingin menyentuh isu berkenaan permainan video atau video games (walaupun sekarang dah tak menggunakan output video). Memandangkan saya memang gemar bermain games hampir semua genre games sudah saya sentuh, dari racing, ke tembak menembak, simulasi, 3rd person shooter, RPG, strategi masa kini semua saya sapu asalkan ianya games. Saya mula mengenali games seawal umur 4 tahun iaitu brickgame, kemudian beralih kepada games konsol sega pada umur 5 tahun, manakala menceburi games PC pada usia 8 tahun dan sehinggalah kehari ini saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini games, yang terbaru ini saya mengikuti siri-siri games untuk PC dan PS3 pula.
Bagi generasi yang lahir ketika era 80-an pasti tidak terkecuali dengan video games. Pastinya ia menyimpan nostalgia lama, diamana music midinya masih teralun di dalam minda kita semua. Dari permulaan era video games diperkenalkan pada tahun 1971 sehingga kehari ini. Perkembangan pesat Central Processing Unit (CPU) dan Graphical Processing Unit (GPU) dan perkembangan teknologi televisyen berdefinisi tinggi, LCD dan LED telah banyak memberi perubahan dari segi graphic yang ternyata jauh meningkat, dan sekaligus merubah perspektif permainan dan latar ceritanya ternyata lebih serius dan memerlukan kemahiran tinggi kepada pemain. Malahan kapasiti bagi purata setiap video games masakini di anggarkan di antara 15-20GB bagi memuatkan graphic berdifinisi tinggi iaitu 1080p HD dan kualiti Sound Dolby digital 5.1 dalam cakera Blu-ray dan DVD-9.
Bagi generasi yang baru pula, mungkin mereka tak ambil tahu pun dimanakah asal-usul nenek moyang games-games tersebut. Mereka hanya mengenali games yang bergrafik tinggi pada hari ini disebabkan perkembangan internet dan banyak cawangan cyber cafe dibuka. Jadi post untuk kali ini adalah untuk berkongsi bersama pembaca, bagaimanakah rupa keadaan grafik yang pernah saya mainkan ketika masih kecil dahulu dan terus mengikuti evolusinya dari semasa ke semasa.
METAL GEAR
Siri METAL GEAR dibangunkan oleh syarikat perisian Konami Jepun pada awal tahun 1987 untuk konsol SNES Nintendo 16Bit. Genre games ini adalah dalam kategori Action-Stealth. Siri terbarunya MGS 4 Guns of Patriot untuk pelantar PS3 memakan masa 3 tahun untuk menyiapkannya, Heido Kojima (pengasas siri Metal Gear) bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan teknologi PS3 kerana ia tidak dapat menjana grafik MGS4 seperti yang diharapkannya. Watak yang digunakan dalam siri ini tidak pernah bertukar iaitu Snake. Snake adalah nama watak hero games ini, dimana tugasnya adalah sebagai perisik kerajaan untuk menyiasat pembuatan senjata rahsia dari organisasi gelap, bagaimanapun ia dituduh sebagai pengkhianat oleh kerajaan yang mengupahnya, lantas Snake terus mencari orang yang menfitnahnya. Watak Snake terus digunakan, dari ia remaja pada siri MGS pertama sehinggalah ianya menjadi tua pada siri MGS 4.
TOMB RAIDER
Tomb Raider adalah salah satu siri yang paling saya gemari ketika dibangku sekolah lagi, ia dibangunkan oleh syarikat perisian Eidos, Montreal Kanada. Tomb Raider merupakan siri pertama yang menggunakan enjin grafik 3D dan hasilnya boleh la dikatakan baik pada masa itu, namun grafiknya ketinggalan jauh untuk siri-siri seterusnya yang pada masa itu syarikat games lain telah jauh lebih maju. Namun, Eidos telah memperbaharui enjin penjanaan 3D dan untuk siri Tomb Raider yang terkini yang dijangka akan dipasarkan pada awal 2012 ini ternyata grafik akan memukau penggemar siri Tomb Raider. Tomb Raider adalah gelaran kepada seorang gadis yang bernama Lara Croft, beliau adalah pakar arkeolgi dan sejarah yang sentiasa dahagakan pengembaraan di kawasan-kawasan bersejarah dan artifak berharga, namun pengembaraannya diganggu oleh orgnisasi yang berniat jahat untuk merampas artifak-artifak berkenaan.
|
Tomb Raider (1996) PC
|
|
Tomb Raider II (1997) PC |
|
Tomb Raider Underworld (2010) PC/PS3/Xbox 360 |
|
Tomb Raider (Q1 2012) PC/PS3/Xbox 360 |
NEED FOR SPEED
Jika ingin bermain games racing, Siri NFS adalah yang terbaik bagi saya, diantara siri NFS yang saya ingati dan paling banyak menyimpan nostalgia ialah NFS II special edition. EA Games ternyata terus subur dengan idea-idea baru untuk siri NFS ini walaupun EA telah membangunkan NFS ini seawal tahun 1996. Namun jalan permainannya agak plain, dan tempoh permainannya hanya mengambil masa lebih kurang 10jam sahaja untuk ditamatkan, mungkin agak membosankan.
|
The Need for Speed (1996) PC |
|
Need for Speed II (1998) PC |
|
Need for Speed III (1999) PC |
|
Need for Speed: High Stake (2000) PC/PS |
|
Need for Speed: Porsche Unleashed (2001) PC/PS |
|
Need for Speed: Underground (2003) PC/PS2/Xbox |
|
Need for Speed: Underground 2 (2004) PC/PS2/Xbox |
|
Need for Speed: Most Wanted (2005) PC/PS2/Xbox |
|
Need for Speed: Carbon (2006) PC/PS3/Xbox 360 |
|
Need for Speed: Undercover (2007) PC/PS3/Xbox 360 |
|
Need for Speed: Pro Street (2008) PC/PS3/Xbox 360 |
|
Need for Speed: Shift (2009) PC/PS3/Xbox 360 |
|
Need for Speed: Shift (2011) PC/PS3/Xbox 360 |
THE ELDER SCROLL
menarik..
ReplyDeleteYa Allah.......!!!!!!!!!! Saya seronok.
ReplyDelete