Friday, 29 July 2011

Golongan Tabligh Semakin Dibenci




















Sabtu 23/7/2011.. pada suatu petang nan indah, sedang aku menaiki motosikal bersama adikku menuju ke kedai untuk membeli pembalut buku dan majalah.. tiba-tiba aku terserempak dengan segerombolan jemaah tabligh yang lengkap berjubah dihiasi dengan vest yang segak bergaya sedang berada di kawasan taman permainan.. tiba-tiba adikku berbisik di telingaku bahawa dia terdengar seperti ada remaja-remaja yang sedang menghina tabligh tersebut.. adikku menyambung lagi bahawa remaja itu seolah-olah berhasrat seperti mahu melarikan diri daripada jemaah tabligh tersebut mungkin kerana tabligh itu dianggap sebagai pengganggu kehidupan mereka.. kata-kata adikku tadi benar-benar telah membangkitkan kembali memori hitamku ketika aku masih berusia remaja seperti mereka....

Peristiwa 1

Masih segar di ingatanku, sewaktu aku masih kecil dahulu iaitu ketika usiaku di dalam lingkungan 8 tahun, sedang aku leka berseronok bermain-main bersama dengan abangku diatas pokok ceri, tiba-tiba suasana bertukar menjadi riuh rendah.. kelihatan seperti jiran-jiranku sedang tergopoh gapah memasuki ke dalam rumahnya masing-masing lalu gedegunggg!! bunyi pintu dan tingkap ditutup rapat-rapat lalu mereka menyepikan diri di dalam rumah.. shuuu~~ hanya tinggal bunyi hembusan angin petang sahaja yang bermain di telingaku.. segala bunyi rancak riuh-rendah jiran-jiranku yang sedang berbual-bual sebentar tadi terus lenyap begitu sahaja.. Aku jadi terpinga-pinga, apa yang sedang berlaku? Dari kejauhan aku dapat melihat seperti ada 7 hingga 8 orang manusia berjubah putih bersih lengkap berserban serta berkopiah sedang menuju ke arah satu persatu rumah jiranku..

Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Assalamualaikum! Sebanyak 3 kali wakil kumpulan berjubah putih itu memberikan salam tetapi tidak dijawab oleh sang jiran seolah-olah mereka tiada di rumah.. lalu kumpulan berjubah putih bersih itu bersinggah pula ke rumah jiranku yang di sebelahnya.. namun peristiwa yang sama tetap berulang iaitu salam yang diberikan sebanyak 3 kali tetap juga tidak berjawab.. begitulah juga seterusnya.. hanya 2,3 buah rumah sahaja yang menyahut salam daripada manusia berjubah putih itu.. aku menjadi amat kehairanan, kesan daripada peristiwa itu telah menyebabkan aku menjadi kecut perut seolah-olah kumpulan jemaah berjubah putih itu adalah seorang manusia yang sangat menakutkan disamping matanya yang hitam bercelak (kelihatan garang).. maklumlah ketika itu aku masih kecil dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Akhirnya kumpulan berjubah putih itu terus berlalu sehingga lenyap dari pandangan mata maka lorong di rumahku kembali meriah seperti sediakala…



Peristiwa 2

Peristiwa kali ini pula berlaku sewaktu aku di tingkatan-5.. ketika itu seluruh keluargaku telah pun berpindah di Kuantan.. Setiap petang di Kuantan, aku banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan-rakanku seperti menunggang motosikal, berseronok sambil melihat rakan-rakanku bermain gitar, melepak sambil berbual kosong, ‘mencuci mata’, bermain games dan sebagainya.. tetapi segala aktiviti aku petang itu pasti akan musnah apabila jemaah tabligh datang menziarah. Aku serta rakan-rakanku yang lain pasti akan berlari lintang pukang lalu menyorokkan diri apabila jemaah tabligh singgah melalui lorong di kawasan rumahku.

Demi Allah swt, ketika itu aku amat terpengaruh dengan rakan-rakanku dan seringkali aku terdengar rakan-rakanku mencaci maki jemaah tabligh itu. Alhamdulillah ketika itu aku tidaklah terpengaruh sehingga tergamak untuk mengutuk hina tabligh itu, aku hanya menyembunyikan diri sahaja. Apa yang aku tahu ketika itu pengatahuan aku terlalu cetek mengenai tabligh.. Dengan kuasa Allah swt, mungkin Allah swt nak tunjuk.. tibalah pada suatu masa aku cuba memberanikan diri untuk bersua muka dengan jemaah tabligh tersebut supaya dapat membongkar segala rahsia misteri ketakutan masyarakat terhadap golongan tabligh.. aku pun mendekati jemaah tabligh tersebut..

“Assalamualaikum dik..” “Waalaikumsalam” balasku.. “sehari ada 24jam dik, abang hanya menggunakan masa hanya lebih kurang 10minit sahaja untuk berkata-kata..” lalu jemaah tabligh itu berdakwah selama 3-4 minit.. 3-minit lagi pula para jemaah tabligh itu menjemput seluruh ahli keluargaku untuk hadir ke majlis makan-makan di masjid berdekatan serta menghadiri ceramah agama di sana pada hari sabtu. Tugas aku ketika berdepan bersama para jemaah tabligh tersebut hanyalah menjadi seorang pendengar.. diulangi.. PENDENGAR! Tak susah pun. Setelah mendengar, aku kembali menyambung rutin harianku.


Ya Allah! Kenapa? Kenapa selama ini masyarakat begitu takut dengan tabligh?? Kenapa masyarakat terlalu takut dengan golongan manusia yang teramat-amat mulia ini? Jika masyarakat takut untuk mendengar ceramah tabligh yang dianggap sebagai membuang masa, tetapi kenapa masyarakat boleh pula menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk mengumpat sesama jiran sendiri! Setelah aku mengetahui segala arah tujuan dan gerakan jemaah tabligh itu, aku berasa terlalu kesal kerana mengelakkan diri daripadanya suatu ketika dahulu.. sedangkan jemaah tabligh itu sedang melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasullullah saw! Kenapa kita mencela dan melarikan diri daripadanya pula? Sedarkah kita bahawa kita tidak ubah sedikit pun seperti masyarakat Jahilliah seperti mana ketika zaman Rasullullah saw dahulu iaitu melarikan diri ketika Nabi Muhammad saw sedang menyampaikan dakwah secara terang-terangan..

Janganlah jadi seperti itu. Jika anda semua tidak mahu mendengar ceramah daripada jemaah tabligh yang datang menziarah, itu terpulang diatas diri anda sendiri mungkin tiada masalah.. yang penting janganlah di caci maki, dihina serta memandang rendah golongan tabligh tersebut.. janganlah jadi seorang yang prejudis dan stereotaip ok.. golongan tabligh tidak sesat, jangan muda percaya fitnah orang lain! Kalau tidak mahu mendengar ceramah tabligh silalah ketempat lain, tetapi janganlah menghina golongan yang teramat mulia itu. Cuba kita perhatikan semula, Britney Spears, Siti Nurhaliza, Lady Gaga, Faizal Tahir dan lain-lain amatlah pula disanjung-sanjung tinggi oleh masyarakat malah sanggup untuk menghadiri konsert mereka yang mahal sehingga berpuluh-puluh dan beratus-ratus ringgit! Tetapi golongan tabligh yang hanya mengambil masa selama 5-minit sahaja untuk berceramah pula dihina serta dilabel sebagai sesat. Adakah kita ini termasuk di dalam golongan masyarakat Jahilliah? Tepuk dada tanya iman.

Wassalam..

Anwar Suran Home 2011


Share:

41 comments:

  1. depa lari sebab takut mendengar kenyataan yg depa bersalah. jadi tak maulah dengar ceramah pendek tu. mmg byk sangkaan buruk pd org tabligh. ia bagus tapi bila keluarga mereka sendiri terabai, maka itulah org lain jadikan point utk lemahkan golongan tabligh ni.

    ReplyDelete
  2. maaf tuan rumah...
    kenapa ada gambar Habib Ali ye... setahu saya Habib Ali takda pulak sertai Tabligh... Tak salah, tapi macam saudara dulu-dulu...ramai orang tak jelas jugak siapa mereka...

    ReplyDelete
  3. Kesian plak...
    Orang dah salahkan tabligh kononnya geng2 tabligh abaikan keluarga...
    stakat saya pernah kenal geng2 tabligh, takde plak anak isteri diorang berlapar, pakaian xberganti, dapur xberasap...
    sebelum diorang keluar, diorang dah tgglkan apa2 keperluan yang patut...
    diorang keluar berdakwah dah jadi cam satu kesalahan...
    xnak kire ke org2 kaya, yb2 yang tggl isteri dan anak2 sebab sibuk dgn politik, sibuk dgn bisnes...
    xnak kire ke org2 kaya yang kuar sebelum pagi dan balik lepas anak2 dah tido?
    beza antara kedua2 golongan ini, geng2 tabligh kuar utk berdakwah... manakala golongan kedua keluar utk mencari habuan dunia (xsemua camtu.. ade juga usahawan beriman)...

    wallahua'lam...


    Artikel terbaru:
    Selamat Menyambut Puasa Ramadhan Al-Mubarak

    ReplyDelete
  4. @Adzrien Shoppe Thanks bagi pendapat.. Keluarga terabai? Ins'lah tidak kot.. biasalah, setiap orang ada persepsi mereka masing2..

    ReplyDelete
  5. @PENAMPAN Bila saya search keyword 'tabligh' dekat google tiba-tiba keluar gambar Habib Ali hehe.. jadi untuk mencantikkan blog, saya ambil je la gambar beliau untuk dijadikan gambar utama entri ini :)

    ReplyDelete
  6. @FaizalSyukri.com @ Peja - Pendapatan Dengan Blog Abang peja selalu je jenguk blog saya.. setiap hari ada je shoutmix jemputan ke blog abang peja.. thanks, saya hargainya.. Saya setuju 100% segala pendapat abang peja.. tak pernah lagi saya jumpa isteri dan anak2 tabligh kebuluran.. itu sangat tepat :)

    ReplyDelete
  7. orang jadi takut dekat tabligh ni sebab bentuk dia tu . Bercelak tebal . pakai jubah besar . budak tengok menangis .

    HEHE . SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ;)

    ReplyDelete
  8. @Miss Momo Itu kalau badan tabligh tu gemuk.. cuba kalau tabligh tu hensem, mesti ramai perempuan jeling2 dari tingkap rumah :D

    ReplyDelete
  9. artikal ini bagus....

    ReplyDelete
  10. Hamzain Hj Awi7/8/11 8:36 am

    tanpa dakwah dah tentu umat muhammad akan kembali jahil.. ttp dgn pengorbanan para sahabat mendakwahkan manusia, meninggalkan anak isteri semata2 kerana Allah.. hari ini kita telah islam dan tahu akan Allah.. jd kita juga perlu ikut jejak nabi dan sahabat utk capai redha Allah.. korban diri, masa, harta dan kesenangan dan bersusah payahlah utk agama Allah dgn melangkah masuk melalui jln tabligh dan tdk hanya memuji krn jemaah ini bukan utk dipuji tp utk menarik hidayah Allah krn byk lg umat muhammad saw yg memerlukan hidayah.. berdoalah semoga Allah pilih kita dgn rahmat dan keredhaanNya..

    ReplyDelete
  11. nak kate 'takpelah terime kasih' pun da rase macam x hormat..inikan nak maki hamun..masyaAllah..

    ReplyDelete
  12. @.. Betul2.. janganlah dimaki golongan tabligh ni. Kesian kat mereka. Bukan selalu pun golongan tabligh ni datang ziarah, sekali sekala je. Buat apalah nak maki-maki. Dengar jer la apa yang mereka nak sampaikan. Untuk diri kita jugak. Ins'lah :)

    ReplyDelete
  13. tabligh..pelbagai persepsi masyarakat akan timbul. Keluarga terdekat saya ada yg merupakan jemaah tabligh. lumrah, terpercik juga andaian2 yg streotaip. sesungguhnya mereka tidak tahu, betapa mulia pekerjaan tabligh ini. bebas juga dari pengaruh politik =)

    ReplyDelete
  14. @kasturi jiwa Betul2, masyarakat sekarang ni dah menjadi prejudis terhadap golongan tabligh lalu wujudlah streotaip melalui forum-forum dan blog.. Begitu juga anggota arqam suatu ketika dahulu.. angkara politiklah mereka terbubar..

    ReplyDelete
  15. Saya suka blog ini... Blog ini sebenarnya telah membuka minda pembacanya untuk muhasabah diri dan menghayati kebesaran Allah SWT... Saya hrp blog ini akan terus maju dgn topik2 yg menarik seperti yg sedia ada...

    ReplyDelete
  16. darkness akan lari apabila nur datang, syaitan bawa darkness, org berdakwah bawa nur, siapa yang datang siapa yang lari? siapa syaitan dan siapa org beriman.. itu saja.. peace bro.. :D

    ReplyDelete
  17. banyak kata2 tabligh tersimpang jauh drpd ahlisunnah wal jamaah. belajar ilmu tauhid baru tahu....

    ReplyDelete
  18. Ayah Habib Umar sendiri pernah keluar bertabligh di India.baca komen amir suhaimi hassan http://www.facebook.com/photo.php?fbid=258144568916&set=t.100000135498661&type=3
    di Indonesia, Habib Soleh dan Habib Munzir al-Musawwa sendiri pernah bertabligh di Indonesia. baca link ni, Habib Munzir sendiri mengaku pernah keluar bertabligh di Makasar http://mencarimardhatillah-ansarullah.blogspot.com/2011/06/pandangan-habib-mundzir-al-musawa.html (adakah mereka dari golongan yg tersesat akidah?)

    ReplyDelete
  19. bagi saya jemaah tabligh adalah sebenar-benar jemaah yang akan kekal hingga kesatuan dan kemenangan umat islam sedunia kerana jika dilihat perjuangannya adalah ke arah kesatuan umat islam sedunia dengan cara berkasih sayang dan sangat berhikmah.

    ReplyDelete
  20. suami saya salah seorang jemaah tabligh.saya sokong perjuangan suami saya.

    ReplyDelete
  21. Salam, X kenal maka x cinta, tp kalu sekali je kuar 3 hari barulah tahu kemanisan dah rahsia usaha agama ni, suatu keindahan yang x terbayang di akal fikiran. Masa tu barulah mengalir air mata tanpa disedari, barulah tahu betapa byknya kekurangan pada diri, barulah tahu apa itu usaha dakwah.

    ReplyDelete
  22. +Bulan-Bulan Terakhir Jemaah Tabligh Bertabligh™+
    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=28597

    ReplyDelete
  23. jamaah tabligh adalah islam , hanya org bdoh yg terus mencri kelemahan saudara smuslim, jkalau mrasa plg bnar knp khdupany msh jauh dr Allah? Jkalau sudah mrasa plg dkat dg Allah knp menghna? Bukankah pghna it adl org2 yg jauh dr kbnaran dn rahmat Allah?

    ReplyDelete
  24. Tanggungjawab dakwah itu mmglah banyak dalilnya...dalil ttg keluar berdakwah mmglah tiada had masa.tetapi manusia sekarang bkn kata 3 hari , setgah hari pun tak sanggup nak tinggal anak-bini untuk keluar berdakwah...bukan kata berdakwah tinggalkan anak-bini untuk ke masjid pun liat. Abis yg tak berdakwah tu lagi ramai, mana pula dalilnya untuk membolehkan diri tinggalkan dakwah? Soalan org ni patutnya mcm ni "..kalau saya diajak keluar berdakwah, ada tak dalilnya untuk membolehkan saya tidak keluar?"
    3 hari , 40 hari dan 4 bulan ini adalah jadual untuk belajar dakwah, kerana untuk belajar dakwah kita tak dapat jumpa di mana2 universiti pun. Mungkin teori dakwah ada, dan kalau ada pun diajar teori2 dakwah ini, itupun hanya untuk dihafal supaya dapat menjawab soalan peperiksaan. Untuk dapat ijazah dalam syariah dan usuludin pun universiti tetapkan perlu ambil masa dalam masa 3 atau 4 tahun. Mana pula dalilnya dalam quran atau hadis kita perlu belajar selama tempoh tu? adakah universiti2 sesat?
    sebelum itu, saya sarankan alim ulamak, selain hanya memberikan komen / fatwa / menghukum, mereka perlu bergerak juga di dalam medan dakwah bertemu dgn umat dari hati ke hati, menyusur setiap rumah2 manusia sepertimana yg telah dibuat oleh Nabi SAW, dan khalifah2 terdahulu juga. Apabila mereka bertemu dgn umat secara berdepan, (selain duduk di kerusi empuk di dalam studio TV atau masjid) barulah mereka faham kenapa umat pada hari ini amat liat utk diajak kepada amalan agama.,
    dan apabila alim ulamak ini diberi tentangan oleh umat (seperti dikejar parang, dimaki hamun,diludah, diugut anak-bini mereka, diusir dari masjid,disindir, diketawakan, ditipu dengan alasan2 bodoh) maka barulah alim ulamak ini akan faham perasaan nabi SAW dalam berdakwah, atau sekurang2nya faham perasaan nabi SAW dihalau ketika berdakwah di Taif dahulu...kerana memahami perasaan nabi tidak boleh sekadar hanya dibaca kitab atau dihafalkan hadith2 sahaja.
    3 hari, 40 hari dan 4 bulan bukanlah had masa untuk batasan dakwah. Ia adalah Jadual untuk penyelarasan pentadbiran kerja2 dakwah. Ia lebih kepada penjadualan utk mempelajari uslub2 dakwah secara amali. Contohnya: anjuran Rasulullah adalah untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. sepatutnya ustaz2 perlu mengajarkan ilmu 24jam. Tetapi mana dalil pula utk ustaz2 pergi mengajar waktu selepas maghrib hingga Isyak? selama 1-2 jam? atau 8 jam di university
    tempoh2 masa ini adalah penjadualan untuk belajar ilmu...sama ada 1-2 jam utk sesetgh subjek, atau 8 jam sehari kuliah, atau 2-3 bulan dalam 1 semester, ini bukanlah bererti ada had masa untuk menuntut ilmu...tiada mana2 hadith yg sahih yg menghadkan masa utk kita menuntut ilmu. Sama kaedah nya penjadualan utk mempelajari kaedah dakwah. Tempoh2 ini adalah dianggap kelas atau tempoh kursus utk mempelajari uslub2 dakwah..
    adapun tentang tidak adanya dalil akan batas waktu berdakwah, maka dapat dipahami bahwa sekedar berdakwa kapan dan dimanapun adalah boleh2 saja, apalagi memang sangat banyak dalil yang memerintahkan untuk menyebarkan ajaran agama ini, tapi tidak disertai dengan batas waktu, kapan dan dimana. maka jika ada yang memberikan takhsis atau muqayyid pada suatu perbuatan yang sebelumnya umum atau mutlaq maka harus mendatangkan dalil,
    jika tidak dapat mendatangkan dalil maka, perintah dakwah tetap dalam keumumannya, yakni tidak dibatasi atau diberikan ketentuan dengan batas waktu tertentu. jadi sama sekali tidak ada kontradiksi antara penjelsan syeikh diatas dengan argumen saudara wahyu bahwa sahabat berdakwa sampai puluhan tahun. maka akan muncul pertanyaan, kenapa ada batas waktu2 khuruj berdakwa ? Demi Allah saya tidak mencelah kegiatan dakwah mrk, bhkan sy sangat mensyukuri, liannahu man lam yasykurinnaas lam yaskuriLLah

    ReplyDelete
  25. Tanggungjawab dakwah itu mmglah banyak dalilnya...dalil ttg keluar berdakwah mmglah tiada had masa.tetapi manusia sekarang bkn kata 3 hari , setgah hari pun tak sanggup nak tinggal anak-bini untuk keluar berdakwah...bukan kata berdakwah tinggalkan anak-bini untuk ke masjid pun liat. Abis yg tak berdakwah tu lagi ramai, mana pula dalilnya untuk membolehkan diri tinggalkan dakwah? Soalan org ni patutnya mcm ni "..kalau saya diajak keluar berdakwah, ada tak dalilnya untuk membolehkan saya tidak keluar?"
    3 hari , 40 hari dan 4 bulan ini adalah jadual untuk belajar dakwah, kerana untuk belajar dakwah kita tak dapat jumpa di mana2 universiti pun. Mungkin teori dakwah ada, dan kalau ada pun diajar teori2 dakwah ini, itupun hanya untuk dihafal supaya dapat menjawab soalan peperiksaan. Untuk dapat ijazah dalam syariah dan usuludin pun universiti tetapkan perlu ambil masa dalam masa 3 atau 4 tahun. Mana pula dalilnya dalam quran atau hadis kita perlu belajar selama tempoh tu? adakah universiti2 sesat?
    sebelum itu, saya sarankan alim ulamak, selain hanya memberikan komen / fatwa / menghukum, mereka perlu bergerak juga di dalam medan dakwah bertemu dgn umat dari hati ke hati, menyusur setiap rumah2 manusia sepertimana yg telah dibuat oleh Nabi SAW, dan khalifah2 terdahulu juga. Apabila mereka bertemu dgn umat secara berdepan, (selain duduk di kerusi empuk di dalam studio TV atau masjid) barulah mereka faham kenapa umat pada hari ini amat liat utk diajak kepada amalan agama.,
    dan apabila alim ulamak ini diberi tentangan oleh umat (seperti dikejar parang, dimaki hamun,diludah, diugut anak-bini mereka, diusir dari masjid,disindir, diketawakan, ditipu dengan alasan2 bodoh) maka barulah alim ulamak ini akan faham perasaan nabi SAW dalam berdakwah, atau sekurang2nya faham perasaan nabi SAW dihalau ketika berdakwah di Taif dahulu...kerana memahami perasaan nabi tidak boleh sekadar hanya dibaca kitab atau dihafalkan hadith2 sahaja.
    3 hari, 40 hari dan 4 bulan bukanlah had masa untuk batasan dakwah. Ia adalah Jadual untuk penyelarasan pentadbiran kerja2 dakwah. Ia lebih kepada penjadualan utk mempelajari uslub2 dakwah secara amali. Contohnya: anjuran Rasulullah adalah untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. sepatutnya ustaz2 perlu mengajarkan ilmu 24jam. Tetapi mana dalil pula utk ustaz2 pergi mengajar waktu selepas maghrib hingga Isyak? selama 1-2 jam? atau 8 jam di university
    tempoh2 masa ini adalah penjadualan untuk belajar ilmu...sama ada 1-2 jam utk sesetgh subjek, atau 8 jam sehari kuliah, atau 2-3 bulan dalam 1 semester, ini bukanlah bererti ada had masa untuk menuntut ilmu...tiada mana2 hadith yg sahih yg menghadkan masa utk kita menuntut ilmu. Sama kaedah nya penjadualan utk mempelajari kaedah dakwah. Tempoh2 ini adalah dianggap kelas atau tempoh kursus utk mempelajari uslub2 dakwah..
    adapun tentang tidak adanya dalil akan batas waktu berdakwah, maka dapat dipahami bahwa sekedar berdakwa kapan dan dimanapun adalah boleh2 saja, apalagi memang sangat banyak dalil yang memerintahkan untuk menyebarkan ajaran agama ini, tapi tidak disertai dengan batas waktu, kapan dan dimana. maka jika ada yang memberikan takhsis atau muqayyid pada suatu perbuatan yang sebelumnya umum atau mutlaq maka harus mendatangkan dalil,
    jika tidak dapat mendatangkan dalil maka, perintah dakwah tetap dalam keumumannya, yakni tidak dibatasi atau diberikan ketentuan dengan batas waktu tertentu. jadi sama sekali tidak ada kontradiksi antara penjelsan syeikh diatas dengan argumen saudara wahyu bahwa sahabat berdakwa sampai puluhan tahun. maka akan muncul pertanyaan, kenapa ada batas waktu2 khuruj berdakwa ? Demi Allah saya tidak mencelah kegiatan dakwah mrk, bhkan sy sangat mensyukuri, liannahu man lam yasykurinnaas lam yaskuriLLah

    ReplyDelete
  26. Tanggungjawab dakwah itu mmglah banyak dalilnya...dalil ttg keluar berdakwah mmglah tiada had masa.tetapi manusia sekarang bkn kata 3 hari , setgah hari pun tak sanggup nak tinggal anak-bini untuk keluar berdakwah...bukan kata berdakwah tinggalkan anak-bini untuk ke masjid pun liat. Abis yg tak berdakwah tu lagi ramai, mana pula dalilnya untuk membolehkan diri tinggalkan dakwah? Soalan org ni patutnya mcm ni "..kalau saya diajak keluar berdakwah, ada tak dalilnya untuk membolehkan saya tidak keluar?"
    3 hari , 40 hari dan 4 bulan ini adalah jadual untuk belajar dakwah, kerana untuk belajar dakwah kita tak dapat jumpa di mana2 universiti pun. Mungkin teori dakwah ada, dan kalau ada pun diajar teori2 dakwah ini, itupun hanya untuk dihafal supaya dapat menjawab soalan peperiksaan. Untuk dapat ijazah dalam syariah dan usuludin pun universiti tetapkan perlu ambil masa dalam masa 3 atau 4 tahun. Mana pula dalilnya dalam quran atau hadis kita perlu belajar selama tempoh tu? adakah universiti2 sesat?
    sebelum itu, saya sarankan alim ulamak, selain hanya memberikan komen / fatwa / menghukum, mereka perlu bergerak juga di dalam medan dakwah bertemu dgn umat dari hati ke hati, menyusur setiap rumah2 manusia sepertimana yg telah dibuat oleh Nabi SAW, dan khalifah2 terdahulu juga. Apabila mereka bertemu dgn umat secara berdepan, (selain duduk di kerusi empuk di dalam studio TV atau masjid) barulah mereka faham kenapa umat pada hari ini amat liat utk diajak kepada amalan agama.,
    dan apabila alim ulamak ini diberi tentangan oleh umat (seperti dikejar parang, dimaki hamun,diludah, diugut anak-bini mereka, diusir dari masjid,disindir, diketawakan, ditipu dengan alasan2 bodoh) maka barulah alim ulamak ini akan faham perasaan nabi SAW dalam berdakwah, atau sekurang2nya faham perasaan nabi SAW dihalau ketika berdakwah di Taif dahulu...kerana memahami perasaan nabi tidak boleh sekadar hanya dibaca kitab atau dihafalkan hadith2 sahaja.
    3 hari, 40 hari dan 4 bulan bukanlah had masa untuk batasan dakwah. Ia adalah Jadual untuk penyelarasan pentadbiran kerja2 dakwah. Ia lebih kepada penjadualan utk mempelajari uslub2 dakwah secara amali. Contohnya: anjuran Rasulullah adalah untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. sepatutnya ustaz2 perlu mengajarkan ilmu 24jam. Tetapi mana dalil pula utk ustaz2 pergi mengajar waktu selepas maghrib hingga Isyak? selama 1-2 jam? atau 8 jam di university
    tempoh2 masa ini adalah penjadualan untuk belajar ilmu...sama ada 1-2 jam utk sesetgh subjek, atau 8 jam sehari kuliah, atau 2-3 bulan dalam 1 semester, ini bukanlah bererti ada had masa untuk menuntut ilmu...tiada mana2 hadith yg sahih yg menghadkan masa utk kita menuntut ilmu. Sama kaedah nya penjadualan utk mempelajari kaedah dakwah. Tempoh2 ini adalah dianggap kelas atau tempoh kursus utk mempelajari uslub2 dakwah..
    adapun tentang tidak adanya dalil akan batas waktu berdakwah, maka dapat dipahami bahwa sekedar berdakwa kapan dan dimanapun adalah boleh2 saja, apalagi memang sangat banyak dalil yang memerintahkan untuk menyebarkan ajaran agama ini, tapi tidak disertai dengan batas waktu, kapan dan dimana. maka jika ada yang memberikan takhsis atau muqayyid pada suatu perbuatan yang sebelumnya umum atau mutlaq maka harus mendatangkan dalil,
    jika tidak dapat mendatangkan dalil maka, perintah dakwah tetap dalam keumumannya, yakni tidak dibatasi atau diberikan ketentuan dengan batas waktu tertentu. jadi sama sekali tidak ada kontradiksi antara penjelsan syeikh diatas dengan argumen saudara wahyu bahwa sahabat berdakwa sampai puluhan tahun. maka akan muncul pertanyaan, kenapa ada batas waktu2 khuruj berdakwa ? Demi Allah saya tidak mencelah kegiatan dakwah mrk, bhkan sy sangat mensyukuri, liannahu man lam yasykurinnaas lam yaskuriLLah

    ReplyDelete
  27. Tanggungjawab dakwah itu mmglah banyak dalilnya...dalil ttg keluar berdakwah mmglah tiada had masa.tetapi manusia sekarang bkn kata 3 hari , setgah hari pun tak sanggup nak tinggal anak-bini untuk keluar berdakwah...bukan kata berdakwah tinggalkan anak-bini untuk ke masjid pun liat. Abis yg tak berdakwah tu lagi ramai, mana pula dalilnya untuk membolehkan diri tinggalkan dakwah? Soalan org ni patutnya mcm ni "..kalau saya diajak keluar berdakwah, ada tak dalilnya untuk membolehkan saya tidak keluar?"

    ReplyDelete
  28. @Adzrien Shoppe

    saya pernah keluar bersama2 jemaah tabligh,,terus terang saya ckp,,setelah mngikuti jemaah ini sbnanrnnye telah byk mgubah cara hidup sy,,cara sy berckp,,cara berpakaian,,dan cara pergaulan,,
    yg dikatakan mengabaikan keluarga,,bagaimana pula dgn kisah nabi Ibrahim mninggalkan hajar dan anaknya ismail di pdg pasir??

    ReplyDelete
  29. buah tembikai manisss... buah epal pun manis, buah nenas pun manis, buah ciku pun manis juga.. buah rambutan pun manis.. semuanya manis-manis belaka, walaupun manisnya berbeza-beza... begitulah juga Islam, as long menjaga Rukun Iman dan Rukun Islam (buah), maka semuanya manis-manis belaka... jadi tak perlulah nak berhujah buah tembikai saja manis dan buah-buah lainnya tidak manis. he...

    ReplyDelete
  30. Saya Imam surau Taman Perumahan..Jemaah kami kecil saja. satu hari jemaah Tabligh datang rumah saya, saya baru balik kerja, masa tu lepas asar. Saya jemput masuk diarang tak nak, tapi diarang lecture saya sambil baca bbp potong hadis berkaitan sembahyang berjemaah, saya nak mencelah tak diberi ruang,org lalu lalang tengok apahal Pak Imam kena lecture..Positifnya baguslah tazkirah tu, tetapi kaedah dakwahnya tidak tepat kerana mendatangkan fitnah dan mengaibkan (pada pandangan org awam)..Any way teruskan berdakwah cuma sentiasa perbaiki teknik dakwah dan hormati kaedah orang lain berdakwah juga..

    ReplyDelete
  31. kesian tuan imam tu...di negara2 yg maju dlm usaha agama,tuan2 guru n ustaz pun 'dengar' bila org biasa nk ckp tntg agama...sifat mereka.....mashaallah...

    ReplyDelete
  32. di jemput semua menilai hujjah diblog ini:

    http://urusanulama-hl.blogspot.com/

    ReplyDelete
  33. aku seorang karkun. Memang betul apa yg penulis katakan. Dalam setandang pisang, tak semua menjadi. Ada yg buruk dan ada yg dah berlubang di patuk burung. Jadi yg buruk kita buang dan kita ambik yg elok. Yg boleh d makan.

    ReplyDelete
  34. dengan iman saya yang sangat lemah ini...ermmm...tabligh bukanlah sebuah kumpulan atau persatuan ...tetapi hanya utk berdakwah atas kalimah "Lailahaillallah'.walaupun tabligh ini tidak disukai oleh ahli sunnah wal jamaah....tetapi cara mereka ini adalah yang paling benar dan betul sekali mengikut cara hidup Nabi Muhammad s.a.w...

    ReplyDelete
  35. Mohle kita g iktikaf kat masjid jamek sri petaling setiap mggu hari sabtu mlm...boleh duduk n dgr bayan nasihat..boleh duduk dgn org2 alim...boleh duduk dlm suasana agama...insyaAllah semua sedia..

    ReplyDelete
  36. I do not leave a leave a response, however after browsing a lot of responses on "Golongan Tabligh Semakin Dibenci".
    I actually do have a couple of questions for you if
    you do not mind. Could it be simply me or do a few of these comments appear like they are
    written by brain dead individuals? :-P And, if you
    are writing on other social sites, I would like
    to keep up with you. Would you post a list
    of the complete urls of all your public pages like
    your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?


    my web site ... spiele spielen kostenlos

    ReplyDelete
  37. MASYAALLAH,,,SY ANK SEORG TABLIGH,ALLAH ALLAH ALLAH
    BERSYUKURNYA AQ DLHIRKN SBG ANK KPD KARKUN,DOA AGR DPT SUAMI KARKUN... masturat jmaah pmpn insyaallah

    ReplyDelete
  38. Syaitan memang tidak suka kena dakwah. kalau engar Azan syaitan akan lari sambil terkentut2. Org yg iman lemah mudah di kawal syaitan. Memang tak suka dengar dakwah walhal dakwah tu perkara baik.

    ReplyDelete
  39. Izin ambil image untuk artikel saya : Mau Buat Program ROHIS, Kerja samalah dengan JT !
    makasih sebelumnya..

    ReplyDelete
  40. saya cinta jemaah tabligh

    ReplyDelete
  41. artikel yang menarik, semoga bermanfaat

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda