*Sambungan dari entri : Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj (sila klik jika anda masih belum membacanya lagi).
| Assalamualaikum wbt |
Apa khabar? Diharap para pembaca semua sihat walafiat serta sentiasa dirahmati Allah swt hendaknya. Penulis percaya, tentu anda seringkali terdengar mengenai perihal kedasyatan bangsa Yakjuj dan Makjuj serta bencana besar yang akan dilakukan oleh mereka pada masa akan datang. Akan tetapi, adakah kita semua tahu bagaimanakah sejarah asal-usul mereka? Mengapa mereka akan memakan apa sahaja yang berada di hadapan mereka? Apakah yang menyebabkan tubuh badan mereka lebih kuat dan hebat berbanding bangsa-bangsa yang lain? Adakah mereka ini termasuk di dalam golongan manusia? Untuk entri kali ini, Penulis akan merungkaikan secara amat terperinci mengenai sejarah asal usul bangsa Yakjuj dan Makjuj berdasarkan sumber rujukan yang dipercayai sebagai santapan pengatahuan buat anda semua.
Sedutan Daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah
Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan'an dan Yafis..
1- Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam.
2- Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam.
3- Yafis menurunkan bangsa Turki Barbar, Mongol, Yakjuj dan Makjuj.
4- Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.
4- Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.
Dari kiri adalah bangsa Arab Romawi, tengah adalah bangsa Zangi, manakala kanan pula adalah bangsa Mongol (Yakjuj) |
Ham dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja. Yafis mempunyai anak yang bernama Aaj, Aaj pula mempunyai anak bernama Auj dan Auj pula mempunyai anak bernama Unuk. Kini bermulalah kisah kehidupan anak istimewa yang bernama Unuk ini. Unuk merupakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh badan (penyakit ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini). Oleh kerana saiz tubuh badan manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar, maka saiz badan Unuk pula adalah berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz badan manusia yang lain! mungkin ketinggian badan Unuk lebih tinggi daripada menara Burj di Dubai (wallahualam). Ada satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk iaitu penyakit down syndrome iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti mana orang dewasa. Cara pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran kanak-kanak di dalam lingkungan usia 7-12 tahun.
Untuk pengatahuan semua, Nabi Nuh a.s mempunyai umur yang sangat panjang iaitu mengjangkau 950 tahun! Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s, Unuk inilah yang ditugaskan untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir untuk dijadikan bahan binaan bahtera Nabi Nuh a.s. Menurut riwayat lagi, ketika terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak tenggelam (wallahualam). Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s sediri yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini. Ketika banjir sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul dari permukaan air bah. Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi Nuh akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal dunia ketika zaman Nabi Musa a.s.
Beginilah keadaan dashyat banjir besar Nabi Nuh suatu ketika dahulu. Ramai manusia melarikan diri ke puncak gunung namun mereka tetap ditelan banjir besar itu. |
Inilah puncak Gunung Ararat, Turki yang dikatakan tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh. |
Untuk dijadikan cerita, pada suatu hari Unuk tiba-tiba datang ke negeri Rom dan bertemu dengan raja di situ. Untuk memenuhi fitrahnya sebagai lelaki yang telah akhil baligh (walaupun pemikirannya tidak matang) maka Unuk talah mengemukakan satu permintaan terhadap sang raja, “Tuan, cubalah carikan saya seorang gadis... tetapi awas! Jika tuan tidak dapat memenuhi kehendak saya maka saya akan karamkan negara tuan dengan air laut ini (tsunami)”. Bukan main terkejutnya sang raja setelah mendengar permintaan Si Unuk itu. Fikiran raja terus mejadi kusut, di mana mungkin beliau boleh mencari si gadis yang tubuhnya sebesar badan Si Unuk itu! Tetapi raja tidak kehabisan akal di situ, beliau telah meminta tempoh selama dua belas tahun daripada Unuk untuk mencari gadis tersebut dan Unuk pun menerima permintaan sang raja tersebut.
Mulai saat itu, sang raja memulakan usaha kerasnya demi mengumpulkan ahli pengukir batu dari seluruh pelusuk dunia untuk membuat sebuah patung gadis rasaksa! Ahli pengukir batu itu ditugaskan untuk memahat, mengukir, melukis dan mewarna sebuah gunung batu menyerupai seorang gadis jelita yang sedang berbaring. Setelah diukir siap selama 12 tahun maka perut si gadis itu telah dikorek sehingga mempunyai ruang di dalamnya. Di dalam perut gadis tersebut dimasukkan pula sisa-sisa daging mentah seperti haiwan ternakan yang mati, sisa makanan dan lain-lain daripada penduduk di situ kononnya untuk dijadikan sebagai isi perut patung gadis tersebut. Daging-daging mentah itu telah dibawa masuk ke dalam perut si gadis melalui liang kemaluan patung gadis tersebut.
Sesetengah pengkaji Islam percaya bahawa banjaran besar di Asia Utara inilah yang dikatakan telah diukir menjadi sebuah patung gadis rasaksa. |
Setelah benar-benar siap lalu dipanggilnya Unuk untuk melihat si gadis yang dimintanya dahulu. Bukan main seronoknya hati Si Unuk setelah melihat patung itu, cantik dan mengghairahkan! Sehelai benang pun tidak menutupi tubuhnya. Unuk tidak dapat menahan lagi perasaan ghairahnya, lalu dijimaknya patung itu seperti singa yang sedang lapar! Setelah puas, Si Unuk terus berlalu pergi tanpa kembali lagi (mungkin meninggal dunia). Menurut riwayat lagi, air mani Unuk telah bersatu dengan daging mentah di dalam perut patung gadis tersebut lalu membusuk. Maka dengan kuasa Allah swt (kunfayakun, jika Allah swt mengkehendakinya lalu jadilah ia) daging yang busuk tersebut akhirnya telah berulat sebesar saiz tubuh seorang bayi lalu menjadi kepompong, dari kepompong tersebut maka menetaslah seorang bayi manusia yang sempurna seperti manusia biasa! Jumlah kepompong itu teramatlah banyak sehingga tidak terkira! Wajah mereka pula adalah bulat dan berkulit kuning dipercayai seperti wajah orang Asia Tengah (wallahualam).
Mungkin beginilah keadaannya ketika Unuk ingin berjima' dengan patung gadis tersebut. |
Setelah kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan dahaga lalu mereka pergi mencari makanan. Dengan melalui liang kemaluan patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk. Mereka keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang ternakan penduduk di situ. Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka tidak dapat keluar mengganggu lagi. Sebagaimana keterangan di dalam entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj, pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok tutupan mereka hancur di korek mereka. Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci! Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini ya? Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan Russia! (wallahualam).
Gambar rajah Tembok Besi Zulkarnain di Fergana yang kini telah pun dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj |
Perhatian! Segala cerita di atas adalah dipetik daripada kitab lama Kasyful Ghoibiyah oleh Sheikh Zainul Abidin Ibn Muhammad Al-Fathoni. Yang benar itu datangnya dari Allah swt manakala yang sebaliknya pula datangnya dari diri penulis sendiri. Sekadar ingin berkongsi ilmu. Sekian Terima Kasih.
Bersambung di entri: Perperangan Akhir Yakjuj Dan Makjuj!
Anwar Suran Home 2011
dah buat entry baru ? bagus . kekalkan rajin update cam ni (^^,)
ReplyDeletebytheway , setiap informasi yang diberikan sangat berguna .
dgn informasi seperti ini membuka mata manusia dgn informasi yg sebenar dan bkn lgi pengatahuan yg telah diputar belit .
terima kasih :)
salam...aku dah khatam sume entri ko mmg menarik, teruskan lagi moga berjaya
ReplyDelete@Miss Momo Ins'lah, update mungkin lambat sikit sebab sebelum update kena banyak membaca dulu :)
ReplyDelete@arek Terima Kasih banyak-banyak arek, terharu.. :D
kate nabi nuh ade 3 org putera, sam, ham n yafis...
ReplyDeletetp dekat perenggan ni mengelirukan...
--------
Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s sediri yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di puncak gunung!
-------
nabi nuh ade anak nama kan'an gak la ni? tolong encik jelaskan.. tq.. :)
@Anonymous Nampaknya ada kekeliruan pembaca di situ ya.. Terima kerana memberi teguran dan bertanya.
ReplyDeleteBaiklah, menurut pandangan para alim ulama terhadap surah Al Mu'minuun ayat yang ke 27: anak Nabi Nuh a.s yang bernama SAM, HAM dan YAFIS itu merupakan anak Nabi Nuh a.s yang masih hidup dan taat perintah Allah swt. Sedangkan Kan'an pula telah mati di tenggelami banjir kerana mengingkari perintah Allah swt. Jadi Kan'an boleh la dikatakan bukan watak utama di dalam cerita ini..
Harap tiada lagi kekeliruan ya. Ins'lah saya akan cuba memperbaiki lagi artikel ini. Terima Kasih =)
ADMIN ~ Sila edit kembali entri anda ini.. Terdapat kesilapan pada nama Nabi Muhammad.. ADMIN letak Nabi Muhammad SWT yang sepatutnya Nabi Muhammad SAW.. Mohon di tukar secepat mungkin..
ReplyDelete@Dakwah Spot Terima Kasih sangat2... penulis benar-benar tak perasaan... kadang-kadang bila mengarang kena baca 5,6 kali sebelum publish.. itu pun masih ada kesilapan... pape pun terima kasih :)
ReplyDeleteAssalamualaikum...saudara Anwar Suran terima kasih saya ucapkan kepada saudara berkenaan artikel-artikel yang saudara paparkan ia sangat menarik dan bagus harap saudara dapat teruskan semoga para pembaca dapat memenuhi dada dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat...=D
ReplyDelete@Luvapplesmile Terima Kasih kerana menyokong blog saya. Semoga Allah swt merahmati kita semua :)
ReplyDeleteKisah anda menarik tapi bersetubuh dgn patong batu dan mani bercampur dgn daging busok macam ISRAAILIYYAT kan...tak ke anda rasa gitu..mana manusia blh terjadi dgn cara gitu...haral pastikan kesahihan fakta...tkaseh...haron
DeleteSaya suka sngat blog yg jenis mcm ni,dpt saya tambahkn pengetahuan,esok sekolah boleh saya cerita pd kwn^_^
ReplyDeleteSalam....first time membaca entri kat sini. amat menarik dan banyak info yang saya dapat. InsyaAllah saya akan menjadi pembaca setia kat blog ni.
ReplyDeleteMsih x fham, yakjud dan makjud nie berasal dri ulat k?? X fhm la,,,
ReplyDeleteTerima kasih semua komentar, alhamdulillah...
ReplyDelete@Anonymous Ini adalah riwayat dari kitab-kitab ulama terdahulu. Segalanya adalah dari kalimah 'kun fayakun'
Kalau xpaham kena kawen dulu la jawabnye...:p
ReplyDeleteassalamulaikum.. maaf nak bertanya..adakah bila golongan ini keluar kita umpama semut (kecil) dan mereka umpama gajah (besar)? -alin-
ReplyDeleteMASUK ISLAM KERANA BACA BUKU YAKJUJ & MAKJUJ
ReplyDeleteAlhamdulillah selepas Isyak malam tadi , akhirnya Puan Marimalbersama 3 orang anaknya ( 2 perempuan - 6thn & 4thn , 1 Lelaki - 1 tahun) kembali semula ke ISLAM dari agama Kristian. Ibu "Tinggal" (ditinggalkan suami). Beliau belum memilih nama Islam. Akan dibimbing untuk dapatkan nama yang baik maknanya. Beliau tertarik dgn Islam melalui pembacaan bhn2 Islam antaranya buku "Yakjuj dan Makjuj" ini. Bila Allah nak beri hidayah ...tiada siapa yangg boleh menghalangnya. Marilah kita semua bersyukur dengan Nikmat. "IMAN DAN ISLAM."
cuba tengok
http://i-madani.blogspot.com/2012/08/pengislaman-4-anak-beranak.html
Salam..sy pn sgt suke bce kisah2 mcm ni.. Hrp diteruskn lg perkongsian ilmu ni..tq.
ReplyDeleteso yakjuj is actually mongolian? isnt yakjuj and makjuj are deformed type of human
ReplyDeleteAssalamualaikum....Entry ini sangat menarik..
ReplyDeleteFirst time sy baca. artikel ini mengembangkan ilmu sy ttg yakjuj dan mkjud. subhanallah, sekiraya mereka telah terbebas, kita patot semakin sedar dan sentiasa bertaubat kpd Allah. moga kita terselamat drpd yakjud n makjud ini.
ReplyDeleteAssalam. Saya dari kalimantan. Info yang sangat menarik. Saya pernah baca bahwa yakjuj makjuj adalah bangsa israel yang mula-mula membentuk sebuah organisasi di palestina tahun 1948 dan kemudian mendirikan negara israel. Negara barat lah yang membantu membebaskan keluarnya yakjuj makjuj (orang israel) kemudian mereka membuat sebuah konspirasi bahwa yakjuj makjuj adalah bangsa mongol agar keberadaan israel tidak terusik . Wallahu a'lam
ReplyDeletejazakallah..mg diteruskan perjuangsn menyebarkan ilmu Allah...sgt berguna..InsyaAllah akan disebarkan
ReplyDeleteAnon di atas... Kan penulis dah kata 'kun fayakun'...
ReplyDeletebace la baik2 sebelum komen
Saya bersetuju dengan anon 29/01/2013 pada kenyataannya "mereka membuat konspirasi bahawa yakjuj makjuj adalah bangsa mongol agar keberadaan israel tidak terusik". Memang jika kita baca apa2 sejarah kita boleh tahu sama ada sejarah itu diolah atau tidak. Caranya ialah jika sejarah itu bergenrekan kemenangan, kebaikan, mendapat belas ikhsan etc pasti puak itu akan cuba dikaitkan dengan bani israel dan jika bergenrekan membuat penzaliman, keburukan etc mesti diolah supaya ianya tiada kaitan dengan bani israel (jika boleh diolah sehingga ia berkait dengan Islam). Guru saya pernah bercerita Yakjuj dan Makjuj ni bukan manusia tetapi satu makhluk lain yang Tuhan ciptakan. *sekadar ingin berkongsi : BANI ISRAEL YANG BERAGAMA YAHUDI, memang bencikan Islam sehingga Nabi pernah bersabda riwayat albukhari, muslim, attarmizi : tidak akan berlaku kiamat sehingga orang islam akan memerangi orang yahudi. Maka orang islam akan membunuh mereka sehingga mereka lari bersembunyi di belakang batu dan pokok......... Jadi janganlah kita pernah redha dengan segala tindakan Yahudi. Janganlah kita bersekongkol dan berbelas kasihan dengan yahudi dan nasrani sedangkan mereka sendiri tidak pernah wujud rasa belas kasihandan redha kepada Umat Islam. Walantarda anyahudu wannasoro....
ReplyDeletesaya pernah baca kitab ni..ayatnya memang klasik gila dan memeningkan kepala....mungkin Israiliyyat.
ReplyDeleteISRAILYAT!!!!!!!!!
ReplyDelete