Wednesday, 3 August 2011

Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj

| Assalamualaikum wbt |


Penulis percaya, hampir kesemua pembaca blog ini telah acap kali mendengar mengenai perihal bangsa Yakjuj dan Makjuj atau di dalam bahasa inggeris-nya disebut sebagai Gog and Magog. Ia merupakan salah satu daripada 10 tanda-tanda besar kiamat. Untuk entri kali ini penulis akan menerangkan secara amat terperinci mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj berlandaskan pelbagai sumber rujukan dan pandangan ulama’ tersohor. Di harap entri penulis pada kali ini dapatlah dijadikan sebagai ilmu yang sangat bermanfaat buat anda semua.

Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika dunia hampir kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di muka bumi ini. Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu tetapi mereka dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam iaitu Zulkarnain. Sejak dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari satu keturunan hingga ke keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu menjelang hari kiamat.

Sejak kewujudan bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum, pengkaji terus-menerus mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai kehidupan mereka serta lokasi misteri yang mengurungi bangsa tersebut. Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang menghasilkan banyak bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud bangsa misteri di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj dan lokasi itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau temboknya.

Sifat dan ciri-ciri bangsa Yakjuj dan Makjuj bukanlah seperti mana yang di gempar-gempurkan oleh masyarakat barat (contohnya seperti illutrasi di atas). Sebagai orang Islam kita wajib mengkajinya berlandaskan Al-Quran dan Hadis.


Dalil Al Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj

Kewujudan Yakjuj dan Makjuj adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98, Allah swt berfirman:

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan.
Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" 
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Derbent Wall merupakan salah satu tembok yang menghalang Yakjuj Makjuj daripada keluar ke daerah lain. Ia bukanlah dibina oleh Zulkarnain tetapi ia dapat membantu memperkukuhkan lagi pertahanan terhadap serangan Yakjuj Makjuj.

Setelah dikurung oleh Zulkarnain, Allah swt menceritakan pula mengenai kebangkitan bangsa Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia sebelum kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan turun ke dunia melalui puncak-puncak gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97, Allah swt berfirman:

(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".


Tembok Yakjuj Dan Makjuj Telah Terbuka

("…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97) Ayat ini telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada sesiapa pun yang mampu menebuk tembok itu melainkan apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Sebaliknya, di dalam satu hadis pula ada menceritakan iaitu Nabi bangkit dari tidur (dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi), lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas ini!" Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.

Cuba kita perhatikan, hadis diatas ini telah menyatakan bahawa tembok itu "telah pun ditembusi" tetapi bagaimana pula dengan ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj "tidak dapat menebuknya"? Makna terhadap 
ayat 97 surah al-Kahfi ini adalah, t
iada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk tembok tersebut kecuali dengan keizinan Allah swt manakala makna hadis diatas pula adalah, Allah swt telah pun melepaskan mereka dan mereka telah pun berjaya menebuk tembok tersebut melalui keizinan Allah swt. Kesimpulannya ialah, bangsa Yakjuj dan Makjuj sudah lama terlepas keluar ke dunia luar! (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).


Bencana Di Sebalik Gunung

Puncak gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun di akhir zaman nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran tinggi di sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya seperti banjaran Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu merupakan tembok semula jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok ciptaan manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana, Tembok Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung Caucasus, Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Tembok semula jadi di utara dunia
Tembok-tembok inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj  terhadap penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari kisah sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah mengenai tujuan pembinaan Tembok Besar China? (sila klik). Sejarah telah mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku kaum Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mencoroboh masuk! Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar banjaran Tien Shan, di Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Salah satu tembok buatan manusia iaitu Tembok Besar China. Tembok Besar China bukanlah Tembok Besi Zulkarnain tetapi ia juga dapat digunakan untuk memperkukuhkan lagi pertahan di Asia Tengah.
Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan. Sesetengah ulama' juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung di kawasan Asia Tengah. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt)

Ciri-ciri suku kaum Makjuj ( sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas)
Ciri-ciri suku kaum Makjuj (sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas)

Jika kita mengatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj itu hanya hidup di dalam tanah dan sentiasa mengoreknya sehingga ke hari ini adalah tidak logik sama sekali kerana amat mustahil jika sesorang manusia dapat hidup di dalam tanah tanpa berbekalkan udara dan makanan yang mencukupi juga tanpa cahaya matahari! Tembok yang telah menjadi penghalang terhadap suku kaum Yakjuj dan Makjuj daripada keluar telah lama dikorek dan dihancurkan oleh mereka. Kini mereka hanya menunggu masa sahaja untuk melakukan keganasan dan kemusnahan di penghujung dunia kelak!

Khayalan masyarakat barat mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kaum Mole hanyalah  kisah dongeng semata-mata!


*Segala kebenaran datangnya dari Allah swt manakala segala kesilapan datangnya dari diri penulis sendiri. Sekian Terima Kasih. 



Anwar Suran Home 2011

Share:

56 comments:

  1. ok bukan nak membangkang tp aku bnyak gak kaji benda2 camni yang aku tau tembok besar cina semua tu bukan tembok yg Iskandar Zukarnain yg bina . sbb dlm al_Quran tulis tembok BESI dan tak tau tempat yg dinyatakan . tembok besar cina di bina orang .

    kalau ada apa2 salah tolong bgtau :)

    ReplyDelete
  2. @hakeem kira Tak mengapa, apa salahnya memberi pendapat. Saya berterima kasih lagi ada, thanks kerana sudi komen..

    Saya rasa macam anda tak baca je artikel saya, nampak macam anda tengok-tengok gambar je, lebih-lebih lagi gambar Tembok Besar China tu :)
    Itu hanya sebagai abstrak ya, itu bukan Tembok Besi Zulkarnain..

    Mengenai tembok-tembok yang lain itu..
    Tembok Besi Zulkarnain dipercayai ada di sekitar Banjaran Tien Shan, Tibet. Diyakini Zulkarnain membinanya berdekatan Tasik Toktogul. Tembok-tembok yang lain seperti Tembok Besar China, Tembok Derbent, Tembok Tiemen Kuan dan lain-lain hanya membantu memperkukuhkan lagi sekatan di banjaran tersebut..

    Berita mengenai Yakjuj dan Makjuj bukan orang zaman kita sahaja yang tahu, malah orang zaman silam lagi tinggi pengatahuan tentangnya. Sebab itulah di seluruh pinggiran banjaran di Asia Utara telah dipasangkan Tembok. Ada tembok besi dan ada juga tembok batu-bata, akan tetapi keseluruhannya telah pun rosak.. gambar saki bakinya anda boleh lihat sendiri di internet.

    Andai kata Tembok Besi Zulkarnain telah roboh, masih ada 6 lagi tembok turut membantu.. (wallahualam)

    Setiap buku rujukan yang saya baca, kisah penceritaan pada setiap buku tersebut adalah amat berbeza sama sekali. Jadi saya cuma mengambil setiap pandangan yang hampir sama sahaja pada buku-buku tersebut.

    Kalau ada apa-apa lagi sila tinggalkan komen ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kawan nk bgi pndpt ckit..
      Asalnye senjata n bom dripada besi.asal besi n pegeluar & pmbekal besi n senjata dunia dimana?? Kt c2 kite da ley pk n bukak mate seluas yg mungkin..dia lah org tgh atau pencetus nye huru hara ibarat batu api..sama2 renungkan..that alz..tq

      Delete
  3. penah jgk baca artikel Yakjuj Makjuj ni. Buku keluran PTS agaknya. Ceritanya pun lebih kurang. Nice sharing (^^,)

    ReplyDelete
  4. ouhhh . selama ni salah lah ek saya sangka yang yakjuj makjuj ni besarrrr and makan semua manusia . HAHAH , khayalan kanak2 lah rupanya selama ni . btw , thanks share informasi camni (:

    ReplyDelete
  5. Salam. Perkongsian yang baik. Nice design too. Tentang Yakjud Makjud memang banyak pendapat yang menceritakan tentangnya. Walaubagaimana pun kita boleh mengambil semangat semangat bahawa di akhir zaman akan berlaku kerosakan yang teruk di muka bumi Allah. Maka sebagai umat Islam perlu berhati-hati.

    ReplyDelete
  6. @Anonymous Yakjuj Makjuj besar dan makan orang? Biasalah tu, semasa saya kecik dulu pun saya ada berfikir macam tu jugak.. mungkin terlebih tengok cerita ultraman agaknya hehe. Tetapi artikel saya di atas ini hanyalah hasil kajian pakar pengkaji Islam dan ulama tersohor sahaja. Kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang tahu tetapi tidak salah pun untuk kita mengkajinya.. jangan sampai sesat sudah la :)

    @Motivasi Kerja Terima kasih sangat-sangat, tak sangka blogger popular pun sudi meninggalkan komen. Memang tak boleh dinafikan bahawa terlalu banyak sangat pendapat2 mengenai Yakjuj dan Makjuj ini.. tetapi saya hanya menulis berpandukan pendapat daripada ulama-ulama dan penulis-penulis buku yang tersohor sahaja contohnya seperti Muhammad Isa Dawud, Muhammad Alexander, Harun Yahya, Sheikh Imran Hussein, dan lain-lain. Jika orang mengatakan artikel saya ini sesat bermakna dia mengatakan semua tokoh-tokoh islam itu sesatlah.. jadi kena berhati-hati sebelum meninggalkan komen.

    Apa-apa pun terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Yang baik datangnya dari Allah swt, yang tak baik datangnya dari diri saya sendiri :)

    ReplyDelete
  7. Sejurus selesai tuan rumah updated blog, 2 hari lepas tu keluar artikel kat dalam majalah Al-Islam (edisi terbaru) tentang yakjuj makjuj..

    Artikel kat dalam majalah Al-Islam dan artikel tuan rumah tiadalah jauh beza pun.. lebih kurang je.. memang banyak jugak list rujukan tuan rumah.. bagus!

    Nice sharing.. mohon share dlm fb ya!

    ReplyDelete
  8. @Hanna Ayub Lah.. iye ke? Nanti saya beli majalah Al-Islam tu.. Dah lama tak beli majalah Al-Islam.. Semasa zaman sekolah dulu, saya hanya baca kat library je. Mungkin sumber rujukan majalah Al-Islam itu sama dengan saya kot.. Kalau rajin, klik la sumber rujukan yang saya senaraikan tu ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. salam.. nice sharing bro.. terlalu byk pendapat tentang bangsa ni.. NASA (barat) pernah klua news pasal benda ni n dorg panggil "mole people". hidup 2000feet below surface. mengikut pendapat, berdasarkan hadis, bangsa ni bersala dari keturunan anak Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang bangsa ni keluar ke dunia. ulama' pn ade mengakatakan bangsa ni akan sentiasa mengorek tembok utk keluar dunia, tapi dgn kuasa Allah tembok tu sentiasa menebal balik sehingga hampir hari kiamat (selepas turunnya Nabi Isa dan dajal). mengikut ulama' jugak, bangsa ni memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat. dan apabila melalui tasik di palestin, bangsa akan minum smpai kering tasik tu. Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. @Anonymous Nak panggil nama apa encik anonymous ni ya? Lain kali sila letak nama ya, senang nak panggil. Apa-apa pun pandangan saudara amatlah tepat sekali.. cuma berkenaan dengan Mole People yang didakwa oleh NASA tu hanyalah buah mulut orang barat sahaja, kebenarannya teramat tidak pasti.. (Allah sahaja yang lebih mengatahuinya).. Nantikan update terbaru dari saya berkenaan sejarah asal usul kaum yakjuj makjuj dan juga perang akhir zaman melawan yakjuj makjuj berdasarkan pandangan para pengkaji islam dunia.. Sekarang saya sedang design gambar untuk diletakkan di dalam entri akan datang. Terima kasih kerana sudi komen :)

    ReplyDelete
  11. Artikel yang sungguh menarik, terima kasih atas perkongsian. Dulu masa sekolah ustaz pernah cerita pasal yakjuj makjuj ni, dan salah satunya adalah negara yg kita tak boleh lawati. Wallahwa'lam.

    ReplyDelete
  12. @Ady Syam Thank Ady, memang ada dalam silibus Pendidikan Agama Islam tingkatan 3 pun tentang yakjuj makjuj ni, dalam bab beriman dengan alam ghaib (kiamat) kot :)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian saudara.pengisian yg baik untuk dijadikan bacaan.saling berpesan dan mengingatkan kita dgn dunia yg semakin melalaikan..moga entry disampaikan dpt dijadikan iktibar buat pedoman dlm harian,dengan dunia yg semakin tua dan kiamat kecil yang dah banyak tanda2nya..

    ReplyDelete
  14. @AiEz Terima Kasih banyak AiEz.. saya hanya berkongsi apa yang saya baca dalam buku je. Rasa macam tak best pulak bila baca buku sorang2 je, jadi kena la share jugak melalui blog.. Nanti saya update lagi.. last untuk entri Yakjuj Makjuj.. nantikan :)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum.. pendedahan yg menarik untuk saye yang selama ini menyangka bahawa yakjud dan makjud itu adalah merupakan pasangan suami isteri yang terkurung di bawah 7 lapisan bumi dan sedang berusaha utk melepaskan diri tetapi akan jatuh semula tatkala azan berkumandang(pabila kiamat tiada lg azan kedengaran maka terlepas yakjud dan makjud).. saye mohon saudara memberi sebarang komen tntang cerita yang saye dengar ini.. dan saye ingin bertanyekan tentang binatang 'adaba'(tidur di dlm bumi,sekali bergerak berlakunya gempa bumi yang dasyat) ? adakah ianya wujud ? sekian terima kasih =)

    ReplyDelete
  16. @.. Terima kasih. Mungkin ada benarnya jugak cerita yang didengari oleh saudara itu.. memang terdapat banyak pendapat mengenai yakjuj dan makjuj ni. Tak salah untuk dijadikan pengatahuan asalkan iktikadnya tetap satu. Saya hanya menulis bersumberkan pendapat yang dipersetujui oleh ramai pengkaji Islam sahaja. Segala kebenaranya hanyalah milik Allah swt.

    Mengenai binatang 'adaba' itu, ia dipercayai adalah malaikat yang sangat petah berkata-kata. Insyaallah suatu masa nanti, saya akan menulis entri mengenainya. Saya akan berusaha bertanya kepada orang yang arif mengenainya dan juga merujuk buku-buku yang amat boleh dipercayai :)

    ReplyDelete
  17. ulasan yang menarik, lagi menarik beserta gambar yang memikat. perbahasan Yakjuj Makjuj ni, terlalu panjang dan sampai ke hari ini masih lagi di bahas kan. Peranan kita yang paling baik, perlengkapkan diri dengan keimanan dan ketakwaan, dan juga sentiasa berdoa, dijauhkan daripada tipu daya Dajjal dan kemusnahan Yakjuj Makjuj.

    ReplyDelete
  18. Minta maaf sekiranya saya mencelah disini. Terlebih dahulu saya bukan muslim, dan memang pengetahuan saya terhadap Islam sikit@takder lansung. Saya melayari web tadi dan terbaca artikel menarik oleh AnwarSuran ini. Saya ada berberapa soalan yang dari dulu saya masih tak faham.
    1) Mengapa Allah perlu menciptakan mahkluk yg akan membinasakan mahluk yang lain? (Yakjuj Makjuj)
    2) Adakah bangsa(Yakjuj Makjuj) ini mmg dilahirkan untuk menjadi jahat? Mengapa Allah perlu menciptakan mahluknya sendiri menjadi jahat?
    3) Adakah kesemua bangsa Yakjuj Makjuj ini seperti syaitan dan iblis?
    4) Apakah kelebihan bangsa Yakjuj Makjuj ini berbanding bangsa lain sehingga mampu membinasakan dunia? (ilmu ghaib @ kekuatan @ kebijaksaan)
    5) Persoalan yang paling penting sekali. Apakah yang perlu umat islam buat sekiranya terjumpa dengan bangsa Yakjuj Makjuj ini? Apa pula orang bukan islam perlu buat jika terjumpa mereka.
    6) Bagaimana jika ditakdirkan salah seorang umat islam itu berkahwin dengan bangsa Yakjuj@Makjuj (Yakjuj@Makjuj memeluk islam). Dan keturunannya menjadi orang islam yang beriman&bertaqwa? Adakah keturunnya yang juga islam ini nanti akan turut serta membinasakan dunia di hari kiamat?
    7) Adakah langsung tiada tempat untuk setiap bangsa Makjuj@Yakjuj ini di sisi Allah?

    Saya minta maaf sekiranya soalan saya diatas ada menyinggung hati dan perasaan mana2 umat islam di seluruh dunia. Sesungguhnya ini adalah persoalan saya sebagai seorang bukan islam mengenai apa itu islam yang sebenarnya. Saya akui saya cetek ilmu pengetahuan. Kepada sesiapa yg sudi menjawab, diharap bolehla menjawab dengan sopan, padat dan mudah difahami oleh semua orang walaupun yang bukan islam juga. Tunjukanla kepada sya bahawa islam ini mudah difahami dan friendly.
    P/S: Sila jawab ikut point 1, 2, 3 macam soalan saya itu supaya senang saya fahami.
    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  19. Bagus la artikel ni..., mungkin juga artikel ini- (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.- Mungkin ada kaitan dengan kaum yahudi yang sedang bertungkus lumus melebarkan empayar dan sekaligus menakluki dunia, diaorang sekarang ni dah dapat tanah separuh kat palestin..Bagi pandangan wa la, mungkin pandangan orang lain, lain pulak. Kalau ikut zaman maju sekarang nie.he..he

    ReplyDelete
  20. Bagus la artikel ni..., mungkin artikel ini- (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.- Mungkin ada kaitan dengan kaum yahudi yang sedang bertungkus lumus melebarkan empayar dan sekaligus menakluki dunia, diaorang sekarang ni dah dapat tanah separuh kat palestin..Bagi pandangan wa la, mungkin pandangan orang lain, lain pulak. Kalau ikut zaman maju sekarang nie.he..he

    ReplyDelete
  21. penah denga kata yakjuj makjuj mati sebab kene ulat tu masa nabi Isa dan pengikut duduk atas gunung.

    ReplyDelete
  22. pastu ade denga kata yakjuj makjuj ni telinga besar sebelah boleh jadi tilam, sebelah boleh jadi selimut.

    ReplyDelete
  23. bagus article ini.. serius ilmu yang saudara share ini cukup memberi kesan kepada diri saya.. terima kasih saudara..

    Orang lain tengok Iklan pun dapat duit

    ReplyDelete
  24. Terima kasih semua komentar... saya pun sedang cari sumber-sumber yang boleh dipercayai dan juga pembacaan yang lebih untuk entri yang akan datang :)

    ReplyDelete
  25. Saya ni kalau boleh nak sangat tengok rupa sebenar Yakjuj dan Makjuj ni, mesti best seolah-olah cerita dongeng yang akan menjadi kenyataan tapi ia akan menjadi realiti yang paling pahit di dunia. saya merasakan rupa mereka mungkin seperti manusia tapi tidak akan jadi terlalu normal kerana mereka dikurung dan saya boleh bayangkan manusia yang hidup di belakang tembok, terlalu teruk, mungkin itu adalah balasan yang setimpal terhadap mereka kerana terlalu kejam!

    ReplyDelete
  26. kalo tak silap aku, yakjud dan makjud tu bangsa israil/yahudi...yang banyak membuat kerosakan dimuka bumi ini...allahualam

    ReplyDelete
  27. salam sejahtera semua..yakjuj dan makjuj ni ada ka diceritakan tentang agamanya? rasanya tak ada ..dari pemahaman, mereka adalah bangsa yang suka merosakkan bumi .. sumbernya didapati dari kitab-kitab langit..tidak sahaja dalam kita al-quran.

    Berkemungkinan juga kita sendiri adalah berketurunan yakjuj dan makjuj yang terdiri dari pelbagai penganut agama.
    Cuba renungkan kerosakan bumi yang telah dilakukan sehingga kini?

    Bahasa tersirat banyak digunakan yang perlu ditafsir.
    Masih ingat empayar Jepun? Selepas dasar meiji moden baru mereka menjalankan dasar terbuka .. Sebelum itu mereka adalah terputus hubungan dengan dunia luar. China komunis, sebelum Hongkong diserah balik kepadanya..mereka juga mengamalkan dasar tertutup.. Atas sebab dasar terbuka yang diamalkan kini..tuan-tuan lihat apa yang berlaku? Dalam susu tepung formula bayi pon mereka taruk racun..banyak lagi contoh kerosakan yang dilakukan oleh mereka. Itu belum diceritakan lagi kesatuan Soviet USSR semasa dasar tertutup..
    Sebagai contoh..dalam bahasa tafsiran selain dari tembok iskandar zulkarnain, tembok dasar tertutup dan dasar terbuka di antara hubungan internasional juga harus dikaji..
    Soal, keagamaan tidak timbul samada yakjuj dan makjuj itu beragama apa dan apa yang perlu kita lakukan pada mereka..

    Tafsiran minum air kolam hingga kering ..mungkin bermaksud kapasiti penduduk mereka yang ramai..
    negara apa yang mempunyai penduduk yang ramai? berhijrah ke merata dunia? masalah sosial yang di bawa oleh mereka?

    sekarang aku tengah berfikir apakah yang dikatakan ulat yang akan membawa kemusnahan bangsa tersebut? mungkin ulat itu boleh ditafsirkan sebagai kuman atau mikrob yang kecil..

    Jangan lupa..kita juga mungkin berdarah yakjuj dan makjuj.. sama seperti bangsa yahudi yang memeluk agama selain judiasm..adakah kerana bangsa , mereka perlu dihukum? renungkan..

    Hai manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain), sesungguhnya yang semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalam kamu). (Al- Quran, Al-Hujurat, 49:13)

    ReplyDelete
  28. minta copy .....

    ReplyDelete
  29. as salam...
    mohon share boleh???

    ReplyDelete
  30. Sharelah... xde masalah pun =)

    ReplyDelete
  31. Assalamuaallaikum w.b.t.
    mohon share boleh? :)

    ReplyDelete
  32. Kenapa tidak ada orang address soalan sahabat kita yang non Muslim di atas yang amat berkeinginan untuk tahu mengenai Islam. Saya juga ingin dengar pandangan saudara mengenai soalan2 beliau:

    Minta maaf sekiranya saya mencelah disini. Terlebih dahulu saya bukan muslim, dan memang pengetahuan saya terhadap Islam sikit@takder lansung. Saya melayari web tadi dan terbaca artikel menarik oleh AnwarSuran ini. Saya ada berberapa soalan yang dari dulu saya masih tak faham.
    1) Mengapa Allah perlu menciptakan mahkluk yg akan membinasakan mahluk yang lain? (Yakjuj Makjuj)
    2) Adakah bangsa(Yakjuj Makjuj) ini mmg dilahirkan untuk menjadi jahat? Mengapa Allah perlu menciptakan mahluknya sendiri menjadi jahat?
    3) Adakah kesemua bangsa Yakjuj Makjuj ini seperti syaitan dan iblis?
    4) Apakah kelebihan bangsa Yakjuj Makjuj ini berbanding bangsa lain sehingga mampu membinasakan dunia? (ilmu ghaib @ kekuatan @ kebijaksaan)
    5) Persoalan yang paling penting sekali. Apakah yang perlu umat islam buat sekiranya terjumpa dengan bangsa Yakjuj Makjuj ini? Apa pula orang bukan islam perlu buat jika terjumpa mereka.
    6) Bagaimana jika ditakdirkan salah seorang umat islam itu berkahwin dengan bangsa Yakjuj@Makjuj (Yakjuj@Makjuj memeluk islam). Dan keturunannya menjadi orang islam yang beriman&bertaqwa? Adakah keturunnya yang juga islam ini nanti akan turut serta membinasakan dunia di hari kiamat?
    7) Adakah langsung tiada tempat untuk setiap bangsa Makjuj@Yakjuj ini di sisi Allah?

    Saya minta maaf sekiranya soalan saya diatas ada menyinggung hati dan perasaan mana2 umat islam di seluruh dunia. Sesungguhnya ini adalah persoalan saya sebagai seorang bukan islam mengenai apa itu islam yang sebenarnya. Saya akui saya cetek ilmu pengetahuan. Kepada sesiapa yg sudi menjawab, diharap bolehla menjawab dengan sopan, padat dan mudah difahami oleh semua orang walaupun yang bukan islam juga. Tunjukanla kepada sya bahawa islam ini mudah difahami dan friendly.
    P/S: Sila jawab ikut point 1, 2, 3 macam soalan saya itu supaya senang saya fahami.
    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  33. Salam,

    Artikel ini sangat menarik sekali..

    Saya baru sahaja membaca mengenai Baigong Pipes yang terletak di Daerah Qinghai di China.

    Artikel boleh dibaca di link ini http://www.chinaexpat.com/2008/12/16/the-baigong-pipes-nature-or-oopart.html/

    Adakah ini tempat Zulkarnain membina tembok besinya?

    Sofia.

    ReplyDelete
  34. salam..saya suka dgn minda sesetengah kita yg terbuka dlm mencari kebenaran..perlu byk baca,lihat dn juga berguru dgn alim ulama..ramai yg boleh mengulas tafsir quran dgn jelas,ringkas dan padat antaranya sheikh imran nazar hosein..yg paling terkesan dr gog n magog n dajjal ialah nisbah manusia yg akn masuk syurga ialah 1:1000.bermakna 999 dr 1000 manusia akan dihumban kedlm neraka..nauzubillah!sebabnya..kitalah manusia yg ikut melaksanakn sistem gog n magog n dajjal, contoh mudah..RIBA/BANK..mampukah kita keluar dr sistem ini setelah begitu lama menjadi darah daging dlm diri kita?
    buat teman2 yg sentiasa brfikir dn berusaha keluar dr fitnah dajjal dn fasad gog n magog, please ikuti ceramah maulana imam imran hosein.try dgr ceramah beliau via u.tube..free shj..tapi sgt terkesan..insyaAllah..

    ReplyDelete
  35. izin copy ya gan,soalnya artikelnya sangat bermanfaat.....

    ReplyDelete
  36. Salam saudara nice sharing n information...info yg baik untk diambil iktibar dan peringatan.sy turut membca serba sdikit ttg yakjuj dn makjuj dlm buku YAKJUJ DAN MAKJUJ BENCANA DI SEBALIK GUNUNG & BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZUKARNAIN?..truskan usaha saudara dlm menyampaikan ilmu seperti in.tk - is -

    ReplyDelete
  37. Info yg bagusutk dikaji dan diselidiki serta dapati mengingatkan kpd umat islam yg dari terus terleka...

    ReplyDelete
  38. Perbincangan berhubung kait dengan perkara ini memerlukan penjelasan yang pelbagai dan berhubung kait dengan perkara -perkara lain, agak sukar untuk dijelaskan secara panjang lebar dalam maya ini , ini juga mengelakkan salah permahaman kepada mereka yang kurang arif dngan perkara ini. Bagi menambahkan pengetahuan dan percambahan minda terdapat banyak buku dipasaran boleh merungkai rahsia disebalik rahsia ini ...dan anda boleh menemui jawapannya ...

    ReplyDelete
  39. nice article...

    ReplyDelete
  40. sahabat islam11/10/12 4:42 pm

    @Anonymous
    Terima kasih kerana bertanya mengenai apa yang diajar dan difahami oleh orang islam. saya cuba untuk menjawab sekadar termampu mengikut pemahaman dan pengetahuan saya

    Mengapa Allah perlu menciptakan mahkluk yg akan membinasakan mahluk yang lain? (Yakjuj Makjuj) >> Setiap ciptaan Allah itu mempunyai tujuan. Agar manusia belajar dan memahami.Mengapa Allah menciptakan anai2 yang akan memusnahkan kayu. Mengapa Allah mencipta microb untuk menghapuskan bangkai manusia.

    2) Adakah bangsa(Yakjuj Makjuj) ini mmg dilahirkan untuk menjadi jahat? Mengapa Allah perlu menciptakan mahluknya sendiri menjadi jahat? >> Allah yang lebih maha mengetahui. Manusia/bangsa terdahulu juga pernah ditakdirkan kejam dan zalim seperti firaun. Allah telah memberi pengajaran melalui cerita mereka supaya kita menjadi lebih bijaksana.

    3) Adakah kesemua bangsa Yakjuj Makjuj ini seperti syaitan dan iblis? >> syaitan atau iblis berasal dari golongan jin. seperti yang diterangkan Allah di dalam alquran. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. berbanding dengan Yakjuj Makjuj berasal dari keturunan manusia dan sifatnya.

    4) Apakah kelebihan bangsa Yakjuj Makjuj ini berbanding bangsa lain sehingga mampu membinasakan dunia? (ilmu ghaib @ kekuatan @ kebijaksaan)>> Hanya Allah yang maha mengetahui. Kekuatan yang ada pada singa menyebabkan ia digelar raja binatang di hutan namun ia tidak ditakdirkan sebagai raja kepada manusia.

    5) Persoalan yang paling penting sekali. Apakah yang perlu umat islam buat sekiranya terjumpa dengan bangsa Yakjuj Makjuj ini? Apa pula orang bukan islam perlu buat jika terjumpa mereka. >> Betapa kasihnya Allah kepada manusia kerana Al-quran telah menerangkan kisah yakjuj makjuj ini lebih awal. manusia perlu belajar mengambil iktibar dan pengajaran darinya.

    6) Bagaimana jika ditakdirkan salah seorang umat islam itu berkahwin dengan bangsa Yakjuj@Makjuj (Yakjuj@Makjuj memeluk islam). Dan keturunannya menjadi orang islam yang beriman&bertaqwa? Adakah keturunnya yang juga islam ini nanti akan turut serta membinasakan dunia di hari kiamat?

    Tiada agama lain selain islam yang diredhai Allah. barang siapa yang mengikut Islam sepenuhnya akan mendapat perlindungan Allah.

    7) Adakah langsung tiada tempat untuk setiap bangsa Makjuj@Yakjuj ini di sisi Allah? >> Maha suci Allah yang maha bijaksana dan adil ke atas setiap makhluknya.
    Setiap makhluk yang dijadikan Allah mempunyai hak disisi Allah.

    Semoga jawapan ini dapat membantu sahabat kita. Kalau ada kesilapan mohon sahabat-sahabat lain tolong betulkan.

    ReplyDelete
  41. tq pd infomasi nie... amat menarik...

    ReplyDelete
  42. tq...infomasi y bguna...

    ReplyDelete
  43. @Anwar Suran

    assalamu'alaikum..admin, dah jwab ye soaln non muslim di atas? :)

    ReplyDelete
  44. assalamu'alikum admin..enrty dan perkongsian yang menarik.. tapi, admin dh jwab ke soaln non muslim kat atas tu? :)

    ReplyDelete
  45. Trima kasih sebab bg info macam ni. Sy ni sgt2 lah tak tau pasal yakjuj makjuj ni. Baru dapat visualize skit bila dah baca ni. Sedikit sebanyak mendatangkan keinsafan. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  46. Thanks for the articles sharing. Saya ada juga baca kisah yakjuj dan makjuj ni dalam buku tulisan muhammad alexander..Saya amat tertarik dalam mukadimah beliau antaranya bagaimana kisah yakjuj dan makjuj ini dijawab didalam alquran lantaran persoalan dari kaum yahudi dan membuktikan kepada yahudi bahawa alquran ayat Allah, bukannya ciptaan nabi yg ummi(tidak tahu menulis dan membaca). Nak tau lebih lanjut kupasan beliau,bacalah..

    ReplyDelete
  47. tak betul ni. yakjuj dan makjuj tanda besar kiamat.
    ade 10 tanda besar dan ianya berurutan.
    sekarang tanda2 kecil cuma ada.
    yakjuj dan makjuj adalah tanda besar kiamat tersangat la hampir.
    dan sekarang hanya ada tanda kecil.

    ReplyDelete
  48. Untuk rujukan.. sumber: WIKIPEDIA...

    Rujukan

    ↑ Terjemahan Melayu Al Quran Surah Al-Kahfi - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
    ↑ Terjemahan Melayu Al Quran Surah Al-Kahfi - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
    ↑ Terjemahan Melayu Al Quran Surah Al-Kahfi - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
    ↑ Terjemahan Melayu Al Quran Surah Al-Kahfi - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
    ↑ Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5128
    ↑ Terjemahan Melayu Al Quran - http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
    ↑ Yakjuj & Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung - Muhammad Alexander, PTS Islamika
    ↑ Ezekiel 38:2
    ↑ Ezekiel 38:3
    ↑ Jay P. Green, Sr., 1986
    ↑ Ezekiel 38:10
    ↑ Ezekiel 38:11
    ↑ Ezekiel 38:12
    ↑ Ezekiel 38:13
    ↑ Ezekiel 39:17
    ↑ Ezekiel 39:18

    ReplyDelete
  49. Knp saudara admin lansung tdk mahu berusaha mnjawab soalan kawan non-muslim tu? Kalau blog ni merupakan slh satu wadah utk mnyampaikan dakwah, knp x usaha jawab soalan cepumas tu? Apa2 pun trm kasih kpd sahabat islam yg cube menjawab soalan itu dgn sebaik mungkin!!scara tak lansung, anda menjadi wakil.kpd kami umat islam yg lain, membantu kawan non -muslim tu,utk merungkai sedikit sbanyak soalan yg membelengu diri dia. Moga, hatinya terbuka menerima hidayah ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  50. Knp saudara admin lansung tdk mahu berusaha mnjawab soalan kawan non-muslim tu? Kalau blog ni merupakan slh satu wadah utk mnyampaikan dakwah, knp x usaha jawab soalan cepumas tu? Apa2 pun trm kasih kpd sahabat islam yg cube menjawab soalan itu dgn sebaik mungkin!!scara tak lansung, anda menjadi wakil.kpd kami umat islam yg lain, membantu kawan non -muslim tu,utk merungkai sedikit sbanyak soalan yg membelengu diri dia. Moga, hatinya terbuka menerima hidayah ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  51. Artikel yg sgt bermanfaat...t.kasih

    ReplyDelete
  52. Sebaiknya Penulis blok menyebutkan sumber rujukan buku, krn nampak banyak ambil daripada buku tulisan Muhammad Alexander tajuk "Yakjuj Makjuj Bencana", dan "Lima Gelombang Yajuj Makjuj" , tapi sayang admin tidak menyebut sumber buku, sehingga kesulitan untuk menjawab soalan dari non muslim, coba tengok di sini:
    http://www.goodreads.com/author/show/2915367.Muhammad_Alexander

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda