Wednesday, 24 August 2011

Asal Mula Kewujudan Alam Semesta


Berita Alam Ghaib 1: Asal Mula Kewujudan Alam Semesta

Tahukah kita, sebelum kewujudan alam semesta ini iaitu ketika belum adanya lagi perhitungan tahun, bulan, minggu dan hari (kerana belum wujudnya matahari dan bulan) yang ada cumalah Zat yang Wajibul Wujud. Ia adalah Zat Allah swt yang maha esa lagi maha pencipta, oleh kerana itu "Dia" dinamakan sebagai Khaliq ertinya pencipta, dan seluruh alam semesta ini pula termasuk kesemua isinya dinamakan sebagai makhluk ertinya yang diciptakan.

Jadi jelaslah bagi kita sekarang mengenai adanya perhitungan tahun seperti sekarang ini, iaitu kerana adanya peredaran matahari dan bulan. Entah sudah berapa juta tahun umur bumi ini hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui, manusia cuma dapat mengkaji dan mengira-ngira sahaja. Cubalah perhatikan Firman Allah swt di dalam surah Al-Insaan ayat 1:

Apakah tidak datang (khabar berita) kepada manusia suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut (menurut perhitungan manusia)

Maka dengan keterangan ayat di atas hanya Allah swt sahaja yang tahu berapa sudah lamanya Allah swt menjadikan dunia ini serta isinya.  Apa yang menakjubkan lagi adalah, Allah swt menciptakan seluruh alam semesta ini tanpa menggunakan sedikit pun alat atau perkakas. Bila Allah swt akan menjadikan sesuatu, cukuplah dengan kalimat Kun jadilah lalu terjadi seperti Firman Allah dalam surat Yassin ayat ke 82:

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.

dalam ayat yang lain Firman Allah di dalam Surat Yunus ayat 3:

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia menciptakan serta Dialah yang mengatur dan serta Dialah yang menguasai seluruh apapun yang berada di 'Arasy dan alam lainnya

Jadi jelasnya yang mengatur semua kejadian alam, makhluk, manusia, binatang, matahari, bulan dan bintang, hidup dan mati, adalah Allah swt. Untuk lebih jelasnya bacalah ayat Kursi dalam surat Al-Baqarah ayat 255 :

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Sebelum kewujudan Alam Semesta, apa yang ada hanyalah Zat Allah SWT

Sudah terang lagi bersuluh bagi kita sekalian bahawa dahulunya alam semesta ini tidak ada. Maka yang ada hanyalah yang mengadakan alam semesta ini iaitu Zat Allah swt. Sesungguhnya Allah swt ciptakan seluruh alam semesta langit dan bumi kerana Allah swt akan menjadikan manusia. Sesungguhnya Allah ciptakan sesuatu yang pertama kalinya adalah yang dinamakan Ruuhul A'zham dari Nur-adadiyah-Nya. Maka dari Ruuhul A'zham itu Allah jadikan segala roh makhluk yang bernyawa. Apakah yang dinamakan "Ruuhul A'zham" itu? Ia adalah sumber segala roh iaitu roh Nabi Muhammad s.a.w.

Sesungguhnya Allah swt selain mempunyai sifat Al-Rahman dan Al-Rahim juga mempunyai sifat Jalaal dan Jammal, ertinya Maha Besar dan Maha Indah. Maka dengan qudrat iradatnya, dengan sifat Jalaal dan Jammal-Nya maka diciptakan Nur Muhammad saw, dari alam "adam" kepada alam "wujud", dari alam "abstrak" kepada alam 'nyata" dalam keadaan yang amat sempurna, indah bentuk dan susunan semua alam yang maujud ini. Sesuai dengan Firman Allah di dalam surat Al-Baqarah ayat 1066:

Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
Dari Ruuhul-A'zham itu, diciptakan pula roh para Nabi, kemudian roh para Wali, kemudian roh para manusia, kemudian roh para Malaikat, roh bangsa Jin, kemudian roh haiwan dan kemudian roh tumbuh-tumbuhan. Selain itu, Allah juga jadikan empat unsur, iaitu air, api, angin dan tanah. Maka dari empat unsur itu, Allah jadikan makhluk, jadikan bumi dan langit, malaikat dan jin, manusia dan binatang dan lain-lainnya.

Pada Riwayat lain, Allah swt jadikan suatu pohon namanya Sajarotul-Yaqiin atau Sajaratul-Muttaqiin suatu pohon raksasa (teramat besar!). Tidak ada seseorang pun yang dapat menduga betapa besarnya pohon itu, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Kemudian Allah swt menciptakan Nur Muhammad seperti rupa burung merak lalu dimasukan ke dalam kurungan mutiara, dan digantungkan pula di Syajarotul-Yaqiin, lalu ia bertasbih memuji Allah swt selama 70000 tahun.

Anwar Suran Home 2011
Share:

15 comments:

  1. penceritaan yang menarik....

    ReplyDelete
  2. nice blog, exchange link ye
    http://hanisharun.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. bagus blog nie.....:-)

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas ilmunya.. sallam kenal dariku by @SAIFULLOH.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih buat semua komentar =)

    ReplyDelete
  6. Jiwa Hamba11/3/12 1:15 pm

    cerita yang menarik...mohon copy dalam blog saya, jiwa hamba

    ReplyDelete
  7. Boleh jer, tapi sila letak sumber dari blog saya ya... bukan apa, andai kata ada kesilapan fakta, biar saya yang bertanggungjawab. Thanks :)

    ReplyDelete
  8. saya nak copy maklumat niy..untuk buat kerja sains tingkatan 3...harap permohonan dapat dipertimbangkan

    ReplyDelete
  9. Saya baru selesai membaca buku yang menjadi rujukan admin utk setiap siri dalam kisah Berita Alam Ghaib ni. Mula-mula saya juga berhajat utk buat satu blog bagi berkongsi kisah yang sama dengan semua onliners...tapi sebelum buat saya search dulu di google dan terjumpa blog nih...tahniah saudara admin moga apa yang dipersembahkan ini akan menjadi satu ilmu baru kepada pembaca sekalian...Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  10. @Malek Alhamdulillah, terima kasih. Buku yang saya jadikan sumber rujukan itu sudah tidak diterbitkan lagi di Malaysia mahupun di luar negara. Seingat saya, last diterbitkan pada tahun 1988. Buku itu tidak diterbitkan mungkin kerana ia telah banyak membongkarkan pelbagai rahsia di zaman akan datang, jadi ada sesetengah pihak atau pertubuhan rahsia yang sekat penerbitan buku tersebut :)

    ReplyDelete
  11. saya ske baca disini..sgt padat dan menarik..

    ReplyDelete
  12. sesungguhnya ALLAH Maha Esa

    ReplyDelete
  13. ALLAH MAHA BIJAKSANA

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilllah. Terima kasih atas usaha anda menyediakan dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat sebegini. Semoga ALLAH memberikan keberkatan dan keampunanNya kepada kita serta muslimin muslimah keseluruhannya. Aamiin.

    ReplyDelete
  15. penulisan yg sungguh menarik.cuma sya tak brp jelas tentang NUR MUHHAMAD dan NABI MUHHAMAD S.A.W.sya hrp saudara AnwarSuran dapat mengkaji semula dgn lebih terperinci.

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda