Wednesday 22 June 2011

Kasih Sayang Anak Terhadap Ibu

Assalamualaikum wbt dan juga selamat sejahtera kepada seluruh pengunjung blog yang dikasihi sekalian.. apa khabar? Harap anda semua sihatlah hendaknya ya.. Saya tahu para pengunjung yang bertandang ke blog ini bukan sahaja datang dari Malaysia malah turut sama dari Indonesia, India Jepun, Mesir, Amerika dan sebagainya.. Kalau tak percaya lihatlah widget peta dibahagian kanan blog ini..  tersesat ler tu hehe. Pape pun terima kasih bertandang..

Ok, kali ini saya akan membincangkan isu mengenai mengapa anak lebih rapat dengan ibunya berbanding bapanya. Cuba anda bertanya kepada diri anda sendiri dengan ikhlas dan jujur iaitu diantara ibu dan bapa anda, yang mana satu anda lebih rapat? Kebanyakkan dari anda pasti memberikan jawapan ibu betul tak? Ok sebenarnya ada 5 faktor yang menyebabkan anak lebih menyayangi ibunya lebih dari bapanya malah Rasulullah s.a.w juga menggalakkan anaknya menyayangi ibunya lebih berbanding bapanya.. sesuailah dengan hadis dibawah iaitu:

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”


Baiklah, disini saya akan menyenaraikan 5 faktor yang menyebabkan anak-anak lebih rapat dengan ibu mereka berbanding bapanya iaitu:

1- Kerana ibulah yang mengandungkan si anak didalam rahimnya selama 9bulan 10hari. Mereka berkongsi saluran makanan dan pernafasan yang sama.

2- Lazimnya ibulah yang mengasuh, membela dan mendidik anak dari kecil sehinggalah dewasa.

3- Tangan ibulah yang menyuapkan makanan ke dalam mulut si anak termasuk menyusukannya.

4- Anak perempuan muhupun anak lelaki sering bersama, bertemu dan mengadu hal kepada ibu

5- Ibu lebih bersifat lemah lembut dan lunak hati. Inilah yang memudahkan anaknya berhubungan dengannya.

Cuba anda semua perhatikan, apabila seseorang anak sedang sakit tenat atau meracau-racau, nama siapakah yang akan disebut-sebut olehnya? Sudah tentu panggilan ‘emak’ ‘emak’ dan ‘emak’ yang akan bermain dibibirnya dalam keadaan separa sedar. Mungkin ada juga dikalangan kita yang menyebut nama bapanya tetapi bilangannya agak kecil berbanding ibu. Sebab itulah firasat ibu terhadap anaknya lebih kuat berbanding firasat ayah terhadap anaknya. Jadi apabila seseorang ibu merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anaknya, cepat-cepatlah lakukan tindakan.. Kalau dah rasa anak tu bapuk, intai-intailah dengan siapa anaknya berkawan di sekolah serta curi-curilah dengar perbualan anak anda dengan kekasih hatinya.. Yang penting jangan PENGSAN! suara anak anda sangat mengghairahkan. stop.

Ok, nampaknya ini sahaja untuk entri mengenai motivasi untuk kali ini. Maaflah kerana penulisan saya agak ringkas sedikit berbanding entri sebelum ini. Semoga berjumpa lagi di entri yang baru..


Terima Kasih
Anwar Suran Home 2011

Share:

3 comments:

  1. the best thing t0 d0 in y0ur life is t0 serve y0ur m0ther, y0ur m0ther, y0ur m0ther, y0ur father and then y0ur relatives..

    ReplyDelete
  2. @beE_ChaN Ibu, kaulah ratu hatiku :)

    ReplyDelete
  3. teringat iklan nespray..hehe..
    "Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu"

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris