Sunday, 22 January 2012

Bukti Allah Itu Maha Besar!


Sungguh Maha Besar, melihat ciptaan-Nya saja kita tidak mampu apalagi melihat Allah SWT, renungkanlah bahan bacaan di bawah ini semoga kita terhindar dari perbuatan sombong. Sesungguhnya kita teramat amat kecil di sisi Allah SWT.

Penulis telah mendapatkan beberapa gambar mengenai perbandingan ukuran bumi diantara beberapa bahagian planet-planet lain di alam semesta ini.

Saya ingin bertanya anda semua, besar tak saiz bumi melalui gambar dibawah?

Lalu kita lihat pula gambar di bawah ini, dan lihatlah betapa kecilnya saiz bumi berbanding Jupiter

Rupanya planet jupiter amatlah kecil berbanding bintang Sirius...

Akan tetapi... bintang Sirius jauh ketinggalan saiznya berbanding bintang Aldebaran! 

Subhanallah! nampaknya ada lagi yang lebih besar daripada Aldebaran iaitu bintang Betelgeuse!


Oh tidak!!! masih ada lagi yang bintang yang jauh lebih besar daripada bintang Betelgeuse!!!


Dengan perbandingan di atas tadi, sekurang-kurangnya kita menjadi sedar betapa kecilnya bumi, apatah lagi kita sebagai penghuninya. Terbayang jelas alam semesta yang sangat besar pada gambar skala-skala di atas. Bumi kita tidak kelihatan lagi di sini, bahkan matahari hanya sebesar debu.

Antares adalah bintang ke-15 yang paling terang di angkasa. Sebenarnya masih terdapat banyak lagi yang lebih besar dari VY Canis Majoris, tapi belum ada bukti dan bahkan satelit huble tercanggih pun belum boleh melihatnya.

Penulis sempat juga berfikir... Siapakah kita ...?
Layakkah kita sombong di hadapan Allah?
Apakah tujuan hidup kita ...?
Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga, mulia di hadapan Allah...?

Dengan melihat saiz bumi sahaja kita dah merasa teramat-amat besar dan luas sedangkan hakikatnya saiznya hanyalah setitik! Maka... tidaklah layak manusia berjalan di atas muka bumi ini dengan perasaan sombong terhadap sesama makhluk Allah, apalagi berlaku sombong terhadap Penciptanya, Yang Maha Besar, Allah SWT.

Untuk kefahaman yang lebih jelas, saksikanlah video dibawah ini…



Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Home 2012

Share:

9 comments:

  1. Subhanallah..

    Sungguh Maha Besar Allah swt

    Hambamu ini sangat2 kerdil...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah... agaknya besar manalah syurga dan neraka.. Allah huakbar!

    ReplyDelete
  3. Thanks kepada semua komentar di atas :)

    ReplyDelete
  4. video kat bawah 2 cukup menginsafkan..tapi last sekali spoil the feeling..

    ReplyDelete
  5. video bawah sekali tu cukup menginsafkan..tapi last clip tu spoil betul..ruin the feeling..

    ReplyDelete
  6. Undeniably consider that that you stated. Your favourite justification
    seemed to be at the web the easiest factor to remember of.
    I say to you, I definitely get irked even as people think about concerns that they just do
    not know about. You managed to hit the nail upon the top as well as defined out the
    whole thing with no need side-effects , people can take a signal.

    Will probably be back to get more. Thank you

    Here is my blog post jetzt spielen

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda