Friday 12 August 2011

Keadaan Iblis Ketika Ramadhan


|Assalamualaikum|

Apa khabar? Bagaimana puasa? Seronok? Penulis harap semoga para pembaca semua sentiasa ceria ketika menjalani ibadah puasa ini. Penulis percaya, ramai di kalangan kita tertanya-tanya iaitu bagaimanakah keadaan Iblis dan syaitan ketika umat islam sedang mengerjakan Ibadat puasa? Benarkah dakwaan sesetengah khabar angin yang mengatakan bahawa Iblis dan syaitan itu akan dirantai di dalam perut bumi sepanjang bulan Ramadhan? Apa-apa pun, sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, marilah kita sama-sama menghayati pertanyaan Rasulullah terhadap Iblis mengenai puasa, dan lihatlah sendiri jawapan Iblis terhadap pertanyaan Rasulullah saw itu...

Sabda Rasulullah saw : Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt?

Berkata Iblis: Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut:

1- Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.

2- Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!


3- Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.

4- Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.

5- Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi  yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian  paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan  sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.

Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali (inner core) ketika bulan Ramadhan
6- Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam (pagi), mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.

p/s: Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, segala dosa-dosa kita yang lalu akan dihapuskan oleh Allah swt (insyallah). Jangan lupa untuk melipat kali gandakan ibadah kita terhadap Allah swt. Solat terawikh jangan ditinggal ok. Kalau rasa tidak larat untuk bersolat di masjid maka lakukannya di rumah. Kejarlah malam lailatulqadar kerana malam lailatulqadar itu adalah malam yang paling mustajab untuk kita semua memohon doa. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah swt. Jom berhijrah ke arah yang lebih baik!


Sekian Terima Kasih


Anwar Suran Home (Ramadhan) 2011


Share:

11 comments:

  1. Begitu besar pahala dan ganjaran yang diberikan.manfaatkan peluang yang ada..

    ReplyDelete
  2. @cx's Thanks cx's kerana sudi memberi pendapat.. mungkin ada kebenarannya juga. Xpe, yang penting Iblis tetap tidak akan dapat mengganggu insan yang sedang berpuasa kerana orang yang berpuasa itu akan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah swt. Yang penting puasa tu kenalah ikhlas ye, bukannya sebagai budaya =)

    @aiEz Betul aiEz. Manfaatkan peluang yang ada dan kejarlah lailatulqadar =)

    ReplyDelete
  3. ooo....eeee...hurm, so, gunakan peluang yg ada sbaiknya

    ReplyDelete
  4. @wawa zulkafli Betul.. setuju =)

    ReplyDelete
  5. http://keistimewaan-bulan-bulan-islam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Tak sabarnya nak puasa tahun nihhh

    ReplyDelete
  7. mohon copy utk share ngn kwn2 sy ya.. tQ

    ReplyDelete
  8. blog ini sangat terbaik untuk umat islam diluar sana :)

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris