Adakah Astroid Apophis Akan Menghentam
Bumi Pada Tahun 2036?
Pada tahun 2029
sebuah asteroid yang berbahaya akan lalu dekat dengan bumi. Manusia akan
menanti saat ini dengan perasaan berdebar kerana hanya pada masa itu kita akan
tahu dengan jelas sama ada ‘pembunuh angkasa’ ini akan menghentam bumi pada
tahun 2036.
Berapa bahaya
sebenarnya Apophis ini?
Ia besar dan
berpotensi sangat bahaya, besarnya lebih kurang saiz sebuah pesawat dan
dinamakan asteroid Apophis, ia
sedang meluncur ke bumi dengan kelajuan
30 ribu km/j. Saiznya lebih kurang 320
meter dan jisimnya lebih kurang 4.6 x
1010 kg.
Pada tahun 2029,
asteroid ini akan lalu dekat dengan bumi, namun tarikan graviti bumi akan menyebabkan orbitnya menyisih. Hasil dari
tarikan graviti bumi ini, Apophis dikatakan akan berada di angkasa selama tujuh tahun lagi, sebelum menghentam bumi
pada tahun 2036.
Sekiranya ini
terjadi, kerosakan besar akan berlaku, manakala mangsa yang terbunuh pula dijangka akan mencecah jutaan. Ia akan
menghasilkan bola besi dan iridium sebesar 320 meter dan beratnya pula mencecah
200 bilion tan, yang kemudiannya akan
jatuh ke laut Atlantik, menurut perkiraan. Gelombang yang terhasil dari
hentaman tersebut akan menyebabkan tsunami
besar, memunahkan pesisir pantai dan kawasan darat, dan menghasilkan habuk tebal yang akan
menyelaputi awan dan menghalang matahari dari sampai ke bumi.
Gambar NASA: asteroid Apophis yang ditemui pada tahun 2004 |
Menurut Dr.
Donald Yeoman dari Program Objek Berdekatan Bumi NASA, Apophis tidak akan menghentam bumi pada tahun 2036.
Bagaimanapun,
jika objek itu melalui sebuah ‘lubang kunci’ bersaiz 600 meter pada tahun 2029, satu lokasi di angkasa yang luasnya hanya 600 meter—ia pasti akan menghentam bumi pada tahun 2036. Namun kebarangkalian untuk itu berlaku amat rendah.
Saintis Rusia
membuat pengiraan mereka sendiri dan telah mencadangkan sebuah mesin yang
direka khas untuk menyisihkan terus Apophis dari menghentam bumi pada tahun
2036. Bagaimanapun Profesor Leonid Sokolov dari Universiti Saint Petersburg
State di Rusia mempercayai yang asteroid tersebut akan pecah menjadi serpihan lebih kecil dan pertembungan serpihan ini dengan
Bumi pada skala yang lebih kecil akan berlaku pula pada tahun selepas 2036.
Bagaimanapun dia
menambah,
Tugas kita ialah untuk mempertimbangkan alternatif-alternatif lain dan membangunkan senario dan perancangan tindakan bergantung kepada pemerhatian lanjut terhadap Apophis (pada 2029).
Oleh itu, salah
satu alternatif ialah dengan menghantar satu objek ‘pelayar suria’ seberat 10
kg pada tahun 2028 yang boleh mengeluarkan Apophis dari laluan ‘lubang kunci’
pada tahun 2029 untuk mengelakkan ia dari menghentam bumi pada tahun 2036,
menurut seorang saintis China dari Universiti Tsinghua, Beijing iaitu Shengping
Gong.
Beginilah keadaan asap 'dukhan' mateor ketika menghentam bumi suatu masa nanti |
Untuk informasi
anda, sekitar Mei lepas, angkasawan pertama Britain, Major Tim Peake
mendedahkan yang NASA sedang dalam persediaan untuk mendarat di asteroid dan
‘berkhemah’ di sana selama setahun. Ramai yang mengaitkan pendedahan itu dengan
ancaman asteroid Apophis.
Namun hanya pada
tahun 2029 semua ini dapat dipastikan.
Cuma tidak pasti sama ada masa tujuh tahun itu cukup untuk satu tindakan untuk
menyelamatkan bumi akan dilakukan.
Mari kita
renungkan sejenak…
Adakah ini
merupakan salah satu tanda kiamat besar yang telah tercatat didalam hadis iaitu
datangnya Asap Dukhan memenuhi timur dan
barat bumi? Subhanallah, jauhkanlah…
My
Cahaya Post – Ogos 2012 (Ramadhan)
mintak izin share ye nuar.
ReplyDeleteapakah pada tahun itu bumi masih ada? apakah sudah didahului kiamat? kita tidak akan tahu
ReplyDeletekalau baca artikel disini umumnya berkualitas makanya sy senag cari-cari artikel manfaat di sini
ReplyDelete