Berita Alam Ghaib 28: Muqaddimah
Tanda-Tanda Kiamat Siri 1
Pembaca Yang
Budiman.
Dengan membaca artikel
ini, Insyaallah memadailah untuk kita menambah ilmu pengetahuan, keyakinan diri
serta pengukuhan iman. Kerana beriman pada hari kiamat itu adalah salah satu daripada
6 rukun iman.
Cubalah
perhatikan Firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah:
بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَٰنِ بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الم
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ
لَا رَيْبَ
ۛ فِيهِ
ۛ هُدًى
لِلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ
بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ
الصَّلَاةَ وَمِمَّا
رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ
بِمَا أُنْزِلَ
إِلَيْكَ وَمَا
أُنْزِلَ مِنْ
قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ
هُمْ يُوقِنُونَ
أُولَٰئِكَ عَلَىٰ
هُدًى مِنْ
رَبِّهِمْ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ
الْمُفْلِحُونَ
Alif laam miin *1 –Kitab *2 (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, *3 (iaitu) mereka yang beriman *4 kepada yang ghaib, *5 yang mendirikan solat, *6 dan - menafkahkan sebahagian rezeki *7 yang Kami anugerahkan kepada mereka, -dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan -Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, *8 serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. *9 -Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.*10
*1: Ialah huruf-huruf abjad yang
terletak pada permulaan sebahagian dari surah-surah Al-Quran seperti: alif laam
miim, alif laam raa, alif laam miim shaad dan sebagainya. Diantara ahli-ahli
tafsir ada yang menyerahkan pengertiannya kepada Allah kerana dipandang
termasuk ayat-ayat mutasyaabihaat, dan ada pula yang menafsirkannya. Golongan
yang menafsirkannya ada yang memandangnya sebagai nama surah, dan ada pula yang
berpendapat bahawa huruf-huruf abjad itu gunanya untuk menarik perhatian para
pendengar supaya memperhatikan Al-Quran itu, dan untuk mengisyaratkan bahawa
Al-Quran itu diturunkan dari Allah dalam bahasa Arab yang tersusun dari
huruf-huruf abjad. Kalau mereka tidak percaya bahawa Al-Quran itu diturunkan
dari Allah dan hanya rekaan Nabi Muhammad saw semata-mata, maka cubalah mereka
buat sendiri Al Quran itu.
*2: Tuhan menamakan Al-Quran dengan nama Al Kitab maknanya
adalah "yang ditulis", sebagai isyarat bahawa Al-Quran itu diperintahkan
untuk ditulis.
*3: Takwa iaitu memelihara diri dari seksaan Allah dengan mengikuti
segala perintah-perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-larangan-Nya, tidak
cukup diertikan dengan takut sahaja.
*4: Iman ialah kepercayaan yang teguh yang disertai dengan ketundukan
dan penyerahan jiwa. Tanda-tanda adanya iman ialah mengerjakan apa yang
dikehendaki oleh iman itu.
*5: Yang ghaib ialah yang tak dapat dikesan oleh pancaindera. Percaya kepada
yang ghaib iaitu, mengiktikadkan adanya sesuatu "yang maujud" yang
tidak dapat dikesan oleh pancaindera, kerana ada dalil yang menunjukkan iainya
ada, seperti wujudnya Allah swt, Malaikat-Malaikat, hari akhirat dan
sebagainya.
*6: Solat menurut bahasa Arab adalah doa. Menurut istilah syarak ialah
ibadat yang sudah dikenal, yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan
salam, yang dikerjakan untuk membuktikan pengabdian dan kerendahan diri kepada
Allah swt. Mendirikan solat ialah menunaikannya dengan teratur, dengan melangkapi
syarat-syarat, rukun-rukun dan adab-adabnya, baik yang zahir ataupun yang
batin, seperti khusuk, memperhatikan apa yang dibaca dan sebagainya.
*7: Rezeki: segala yang dapat diambil manfaatnya. Menafkahkan sebahagian
rezeki, ialah memberikan sebahagian dari harta yang telah direzekikan oleh
Tuhan kepada orang-orang yang disyariatkan oleh agama memberinya, seperti
orang-orang fakir, orang-orang miskin, kaum kerabat, anak-anak yatim dan
sebagainya.
*8: Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum Muhammad s.a.w. ialah
kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran seperti: Taurat, Zabur, Injil dan
Shuhuf-Shuhuf yang tersebut dalam Al-Quran yang diturunkan kepada para Rasul.
Allah menurunkan Kitab kepada Rasul ialah dengan memberikan wahyu kepada Jibril
a.s., lalu Jibril menyampaikannya kepada Rasul.
*9: Yakin ialah kepercayaan yang kuat dengan tidak dicampuri sedikitpun keraguan. Akhirat lawan dunia. Kehidupan akhirat ialah kehidupan sesudah
dunia berakhir. Yakin akan adanya kehidupan akhirat ialah benar-benar percaya
akan adanya kehidupan sesudah dunia berakhir.
*10: Ialah orang-orang yang
mendapat apa-apa yang dimohonkannya kepada Allah sesudah mengusahakannya.
Al-Quran, kitab yang teragung sepanjang zaman |
Demikianlah keterangan
surah Al-baqarah dari ayat 1 sehingga ayat 5, dan perhatikan pula surah Al-Hajj
ayat 1 sehingga ayat 2:
بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا
النَّاسُ اتَّقُوا
رَبَّكُمْ ۚ
إِنَّ زَلْزَلَةَ
السَّاعَةِ شَيْءٌ
عَظِيمٌ
يَوْمَ تَرَوْنَهَا
تَذْهَلُ كُلُّ
مُرْضِعَةٍ عَمَّا
أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ
كُلُّ ذَاتِ
حَمْلٍ حَمْلَهَا
وَتَرَى النَّاسَ
سُكَارَىٰ وَمَا
هُمْ بِسُكَارَىٰ
وَلَٰكِنَّ عَذَابَ
اللَّهِ شَدِيدٌ
"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya."
Demikian hebatnya
bencana alam ketika kiamat nanti yang akan dialami oleh seluruh umat manusia malah
seluruh alam nyata. Namun masih banyak lagi tanda-tanda yang lain.
Dalam surah
Al-Isra' ayat 58 Allah swt ada menerangkan:
وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ
إِلَّا
نَحْنُ
مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
أَوْ
مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا
ۚ كَانَ
ذَٰلِكَ فِي
الْكِتَابِ مَسْطُورًا
"Tak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuzh)."
Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda:
لاتقُومُ السَّاعَةُ
حتى يُقْبَضَ
الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ
الزلازِلُ وَيَتَقَارَبَ
الزمَانُ وَتَظهَرُالفِتَنُ
وَيَكْثُرَ الهَرْج
وَهُوَالقتْلُ حتى
يَكْثُرَفِيكمُ المَالُ
فَيَفِيض
"Tidak akan pernah terjadi hari kiamat, sehingga tertahan ilmu pengetahuan, banyak terjadi gempa bumi, perjalanan waktu terasa sangat cepat, wujudnya segala macam fitnah, banyak terjadi kekacauan iaitu pembunuhan (peperangan) sehingga harta benda pada kamu melimpah ruah".
Dari sabda Nabi
ini, kita akan dapat mengetahui beberapa ciri-ciri yang khas yang terdapat pada
tanda-tanda hari kiamat itu. Yang dimaksudkan dengan tertahannya ilmu itu adalah tertahannya ilmu pengetahuan agama
Islam, lantaran kebanyakan orang kurang meminati ilmu agama. Seperti umum,
semua orang Islam mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah dalam bahasa arab. Oleh
itu, mereka tidak mungkin dapat memahami
makna Al-Quran jika orang itu tidak mempelajari bahasa arab.
Jika
diperhatikan, tidak ramai orang yang menaruh minat untuk mempelajari bahasa
arab pada zaman sekarang ini. Meskipun ada, hanya terbatas kepada orang-orang
yang tertentu sahaja seperti pelajar sekolah-sekolah agama, sekolah pondok
serta pelajar universiti yang mengambil jurusan agama atau subjek bahasa ke-3.
Sering terjadinya gempa bumi menandakan usia dunia hampir berakhir |
Satu lagi ciri-ciri
kiamat ialah seringnya terjadi gempa
bumi. Seperti yang pernah terjadi di Indonesia contohnya seperti letusan
gunung merapi, gempa bumi di tengah-tengah lautan yang mengakibatkan tsunami di
Acheh mahupun Jepun. Ia boleh diibaratkan seperti orang yang sudah tua, sering
menderita kesakitan, sering terbatuk-batuk yang tidak berhentinya. Maka bumi
kita ini sememangnya sudah tua usianya, bumi
sudah mulai terbatuk-batuk menandakan ajal sudah dekat. Itulah tanda iaitu
seringnya terjadi gunung berapi yang selalu terbatuk-batuk memuntahkan isi
perutnya.
Kemudian selain
dari itu, kini lahirlah pelbagai macam fitnah,
tuduh menuduh, silih menjatuhkan, perebutan kuasa memerintah dan
sebagainya. Lihat sahajalah senario politik diseluruh dunia, sangat dahsyat
keadaan fitnahnya. Pembunuhan Osama bin laden, fitnah liwat Anwar Ibrahim di
Malaysia, fitnah Al-Arqam itu pertubuhan sesat, fitnah di Syria, Lubnan dan
sebagainya
Banyak terjadi
pembunuhan, perompakan, pemerkosaan, penipuan, rusuhan kaum antara golongan
dengan golongan yang lain. Peperangan
yang tidak henti-henti dimana-mana sahaja seperti di palestin, selatan
Thailand, Myanmar, Syria, Lubnan, dan banyak lagi. Di samping itu harta benda juga saling melimpah ruah,
orang pada masa kini sibuk membangunkan gedung-gedung atau pusat perniagaan yang
megah dan juga hampir kesemua penduduk di bumi ini mempunyai kenderaan sendiri seperti
kereta dan sebagainya. Inilah tandanya zaman mutaakhir atau akhir zaman.
Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda pula:
"Sesungguhnya daripada tanda-tanda kiamat bahawa, diangkatnya ilmu pengetahuan, tersebar tetap kejahilan (buta agama), diminumnya arak, pelacuran terang-terangan, lebih banyak kaum wanita, sedikit kaum lelaki, sehingga dapat dibandingkan nisbah 50 orang perempuan hanya seorang lelaki”
Sekian Terima Kasih
Bersambung di
entri: Muqaddimah Tanda-Tanda Kiamat Siri 2
My
Cahaya Post – Ogos 2012 (Ramadhan)
assalammualaikum penulis.blog yg menarik tahniah untuk penulis.
ReplyDeletesy nak cadangkan klu penulis blm lg tgk or tau psl "The Arrival n Bushwack".klu penulis dah tau or tgk Alahmdulillah if blm why dont penulis cuba tgk.InsyaAllah mybe lbh bnyk info penulis bleh dpt untuk dakwah penulis.salam..
askm wr.wb
ReplyDeletebisakah disamakan nasib dengan takdira?
wslm