Berita Alam Ghaib 29: Tanda Kiamat – Bencana Alam Sering Terjadi
Menurut
keterangan Syaikh Zainul Abidin dalam
kitabnya Kasyful Gaibiah, apabila saat kiamat akan tiba, maka akan terjadilah
bencana alam di kota Makkah dan Madinah.
Kota Makkah akan rosak binasa kerana peperangan. Katanya kota makkah akan hancur kerana peperangan dengan tentera dari
keturunan Habsyah (Benua Afrika). Sebaliknya
Madinah pula akan menderita kelaparan, sehingga penduduknya banyak yang
mati. Basrah akan mengalami banjir, Kaufah turut terjadi peperangan, Armaniah
dengan banjir berlumpur, Khurasan, Isfahan dan Persia (Iran) pula akan terjadi
perang saudara, Yaman dengan serangan hama belalang, India dengan banjir besarnya,
Afrika, Tunisia dan Mesir akan menderita akibat sungai Nil mengering.
Demikianlah yang termaktub di dalam Kitab Kasyful-Gaibiah.
Ramai orang Islam akan menderita ketika saat kiamat benar-benar menghampiri (kemusnahan dunia) |
Berkata Arif
Asy-Sya'rani riwayat Atturmudzi dari Sayidina Ali r.a, Nabi bersabda :
Idzaa kaanal
mughnimu daulan wal aamaanatu mughniman wazzakaatu maghroman wa athoo'ar rojulu
zaujatahu wa'aqqo ummahu wajappa abaahu wartapi'atil ashwaatu filmasjidi
wakaana za'iimul qaumi ardza lahum wa akromar rojulu mukhoofaatu syarrihi
wasyuribatil khomru walubsul hariiri wattakhodzatil qoinaatu wal ma'aazifu
wala'ana aakhiru hadzihil ummati awwa lahaa falyar taqibuu 'ingda dzalika riihan
khomroo u au khosfan au mashan (rowahu turmudzi)
Apabila terjadi harta ghanimah dimiliki oleh kerajaan, harta pusaka menjadi rebutan, berzakat dianggap rugi, orang lelaki tunduk kepada isterinya, anak derhaka terhadap ibunya, mensia-siakan bapanya, orang berteriak-teriak di dalam masjid kerana kurangnya pengetahuan, orang lelaki dihormati kerana takut akan kejahatannya, di minumnya arak, orang lelaki memakai kain sutera, diangkatnya perempuan menjadi ahli biduan dan pemimpin kesenian, umat sekarang mengejek terhadap umat yang terdahulu, mencela ulama-ulama terdahulu. Maka tunggulah olehmu sehingga datangnya angin yang merah, atau tenggelamnya dunia ini atau manusia "berbuat seperti haiwan"
Demikianlah di antara
tanda-tanda kiamat yang lain, dimana ia telah pun disebutkan dalam hadis, maka kini sudah
nampak oleh mata kita. Berhati-hatilah…
Sekian Terima Kasih
Bersambung di
entri: Berita Alam Ghaib 30
My
Cahaya Post – Ogos 2012 (Ramadhan)
bahkan mungkin bencana alam hampir setiap hari ada,, tinggal menunggu waktu kiamat akan tiba2 datang. Ya Allah jadikanlah kami benar2 mengenal-Mu dan mendapat rahmat-Mu sebelum hari itu mendatangi kami.
ReplyDelete