Berita Alam Ghaib 28:
Muqaddimah Tanda-Tanda Kiamat Siri 2
Para pembaca
yang budiman,
Sesungguhnya apa
yang telah diterangkan oleh Rasul junjungan kita Rasulullah saw mengenai
tanda-tanda kiamat, kini telah terbukti jelas
keadaannya di zaman sekarang ini. Jika kita renungkan semula, apa yang
dikatakan oleh Nabi Muhammad itu dengan situasi dunia dewasa kini, benar-benar
demikian keadaanya seperti mana kenyataan hadis-hadis berkaitan akhir zaman.
Sekali lagi
penulis nyatakan, yang dikatakan tertahannya ilmu agama, adalah ilmu agama
Islam. Maksudnya bukan ilmu itu tidak
tersebar, bahkan ia semakin tersebar luas. Agama Islam telah tersebar di serata
dunia malah dengan pelbagai cara, seperti melalui surat khabar, blog, facebook,
television, buku-buku agama, ceramah-ceramah pendek kata dimana-mana sahaja
umat Islam berada dari kota sehinggalah ke desa. Seruan solat sentiasa dikumandangkan melalui television dan juga radio,
tetapi masyarakat pada masa kini hanya layan acuh tak acuh sahaja terhadap seruan azan
yang berkumandang itu, mereka lebih suka melayan lagu Lady Gaga berbanding
seruan azan.
Hampir kesemua penduduk
Malaysia dari Sabah dan Serawak sehinggalah ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
adalah pengganut agama Islam. Namun yang
mampu membaca Al-Quran peratusannya hanyalah 50% sahaja. Apalagi yang mampu
menterjemahkan Al-Quran, mungkin tidak sampai 10%, sedangkan Al-Quran itu
adalah berisi undang-undang hidup atau peraturan hidup bagi seluruh umat manusia
untuk keperluan dunia dan akhirat.
Malaysia kekurangan insan yang mampu membaca Al-Quran degan tajwid yang benar-benar baik |
Secara umumnya,
kebanyakkan masyarakat tahu bahawa Al-Quran itu adalah berbahasa arab, namun, yang berminat untuk mempelajari bahasa arab
sangatlah sedikit. Untuk menguasai bahasa arab itu, mereka haruslah mengorbankan
masa, paling sedikit mungkin dua tahun. Oleh kerana itu, timbulah perasaan segan untuk mempelajari bahasa tersebut. Faktor yang
lain pula mungkin ibu-bapa yang beragama
Islam tidak menaruh perhatian untuk menyekolahkan anak-anaknya di madrasah atau
sekolah beraliran agama. Mereka memberikan alasan bahawa, agama Islam sudah
memadai di berikan pelajarannya pada sekolah rendah dan menengah sahaja.
Jika mereka
menyekolahkan anak-anaknya di sekolah-sekolah kebangsaan biasa, dari peringkat sekolah
rendah sehinggalah sekolah menengah, maka perbelanjaannya adalah kurang tetapi silibus untuk subjek agama Islam cukup
hanya untuk perkara asas seperti rukun Iman, Islam, rukun Sembahyang, cara
berwudhu dan sebagainya. Demikianlah kebanyakan ibu-bapa masyarakat Islam mendidik
anak-anaknya. Bagaimanakah anak itu akan
dapat melaksanakan perintah agama dengan baik, jika pengetahuan agamanya kurang
sempurna?
Begitulah punca
utama kenapa ilmu Agama kini menjadi agak terbatas, dan tidak sama langsung seperti
zaman kegemilangan Islam ketika dahulu, justeru inilah penyebab utama manusia menjadi
tidak segan-silu melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama seperti bercium
mulut di khalayak ramai, berzina amalan harian, rasuah sebagai sumber rezeki, fitnah
untuk kenaikan pangkat, tidak menutup aurat dan sebagainya. Kemungkinan besar ia adalah hasil pengaruh
agenda barat serta pertubuhan rahsia seperti Freemason dan Illuminati yang
ingin menghancurkan institusi keagamaan. Tetapi perlu diingat, Al-Quran itulah
perisai bagi segalanya!
Pada masa kini, selingan hampir lucah/maksiat diibaratkan 'wajib ada' untuk apa-apa sahaja program hiburan |
Sebagaimana kita
sering terbaca di dada akhbar mahupun internet, kerap kali terpapar berita-berita
seperti anak-anak merempit, menyertai
aktiviti homoseksual, menjadi pelacur, membuang anak, mencuri, dan pelbagai
lagi! Remaja-remaja tersebut bukanlah melakukannya kerana inginkan wang ringgit
atau sebagainya tetapi ia disebabkan oleh imannya
yang telah kosong di dalam dadanya inilah penyebab utama yang membawa
manusia terjerumus ke lembah dosa dan nista.
Sudah dapat kita
saksikan di zaman ini, segala jenis bentuk perjudian tersebar luas dimana-mana
sahaja, hampir kesemua lapisan
masyarakat boleh berjudi, dari tingkat atas sehinggalah ke tingkat paling
bawah. Bermula dari penduduk di bandar sehingga penduduk di desa, dari pegawai-pegawai
tinggi kerajaan sehingga ke penarik beca, sehingga ke pedagang kecil sehingga
ke pak tani.
Lihatlah sahaja
permainan yang melibatkan pertaruhan untuk kelas bawahan seperti judi bola
sepak, tikam hadiah, loteri dan sebagainya. Jika untuk kelas atasan pula,
lihatlah bagaimana golongan tinggi seperti sesetengah anak menteri-menteri
besar, anak raja, orang berpangkat dato’ dan sebagainya bermain judi di Singapura
mahupun di Genting Highland. Malah, tiada
sesiapa alim ulama yang dapat mencengahnya kerana kuasa mereka lebih tinggi.
Nah! inilah dia apa yang dikatakan Nabi
dalam sabdanya, dan inilah ciri-cirinya bahawa dunia sudahpun mendekati
ketibaan kiamat!
Genting Highland, pusat perjudian yang paling terkenal di Malaysia yang terselindung disebalik Taman Tema |
Sebahagian lain dari
tanda-tanda kiamat adalah lebih banyak
jumlah kaum wanita yang menerjunkan dirinya ke lembah penzinaan samada
pelacuran, bohsia mahupun bercinta hingga mendapat anak luar nikah. Kini ia
terjadi dimana-mana sahaja, di eropah mahupun asia, juga di tanah air kita
sendiri, sehingga alim ulama turut menanggulangi tentang masalah ini. Inilah
satu masalah besar yang sukar diatasi dan dapat dikatakan satu penyakit masyarakat yang sudah sangat kronik!
Dan jika kita
selidiki, sebahagian besar daripada mereka bukanlah semata-mata kerana tekanan
batin atau keewangan, akan tetapi adalah kerana kerapuhan jiwa dan kelemahan Iman. Jika ditanyakan kepada
wanita-wanita yang menerjunkan dirinya ke lembah perzinaan itu, bermacam-macam pula
alasan yang akan diberikan oleh mereka. Maka dalam soal ini kita tidak dapat
salahkan terhadap pihak wanita sahaja, kerana mereka tidak akan menjual dirinya
jika tidak ada pembelinya dari pihak lelaki.
Dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa pihak lelaki itulah penyebab utamanya dunia
pelacuran menjadi semakin rancak. Kita yakin, tidak semua lelaki yang mahu
berbuat kejahatan seperti itu. Maka yang menjadi pokok pangkalnya adalah dari kekurangan moral oleh si lelaki itu sendiri
yang menginginkan kepuasan hawa nafsu, mencari harta-harta dengan jalan yang
mudah. Tidak memikirkan akibatnya akan merosakkan moral kaum ibunya sendiri
serta moral bangsanya sendiri.
Tanpa pelanggan daripada kaum lelaki, industri pelacuran pasti tidak akan berkembang seperti hari ini! |
Sudah terang
lagi bersuluh bahawa segala faktor keruntuhan moral, budi pekerti, kehancuran
iman adalah datangnya dari pihak lelaki yang tidak mempunyai rasa tanggung
jawab untuk masa depan apatah lagi untuk akhiratnya. Malah kaum lelaki yang suka melakukan maksiat seperti melanggan pelacur,berjudi,
minum arak adalah disebabkan mereka telah mempunyai harta yang melimpah ruah.
Sebagaimana
sabda Nabi Muhammad s.a.w:
حتى يَكْثُرَفِيكمُ
المَالُ فَيَفِيض
"...sehingga harta benda pada kamu melimpah ruah."
Sesungguhnya
bagi orang lelaki yang telah beriman, jika mereka mendapatkan kekayaan, mereka
akan mengertilah bahawa harta itu adalah
ujian semata-mata dari Allah swt. Demikian pula jika mereka mendapat pangkat
atau darjat dan sebagainya.
Firman Allah
S.W.T. dalam surah Al-Imraan ayat 26:
قُلِ اللَّهُمَّ
مَالِكَ الْمُلْكِ
تُؤْتِي الْمُلْكَ
مَنْ تَشَاءُ
وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ
مِمَّنْ تَشَاءُ
وَتُعِزُّ مَنْ
تَشَاءُ وَتُذِلُّ
مَنْ تَشَاءُ
ۖ بِيَدِكَ
الْخَيْرُ ۖ
إِنَّكَ عَلَىٰ
كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيرٌ
"Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (3:26)
Para pembaca
yang budiman,
Sebagai seorang mukmin
yang soleh, selagi mereka mendapat harta atau pangkat, mereka tidak akan lupa
daratan. Mereka bersyukur kepada Allah
swt. Mereka akan mempergunakan
hartanya dengan berhati-hati, mereka akan bersedekah kepada fakir miskin dan tidak sesekali membazir membabi
buta seperti membeli cincin 24juta kepada isterinya, membeli sebuah bangunan
kondominium atau pendek kata membelanjakannya di jalan mubadzir, apatah lagi ke
jalan maksiat.
Orang kaya yang beriman akan menganggap segala pemberian Allah swt itu hanyalah ujian untuknya |
Sebaliknya, bagi
lelaki yang kurang ilmu agamanya, akan menjadi lemahlah imannya, kebetulan pula
banyak hartanya, besar pula nafsu berahinya. Lalu ia tidak segan-silu membelanjakan hartanya untuk menuruti hawa nafsunya.
Tentulah wanita yang akan menjadi sasarannya, maka merekalah menjadi pemangkin
terhadap aktiviti pelacuran kelas atasan dan inilah akibatnya orang-orang yang mempunyai
harta yang banyak, beginilah realiti zaman kita sekarang! dan inilah tanda-tandanya zaman hampir berakhir
atau akhir zaman.
Di zaman kita
sekarang ini, sering kali kita terlihat orang yang cepat menjadi kaya. Beberapa
tahun yang lalu orang itu kelihatan hidupnya biasa sahaja, tetapi kini dia
sudah menjadi kaya. Dulu dia hanya pekerja kelas bawahan, namun kini dia sudah
menjadi jutawan. Dulu dia hanya petani miskin, tapi kini sudah menjadi kaya
raya.
Ini menunjukan
harta benda sudah melimpah ruah…
Sekian Terima Kasih
Bersambung di
entri: Berita Alam Ghaib 29
My
Cahaya Post – Ogos 2012 (Ramadhan)
Sungguh mendalam penerangannya... thanks admin, mohon share k.
ReplyDelete-Afiq-
so far so good n illustratif.bolehkan saya share.
ReplyDeleteSyukran jazilan buat para pembaca-pembaca semua, alhamdulillah. Boleh sahaja nak share, tiada masalah... sila klik di sini. Terima Kasih.
ReplyDeletePenerangan yang mudah di fahami. Thanks admin
ReplyDelete