Gambar Pintu ke 'Neraka'
Untuk makluman pembaca sekalian, pintu ke 'neraka' yang dimaksudkan penulis adalah gelaran terhadap kawah yang sentiasa mengeluarkan api sepanjang waktu. Kawah berapi
yang begitu dikenali di kalangan pelancong dengan panggilan "The Gates of
Hell" ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada tahun 1971,
sekumpulan ahli geologi Soviet datang ke Darvaza, Turkmenistan dalam misi
mencari sumber gas. Namun ketika proses menggerudi, tanah di bawahnya runtuh
menyebabkan terbentuknya kawah seluas 60 meter dengan kedalaman 20 meter. Gas
metana yang beracun turut keluar dari kawah tersebut. Ahli geologi mengambil
keputusan untuk menyalakan gas tersebut sebagai langkah keselamatan. Sehingga
kini, kawah ini sentiasa terbakar dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh
dunia.
Jika beginilah
keadaan sebenar pintu ke neraka, agak-agaknya mesti orang yang nak ke neraka
itu tersenyum dan tergelak besar sampai terkentut. Sesungguhnya neraka yang
sebenar itu MAHA DAHSYAT. Minta Allah swt jauhkan, amin…
Sekian Terima Kasih
Anwar Suran Post - Mei 2012
Itu baru gambaran neraka dibumi. Tak dapat dibayangkan keadaan sebenar. Moga dijauhkan daripada golongan ahli neraka
ReplyDelete@WangsaBlogger.Com Setuju. Kita tidak boleh membayangkan pintu neraka yang sebenar kerana ia merupakan perihal alam ghaib. Yang penting ia sangat dahsyat dan kita perlulah berusahalah untuk menjauhinya. Semoga Allah swt menyelamatkan kita semua dari siksaannya.
ReplyDeleteWallahualam...smoga penulis dan kta smua di jauhkan dr pntu neraka yg sbenar di akhirat kelak.
ReplyDeleteItu baru perumpamaan pintu neraka di dunia? Bagaimana nanti di akhirat kelak? Wallahualam...semoga penulis dan kita semua terhindar darinya.
ReplyDeleteWallahualam...itu baru perumpamaan pintu neraka di dunia. Bagaimanakah nanti dengan pintu neraka di akhirat kelak? Semoga penulis dan kita semua terhindar darinya.
ReplyDeletenauzubillah, semoga kita mendapat pengajaran dari n3 ini...
ReplyDeleteplease my blog yer dik
tq
http://lilzafra.blogspot.com/