Pesanan Roh Terhadap Orang Yang
Menguruskan Jasadnya
Apabila roh
keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit
atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat
daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah
engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga
jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan,
roh sekali lagi merayu:"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi
dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan
berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar
dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah
meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti
mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak
akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat
diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa
dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai
Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung alahanku".
"Adapun
didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan
mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Anwar
Suran Post – Mac 2012
sebak baca entri ni...Subhanallah..
ReplyDeletemohon share...
ReplyDeleteBoleh-boleh, no prob... kasi email saudara kat saya ya... ataupun add je saya kat facebook... nanti saya attach word file entri ini pada saudara =)
ReplyDeletenak copy artikel ni.. saya nak share dgn sahabat2 saya..
ReplyDeletesyukran ya...
sgt menginsafkan