Kisah Nabi Sulaiman dan Semut
Sulaiman bin
Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT
sehingga mampu memahami bahasa binatang. Dia boleh berbicara dengan burung Hud
Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat
18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan
Nabi yang sangat kaya raya ini. Firman Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi dari
Daud dan dia berkata, hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara
burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar
suatu kurnia yang nyata.
Dan dihimpunkan
untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur
dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut
berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu
agar kamu tidak dipijak oleh nabi Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka
tidak menyedari.
Maka Nabi
Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.
Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang
telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, kurniakan padaku
hingga boleh mengerjakan amal yang soleh yang Engkau redhai, dan masukkan aku
dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah
riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai
semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji
gandum,” jawabnya.
Kemudian, Nabi
Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol.
Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut.
Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau
hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman dengan nada kehairanan.
“Dahulu aku
bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal
kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah
kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun
berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku.
Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”
Nabi Sulaiman,
walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang
Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun
sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh
pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat
terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah
sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun
kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya
dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah
manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui
oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi
Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji,
namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat
manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT
semata, bukan kepada manusia.
Anwar
Suran Post - Mac 2012
nice answers, admin! terbaek
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteBgus kisah ini...
ReplyDeleteBeruntunglah orang-orang kaya yang pemurah hati dan dermawan.
ReplyDelete