Kisah Nafsu Yang Degil Pada
Perintah Allah
Dalam sebuah
kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang
ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya
Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang
bermaksud Wahai akal mengadaplah engkau. Maka akal pun mengadap kehadapan
Allah S.W.T, kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud Wahai
akal berbaliklah engkau!, lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah
S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud Wahai akal! Siapakah aku? Lalu akal pun
berkata, Engkau adalah Tuhan yang
menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.
Lalu Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang
lebih mulia daripada engkau.
Setelah itu
Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud Wahai
nafsu, mengadaplah kamu!. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud Siapakah
engkau dan siapakah Aku. Lalu nafsu berkata, Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.
Setelah itu
Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian
mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud Siapakah
engkau dan siapakah Aku. Lalu nafsu berkata, Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.
Lalu Allah S.W.T
menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud Siapakah
engkau dan siapakah Aku. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, Aku
adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.
Dalam kitab
tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T
mewajibkan kita berpuasa untuk melawan nafsu.
Dalam kisah ini
dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu
hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita,
sebab kalau nafsu yang mengawal kita, maka kita akan menjadi musnah malah sama dengan sifat binatang.
My
Cahaya Post – Julai 2012 (Ramadhan)
0 Komen:
Post a Comment