Sabtu 23/7/2011.. pada suatu petang nan indah, sedang aku menaiki motosikal bersama adikku menuju ke kedai untuk membeli pembalut buku dan majalah.. tiba-tiba aku terserempak dengan segerombolan jemaah tabligh yang lengkap berjubah dihiasi dengan vest yang segak bergaya sedang berada di kawasan taman permainan.. tiba-tiba adikku berbisik di telingaku bahawa dia terdengar seperti ada remaja-remaja yang sedang menghina tabligh tersebut.. adikku menyambung lagi bahawa remaja itu seolah-olah berhasrat seperti mahu melarikan diri daripada jemaah tabligh tersebut mungkin kerana tabligh itu dianggap sebagai pengganggu kehidupan mereka.. kata-kata adikku tadi benar-benar telah membangkitkan kembali memori hitamku ketika aku masih berusia remaja seperti mereka....
Peristiwa 1
Masih segar di ingatanku, sewaktu aku masih kecil dahulu iaitu ketika usiaku di dalam lingkungan 8 tahun, sedang aku leka berseronok bermain-main bersama dengan abangku diatas pokok ceri, tiba-tiba suasana bertukar menjadi riuh rendah.. kelihatan seperti jiran-jiranku sedang tergopoh gapah memasuki ke dalam rumahnya masing-masing lalu gedegunggg!! bunyi pintu dan tingkap ditutup rapat-rapat lalu mereka menyepikan diri di dalam rumah.. shuuu~~ hanya tinggal bunyi hembusan angin petang sahaja yang bermain di telingaku.. segala bunyi rancak riuh-rendah jiran-jiranku yang sedang berbual-bual sebentar tadi terus lenyap begitu sahaja.. Aku jadi terpinga-pinga, apa yang sedang berlaku? Dari kejauhan aku dapat melihat seperti ada 7 hingga 8 orang manusia berjubah putih bersih lengkap berserban serta berkopiah sedang menuju ke arah satu persatu rumah jiranku..
Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Assalamualaikum! Sebanyak 3 kali wakil kumpulan berjubah putih itu memberikan salam tetapi tidak dijawab oleh sang jiran seolah-olah mereka tiada di rumah.. lalu kumpulan berjubah putih bersih itu bersinggah pula ke rumah jiranku yang di sebelahnya.. namun peristiwa yang sama tetap berulang iaitu salam yang diberikan sebanyak 3 kali tetap juga tidak berjawab.. begitulah juga seterusnya.. hanya 2,3 buah rumah sahaja yang menyahut salam daripada manusia berjubah putih itu.. aku menjadi amat kehairanan, kesan daripada peristiwa itu telah menyebabkan aku menjadi kecut perut seolah-olah kumpulan jemaah berjubah putih itu adalah seorang manusia yang sangat menakutkan disamping matanya yang hitam bercelak (kelihatan garang).. maklumlah ketika itu aku masih kecil dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Akhirnya kumpulan berjubah putih itu terus berlalu sehingga lenyap dari pandangan mata maka lorong di rumahku kembali meriah seperti sediakala…
Peristiwa 2
Peristiwa kali ini pula berlaku sewaktu aku di tingkatan-5.. ketika itu seluruh keluargaku telah pun berpindah di Kuantan.. Setiap petang di Kuantan, aku banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan-rakanku seperti menunggang motosikal, berseronok sambil melihat rakan-rakanku bermain gitar, melepak sambil berbual kosong, ‘mencuci mata’, bermain games dan sebagainya.. tetapi segala aktiviti aku petang itu pasti akan musnah apabila jemaah tabligh datang menziarah. Aku serta rakan-rakanku yang lain pasti akan berlari lintang pukang lalu menyorokkan diri apabila jemaah tabligh singgah melalui lorong di kawasan rumahku.
Demi Allah swt, ketika itu aku amat terpengaruh dengan rakan-rakanku dan seringkali aku terdengar rakan-rakanku mencaci maki jemaah tabligh itu. Alhamdulillah ketika itu aku tidaklah terpengaruh sehingga tergamak untuk mengutuk hina tabligh itu, aku hanya menyembunyikan diri sahaja. Apa yang aku tahu ketika itu pengatahuan aku terlalu cetek mengenai tabligh.. Dengan kuasa Allah swt, mungkin Allah swt nak tunjuk.. tibalah pada suatu masa aku cuba memberanikan diri untuk bersua muka dengan jemaah tabligh tersebut supaya dapat membongkar segala rahsia misteri ketakutan masyarakat terhadap golongan tabligh.. aku pun mendekati jemaah tabligh tersebut..
“Assalamualaikum dik..” “Waalaikumsalam” balasku.. “sehari ada 24jam dik, abang hanya menggunakan masa hanya lebih kurang 10minit sahaja untuk berkata-kata..” lalu jemaah tabligh itu berdakwah selama 3-4 minit.. 3-minit lagi pula para jemaah tabligh itu menjemput seluruh ahli keluargaku untuk hadir ke majlis makan-makan di masjid berdekatan serta menghadiri ceramah agama di sana pada hari sabtu. Tugas aku ketika berdepan bersama para jemaah tabligh tersebut hanyalah menjadi seorang pendengar.. diulangi.. PENDENGAR! Tak susah pun. Setelah mendengar, aku kembali menyambung rutin harianku.
Ya Allah! Kenapa? Kenapa selama ini masyarakat begitu takut dengan tabligh?? Kenapa masyarakat terlalu takut dengan golongan manusia yang teramat-amat mulia ini? Jika masyarakat takut untuk mendengar ceramah tabligh yang dianggap sebagai membuang masa, tetapi kenapa masyarakat boleh pula menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk mengumpat sesama jiran sendiri! Setelah aku mengetahui segala arah tujuan dan gerakan jemaah tabligh itu, aku berasa terlalu kesal kerana mengelakkan diri daripadanya suatu ketika dahulu.. sedangkan jemaah tabligh itu sedang melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasullullah saw! Kenapa kita mencela dan melarikan diri daripadanya pula? Sedarkah kita bahawa kita tidak ubah sedikit pun seperti masyarakat Jahilliah seperti mana ketika zaman Rasullullah saw dahulu iaitu melarikan diri ketika Nabi Muhammad saw sedang menyampaikan dakwah secara terang-terangan..
Janganlah jadi seperti itu. Jika anda semua tidak mahu mendengar ceramah daripada jemaah tabligh yang datang menziarah, itu terpulang diatas diri anda sendiri mungkin tiada masalah.. yang penting janganlah di caci maki, dihina serta memandang rendah golongan tabligh tersebut.. janganlah jadi seorang yang prejudis dan stereotaip ok.. golongan tabligh tidak sesat, jangan muda percaya fitnah orang lain! Kalau tidak mahu mendengar ceramah tabligh silalah ketempat lain, tetapi janganlah menghina golongan yang teramat mulia itu. Cuba kita perhatikan semula, Britney Spears, Siti Nurhaliza, Lady Gaga, Faizal Tahir dan lain-lain amatlah pula disanjung-sanjung tinggi oleh masyarakat malah sanggup untuk menghadiri konsert mereka yang mahal sehingga berpuluh-puluh dan beratus-ratus ringgit! Tetapi golongan tabligh yang hanya mengambil masa selama 5-minit sahaja untuk berceramah pula dihina serta dilabel sebagai sesat. Adakah kita ini termasuk di dalam golongan masyarakat Jahilliah? Tepuk dada tanya iman.
Wassalam..
Anwar Suran Home 2011