Berita Alam Ghaib 14: Adam Dan
Hawa Dikeluarkan Dari Syurga (Bahagian 2)
Klik sini untuk membaca bahagian 1
Kemudian Allah
menyuruh malaikat Jibril turun ke bumi mendapatkan Adam dan Hawa untuk mengajar
mereka cara melakukan Ibadah Haji.
Maka dengan melakukan tawaf sebanyak tujuh kali, mereka boleh menyatakan taubatnya kepada Allah. Maka Allah swt akan
mengampunkan dosa-dosa mereka.
Setelah malaikat
Jibril menemui Adam, lalu malaikat Jibril memberitahu Adam bahawa Siti Hawa
sedang berada di Jeddah. Setelah
mendengar khabar dari malaikat Jibril, tanpa berlengah, lantas Adam pergi mencari
isteri yang dirinduinya itu. Setelah berbulan-bulan berjalan, barulah Adam
bertemu dengan Siti Hawa di padang Arafah. Sebabnya itulah ia dinamakan sebagai
padang Arafah, ertinya padang ‘mengenal
kembali’.
Disinilah Arafah iaitu diamana tempat Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu di dunia |
Setelah Adam menceritakan
kepada Hawa bahawa keduanya diwajibkan tawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Hajarul-Aswad,
maka untuk mendirikan tempat ibadat, Allah
telah memperintahkan para malaikat untuk mengambil batu hitam dari Syurga
supaya dijadikan "Tugu" atau "Kaabah". Dan disaat itu
dibangunkan pula sebuah tempat ibadat yang dinamakan sebagai "Baitul
Ma'mur" dengan bantuan para malaikat. Setelah selesai pembinaan masjid itu,
lalu ditengah-tengahnya diletakan "Hajarul-Aswad". Adam dan Hawa
terus Tawaf sambil mengucapkan:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا
أَنْفُسَنَا وَإِنْ
لَمْ تَغْفِرْ
لَنَا وَتَرْحَمْنَا
لَنَكُونَنَّ مِنَ
الْخَاسِرِينَ
"Ya Tuhan
kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni
kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang
yang rugi." (7:23)
Demikian
keduanya mengucapkan kata-kata itu sambil menagis, kerana dosanya takut tidak
diampuni.
Demikianlah
diceritakan di dalam riwayat. Itulah masjid pertama yang didirikan di zaman
Adam. Kemudian ketika ribut taufan melanda di zaman Nabi Nuh a.s, masjid
Baitul-Ma'mur dipindahkan pula ke langit yang ketujuh yang kini dijadikan
Qiblat untuk para malaikat beribadat disitu.
Dan ketika nabi
Muhammad s.a.w pergi ke Isra Mi'raj, beliau pernah sembahyang disitu (Baitul
Makmur) dan menjadi Imam jema'ah para malaikat.
Rekabentuk baitul makmur, tidaklah seperti mekah di zaman sekarang yang dipenuhi bangunan tinggi. |
Kembali kita membicarakan
riwayat Adam setelah beliau bertemu kembali dengan Siti Hawa. Setelah Adam dan
Hawa bertemu, lalu mereka mendirikan rumah tangga, sehingga mempunyai beberapa
orang anak. Maka dari situ, anak-anak cucu keturunan Adam terus meluas
kemana-mana sahaja sehingga menjadi pelbagai bangsa dan bersuku-suku.
Sebagaimana
Firman Allah dinyatakan didalam surah Al-Hujurat ayat 13 :
يَا أَيُّهَا
النَّاسُ إِنَّا
خَلَقْنَاكُمْ مِنْ
ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا
وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
ۚ إِنَّ
أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
"Hai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu
disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu."
Dibawah ini
penulis telah mencantumkan beberapa ayat dari surah Ar-Rum, dari ayat 22 sampai
ayat 27. Kami kira cukuplah untuk jadi bahan pengetahuan dan pemikiran pembaca:
وَمِنْ آيَاتِهِ
خَلْقُ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ
أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ
ۚ إِنَّ
فِي ذَٰلِكَ
لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
"Dan di
antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan
berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui".
Dari keturunan cucu cicit Nabi Adam A.S maka terbentuklah pelbagai suku dan bangsa |
وَمِنْ آيَاتِهِ
مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ
وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ
مِنْ فَضْلِهِ
ۚ إِنَّ
فِي ذَٰلِكَ
لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ
يَسْمَعُونَ
"Dan di
antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari
dan usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan."
وَمِنْ آيَاتِهِ
يُرِيكُمُ الْبَرْقَ
خَوْفًا وَطَمَعًا
وَيُنَزِّلُ مِنَ
السَّمَاءِ مَاءً
فَيُحْيِي بِهِ
الْأَرْضَ بَعْدَ
مَوْتِهَا ۚ
إِنَّ فِي
ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
"Dan di
antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan)
ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan
bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya."
وَمِنْ آيَاتِهِ
أَنْ تَقُومَ
السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ
بِأَمْرِهِ ۚ
ثُمَّ إِذَا
دَعَاكُمْ دَعْوَةً
مِنَ الْأَرْضِ
إِذَا أَنْتُمْ
تَخْرُجُونَ
"Dan di
antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan
iradat-Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi,
seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur)."
وَلَهُ مَنْ
فِي السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ ۖ
كُلٌّ لَهُ
قَانِتُونَ
"Dan
kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya
kepada-Nya tunduk."
وَهُوَ الَّذِي
يَبْدَأُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ
وَهُوَ أَهْوَنُ
عَلَيْهِ ۚ
وَلَهُ الْمَثَلُ
الْأَعْلَىٰ فِي
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
ۚ وَهُوَ
الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Dan Dialah
yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan
(menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah
bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan
Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
ضَرَبَ لَكُمْ
مَثَلًا مِنْ
أَنْفُسِكُمْ ۖ
هَلْ لَكُمْ
مِنْ مَا
مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ
مِنْ شُرَكَاءَ
فِي مَا
رَزَقْنَاكُمْ فَأَنْتُمْ
فِيهِ سَوَاءٌ
تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ
أَنْفُسَكُمْ ۚ
كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ
الْآيَاتِ لِقَوْمٍ
يَعْقِلُونَ
"Dia
membuat perumpamaan untuk kamu dari dirimu sendiri. Apakah ada diantara hamba-sahaya
yang dimiliki oleh tangan kananmu, sekutu bagimu dalam (memiliki) rezeki yang
telah Kami berikan kepadamu; maka kamu sama dengan mereka dalam (hak
mempergunakan) rezeki itu, kamu takut kepada mereka sebagaimana kamu takut
kepada dirimu sendiri? Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang
berakal".
Cuba perhatikan
Juga Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 28 :
كَيْفَ تَكْفُرُونَ
بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ
أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ
ۖ ثُمَّ
يُمِيتُكُمْ ثُمَّ
يُحْيِيكُمْ ثُمَّ
إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
"Mengapa
kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan
kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian
kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?"
Dengan ayat ini,
jelaslah bagi kita sekalian bahawa kita ini dahulunya benda yang mati, tidak
dapat bergerak semasih menjadi nutfah. Kemudian kita dihidupkan ketika di dalam
rahim ibu, sehingga lahir ke dunia, kemudian dimatikan lagi, yang terakhir kita
dihidupkan lagi di alam akhirat, dan kepada Allah swt-lah semuanya kita
dikembalikan.
Demikianlah para
pembaca kita telah bicarakan riwayat Adam dan Hawa serta Iblis yang membuat
hasutan jahat, sehingga ketiga-tiganya dikeluarkan dari Syurga.
Dan kini pembaca
sudah tahu bagaimana asal usul riwayat Iblis itu.
Mudah-mudahan
menjadi manfaat dan menjadi bahan pemikiran yang baik bagi kita sekalian. Wallahu
a'lam
Sekian Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 15
Anwar
Suran Post – Feb 2012
syukur alhamdulillah. tahniah anwar
ReplyDeletesyukur alhamdulillah. tahniah. mudah2an diberi kekuatan untuk berdakwah.
ReplyDeleteTerima kasih sangat2 cikgu kerana sudi singgah di blog saya. Insyaallah, jika ada kekuatan saya akan terus menulis sesuatu yang bermanfaat untuk pengunjung blog ini :)
ReplyDeletebyk post2 menarik yg bleh kita pelajari dan mengetahui segala macam perkara,.Alhamdulillah syukur kepada Allah,byk yg dapat saya pelajari dgn ilmu yg saudara kongsikan.Semoga byk lagi yg boleh dkongsikan bersama pembaca..
ReplyDeleteAlhamdulillah pkongsian ilmu yg sgt bmanfaat buat sy dan pbaca laen di entri ini..tahniah dan trus kn usaha bdakwah.. ;)
ReplyDeletemohon berkongsi entry ini di blog saya. terima kasih
ReplyDeletemaasak si aku ngak percaya engak percaya deh aku kan takut sama allah
ReplyDelete