Berita Alam Ghaib 12: Pernikahan
Nabi Adam Di Dalam Syurga
Sambungan
dari entri: Berita Alam Ghaib 11 (sila
klik jika belum membacanya lagi)
Kita sudah tahu bahawa
kejadian Adam iaitu diciptakan dari tanah yang asli. Disamping itu, kita juga
perlu ketahui bahawa ada beberapa perbezaan di antara kejadian Nabi Adam dan
juga Siti Hawa (isteri Nabi Adam A.S).
1.
Adam dijadikan tanpa ibu dan bapa
2.
Nabi Isa a.s ada ibu tetapi tanpa bapa,
3.
Adapun manusia seumumnya mempunyai ibu dan bapa, meskipun tanpa nikah!
Kesemuanya itu
adalah hikmat dan kekuasaan Tuhan.
Riwayat lain
menerangkan, setelah Adam kembali berabadi di taman Syurga, ketika itu Adam dapat
menikmati keindahan alam. Dilihatnya dua ekor burung hinggap di ranting pohon
sambil bercumbu-cumbuan.
Ketika itu
terdetik di dalam hati Adam: "Alangkah indahnya jika aku mempunyai teman
sebagaimana burung itu". Sedang Adam leka dilamun khayalan seperti itu,
tiba-tiba datang angin syurga yang bertiup sepoi-sepoi basah, segar dan nyaman,
lalu.... Adam tertidur disitu tidak sedar lagi sambil duduk bersandar disebuah
kursi.
Dikala itu Adam
bermimpi bertemu seorang wanita yang amat cantik sekali, hingga Adam jatuh
cinta kepadanya. Alah maha mengetahui
apa yang dirasakan oleh Adam. Maka ketika Adam tertidur, Allah telah menciptakan
seorang perempuan yang cantik rupa parasnya, yang serupa dilihat di dalam mimpi
Adam.
Akibat terlihat pasangan burung, akhirnya Nabi Adam berangan ingin mempunyai teman seperti burung itu |
Menurut riwayat
yang muktamad, wanita itu telah dijadikan dari tulang rusuk Adam yang disebelah kiri.
Sebagaimana
Firman di dalam Surat Ar-Rum ayat 21 :
وَمِنْ آيَاتِهِ
أَنْ خَلَقَ
لَكُمْ مِنْ
أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا
لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ
مَوَدَّةً وَرَحْمَةً
ۚ إِنَّ
فِي ذَٰلِكَ
لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ
يَتَفَكَّرُونَ
"Dan
di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir".
Demikian
keterangan ayat itu, bahawa seseorang isteri akan diciptakan dari diri lelaki
itu sendiri, yang tentunya dari diri Adam itu juga sendiri.
Baiklah kita
sambung semula mengenai Adam yang sedang tidur, mimpi dan masih belum sedar,
rupanya masih sedang asyik di dalam mimpi indahnya.
Ketika itu,
muncullah seorang gadis cantik jelita laksana bidadari datang mendekati Adam.
Kulitnya putih kuning kemerah-merahan, berwajah cantik dan raut tubuh yang
molek dan menarik dengan gaya yang sangat elok.
Memakai pakaian yang indah-indah serta
perhiasan emas intan berlian (bukannya berbogel seperti tanggapan barat). Ditatapinya wajah
Adam yang tengah tidur lena dengan perasaan ghairah, berahi dan kasih mesra di
lubuk hatinya. Dipandangnya lama-lama, ia tidak berani membangunkan, dan
akhirnya Adam terbangun sendiri. Sungguh Adam terkejut riang, melihat rupa
orang yang sedang menatap berdiri berdekatannya, malah amat serupa dengan
wanita didalam mimpinya! Apakah dia masih berada dalam mimpinya? Tidak, Adam
bukan mimpi lagi. Ini benar-benar kenyataan, sungguh taksub benar Adam
melihatnya. Matanya tidak berkedip-kedip memandang wajah gadis itu sehingga
membuat gadis itu tunduk malu-malu, dan menjadi merah pipinya, yang menambahkan
kecantikannya.
Wajah dan susuk tubuh Nabi Adam jauh lebih sempurna berbanding artis-artis lelaki pujaan wanita masa kini! |
Dengan lemah
lembut Adam bertanya: "Siapakah
engkau hai orang cantik? dan siapakah namamu? dan apakah maksud tujuanmu?"
"Aku, adalah seorang perempuan, tujuanku
untuk menemani engkau, namaku? terserah kepada engkau yang memberi nama padaku".
Begitulah jawab
gadis ini dengan suara manis, manja sehingga kelihatan giginya yang putih bak
bayangan gelas, lalu dibalas senyumnya oleh Adam sambil berkata: “Terima kasih, kalau begitu aku namakan
engkau Hawa".
Keduanya beradu
pandang, mata bertemu mata, kemudian timbullah antara keduanya rasa cinta dan
kasih sayang di dalam hati masing-masing.
Seketika itu Adam
menjadi teramat berahi, rupanya Adam tak tahan lagi, tiba-tiba tangannya akan
merangkul Hawa serta akan menciumnya.
Kemudian
terdengar Firman Allah SWT:
Janganlah engkau menyentuh dia, sebelum engkau aku nikahkan dengan dia!
Kemudian Allah
menitahkan malaikat supaya berkumpul, akan merasmikan pernikahan Adam
dengan Hawa. Maka disaat itulah diadakan upacara pernikahan Adam dan Hawa. Dinikahkan
oleh Allah swt dengan ijab qabul serta maskawin, emas dan perak yang diambil
dari syurga dan disaksikan oleh malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izra'il
dan malaikat Almuqarrabun serta disaksikan juga oleh para malaikat lainnya.
Sememangnya sudah menjadi lumrah seorang wanita mahukan emas malah semenjak dari syurga lagi |
Alangkah
beruntungnya kedua pengantin, tinggal ditempat yang baru dan semuanya serba
baru, makan dan minum serba nikmat, serta kesihatan yang terjamin.
Demikianlah
kisahnya Adam menikah di dalam Syurga.
Sekian
Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 13
Anwar
Suran Home – Feb 2012
hurmmm...artis lelaki pujaan wanita=FAHRIN AHMAD? rasanya sekarang dah tukar kot... AARON AZIZ..hehehe....
ReplyDeletehaha..ombak taubat lagi best..hehe
ReplyDeleteOmbak taubat tu bukan lagu orang edit ke? :)
ReplyDeleteha'ah.. penah dgr?
ReplyDeletePernah, best... edit lagu macam tu la baru kena dengan kita :)
ReplyDeletesaya rasa nak suggest kat pengarah2 malaysia ni supaya buat filem "ombak taubat" plak..hehe..mesti rating lebih dari "ombak rindu".. huhu
ReplyDeletesuka baca entri ni byk2 kali..sebab ada pic fahrin ahmad.. *wink
ReplyDeleteAdam dan Hawa sudah menikah. Ini kontra dengan cerita Adam dikeluarkan dari surga karena merasakan buah kuldi.
ReplyDeleteCerita ini kontra dengan cerita Nabi Adam dikeluarkan dari Surga. Sudah menikah tapi ndak boleh bersetubuh ??? Aneh sekali ??, dan tidak dijelaskan berapa harikah setelah menikah Adam dan Hawa mendekati pohon Kuldi ?
ReplyDeleteAneh sekali dan terlihat kontra antara cerita nikah dengan Nabi Adam dikeluarkan dari Surga. Apakah merasakan pohon kuldi itu adalah sebuah pendapat ?????, Sudah menikah tapi tidak boleh berdekatan ???. Mohon tanggapan.
ReplyDelete@Matahari Surya
ReplyDeletecerita ni kisah bagaimana adam & hawa bernikah...yakni senelum mereka makan buah khuldi dan di turunkan ke bumi.apa kontra nya?
@OT girls Terima kasih kepada OT girls kerana sudi menjawab pertanyaan2 komentar2, Alhamdulillah. Riwayat ini hanya mengisahkan penciptaan serta pernikahan Nabi Adam dan Hawa di dalam syurga. Mengenai Adam dan hawa termakan buah khuldi itu anda boleh bacanya disini. Tiada apa yang kontra dengan kisah-kisah dari sumber rujukan lain. Harap maklum, terima kasih.
ReplyDeletesaya suka la baca entry ni. lebih kurang mcm penceritaan dia perfect. menarek. ramai org tak tahu sangat sekarang kisah2 yg bg sy detail mcm ni. tp maybe pernah tahu n lupa apabila meningkat usia. sy kdg2 suka ikot ceramah2 berunsur keagamaan, katanya ust tu, ilmu dunia mmg kita kena cari, itu mcm makanan otak kita jgk n jgk yg kita kena cr makanan rohani.makanan rohani ni kita akan dapt melalui pembacaan, tzkirah n jgk ceramah2 keagamaan yg terkesan dihati kita. lps tu, kena jgk kita praktiskan kalu xpraktis lebih kurang mcm tak terkesan di hati kita.
ReplyDeleteBermula..,
ReplyDelete"Tiada Bapak Tiada Ibu", itulah kejadian Nabi Adam AS.
"Ada Bapak" Tiada Ibu, itulah kejadiannya Siti Hawa..
Tiada Bapak "Ada Ibu", itulah kejadiannya Nabi Isa AS...
"Ada Bapak Ada Ibu", itulah kejadian Manusia Bani Adam....
Allahu'alam.....
Menarik..cuma dr mana sumbernya
ReplyDelete