10 Amalan Terbalik Masyarakat
Melayu
Marilah kita
bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.
Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan
dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar
atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
1.
Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan
oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga,
ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh
Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir
makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim
yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan
oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin)
orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak
ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.
Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk
diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika
menghadiri majlis pemimpin negara
kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah
maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri
jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa
segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa
yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin,
tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak
dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan
rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu
termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa
dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan
di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan
membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat
kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa
amat bimbang kalau-kalau anak mereka
gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula
bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir
tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus
periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira
siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi
kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan,
tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia
begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah
samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di
rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk
suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini
membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Sekian
Terima Kasih
Anwar
Suran Home – Feb 2012
entri yang sgt bagus.. keep up your good work!
ReplyDeleteDah lama saya tinggal dunia blog, 2002 kot. Sumpah blog kamu ni bermanfaat... silent reader pun banyak, carta alexa pun kamu dapat top 2000... hanya tak sampai 30 entri kamu dah dapat top 2000 bagi blog di Malaysia. Kalah blogger lain yang tulis lebih dari 500 entri tapi tak dapat sambutan dari silent reader. Ayuh, dayung cepat-cepat, hidup Islam!
ReplyDeleteLIKE comment @khairi manan
ReplyDelete@beE_ChaN Thanks 4 your supporter beE_ChaN, insyaallah saya akan improve lagi kualiti blog ni, kamu pun buat la blog jugak k :)
ReplyDelete@Khairi Manan Betul ke Khairi? Top 2000? Saya pun tak perasan, pakai update je hehe. Silent reader tu saya perasan la (banyak dari Malaysia, Indonesia dan Brunei) tapi alexa saya tak tengok la pulak. Pape pun saya hargai sangat sokongan dari kamu. Thanks a lot ya :)
saya tak reti nak karang ayat..huhu..xpelah just jadi follower kamu je cukuplah..insyaAllah...
ReplyDelete@beE_ChaN Thanks sudi jadi follower :)
ReplyDeleteNo prob.. :)
ReplyDeleteyang no.10 tu byk dah sy nmpk skarang..nauzubillah... harap2 saya takkan jadi macam tu lepas dah berumahtangga...insyaAllah
ReplyDelete@beE_ChaN Kecantikan itu depend atas mata suami.. kalau suami kata pakai baju kelawar itu cantik so pakai jer la, kalau suami kata pakai baju ketat itu cantik so teruskan jer la asalkan dalam rumah jer. Kecantikan itu bukanlah yang terpampang dalam cover depan majalah yer... tetapi apa yang suami inginkan. Itu sahaja. Simple bukan? :)
ReplyDeleteyup..Islam itu mudah.. off topic jap ye.. sy ada add encik admin dalam fb. tapi tak approve lagi.. famous sgt kot tuan tanah ni? hehe
ReplyDeleteyang last tu saya amat-amat sokong.. hehehe..
ReplyDeleteOrang lain tengok Iklan pun dapat duit
@beE_ChaN Eh? Add profile yang mana ya? Cuba add balik kat profile fb saya kat widget sebelah atas kanan tu semula. Ins'lah saya approve =)
ReplyDelete@SiLabiLabi Betul... hehe :)
tuan tanah ada byk fb acc ke? sy add yg anwar suran punya profile..
ReplyDelete@beE_ChaN Okay, nanti add balik kat akaun nie ya: https://www.facebook.com/people/Anwar-Suran-Post/100000190813053
ReplyDeleteThanks :)
okay...saya dah add..plz accept ya..tq
ReplyDeleteaslm,terima kasih, Anwar Suran saya dpt banyak manfaat dan pelajaran drp menbaca blog nie..
ReplyDelete