Tuesday, 24 January 2012

Kehebatan Si Comel Berbulu Oren

Untuk pengatahuan semua, sebenarnya bukan si kucing oren kat atas ini yang hebat, sebaliknya adalah kucing oren yang kat bawah ini kerana kucing ini berjaya menggantikan watak-watak yang penting di dalam lukisan lagenda yang popular! Lihatlah sendiri ya... jangan tergelak pulak lepas tengok hehe.. comel giler!






Comel tak? dah la gemuk, manja tergedik-gedik pulak tuh haha... Untuk pengatahuan semua, sebenarnya kucing ini merupakan salah satu haiwan kegemaran Nabi Muhammad SAW. Terdapat banyak hadis mengenai kucing. Apa-apa pun kita baca dahulu kisah dibawah ini ok...

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. Begitulah kasih sayang Nabi Muhammad terhadap kucing yang merupakan binatang kesayangannya.

Tidak hanya nabi, isteri Nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan.

Kesimpulannya, sesiapa sahaja yang memelihara kucing maka ia telah pun mengikuti salah satu sunnah Rasulullah SAW samada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Janganlah menganiaya kucing yer. Berdosa besar hukumnya.

p/s: Kucing ni ada yang jenis suka 'pancut' dan berak merata-rata, jadi kalau nak pelihara kucing, belilah buku panduan penjagaan kucing ok.. ataupun tanya sahaja mereka yang pakar mendidik kucing... yang penting elakkan sifat malu-malu kucing dan alim-alim kucing haha...


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Home - Jan 2012

Share:

2 comments:

  1. hahaha.. apekah lah kucing2 tuh... =)


    yup, suke kucing, tapi mak tak bagi bela... mak alergik.. ^^

    ReplyDelete
  2. @yad'z Nak buat camner kan.. bela jer la kucing cyber pet huhu :)

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda