Pernah tak anda
semua dizalimi? Contohnya seperti barang berharga anda dicuri, anda difitnah,
diperbodohkan, dipukul, dan sebagainya... pernah tak? Bagi sesiapa yang tak
pernah, bersyukurlah tetapi bagi sesiapa yang pernah, tentu amat perit sekali
mengalaminya betul tak? Rasa macam nak jumpa jer orang itu dan kasi
tenyeh-tenyeh kepala tu sampai lebam! (tapi jangan buat betul-betul pulak ok)..
Yang menjadi
persoalannya, apabila kita mengadu kepada seseorang seperti sahabat kita
mengenai masalah kita contohnya seperti laptop kita dicuri dan sebagainya,
selalunya sahabat kita akan menjawab, 'redha aje la', 'takde rezeki la tuh',
'alah.. duit boleh dicari', 'maafkanlah dia okey' dan pelbagai lagi jawapan
yang tidak berpihak kepada kita. Jawapan seperti itu menunjukkan seolah-olah
kita pula yang bersalah, orang yang zalim itu pula yang betul.. salahkah kita
untuk menuntut hak kita?
Begitu juga
apabila penulis membahaskan tentang harta intelek, orang akan balas ilmu itukan
hak Allah, jangan kedekut ilmu, menulis kerana Allah kena ikhlas. Persoalannya,
Islam itukan adil. Apakah seseorang itu tidak ikhlas apabila dia menuntut
sesuatu yang menjadi haknya?
Cuba renungkan
ayat Allah ini:
"Dan Kami tetapkan atas mereka di dalamnya (Taurat) bahwa jiwa dibalas dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka pun ada Qisasnya. Barangsiapa yang melepaskan hak Qisas, maka melepaskan hak itu jadi penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim."
[Al Maa-idah:45]
Bagaimana Allah
nyatakan yang HAK dahulu barulah kemudian Allah jelaskan apa pula kelebihan
bagi mereka yang melepaskan haknya itu. Ini baru adil, sebab kita diberi
pilihan.
Oleh itu sebelum
kita suruh orang itu ikhlas dengan pemberian, kehilangan, kecurian, hak diambil
dan sebagainya maka nyatakanlah dulu haknya agar hatinya terasa AMAN dan
TENANG. Usah terus terjah sahaja. Berpihaklah padanya dahulu.
p/s: Segala pendapat penulis ini diadaptasi daripada pendapat pakar motivasi yang popular iaitu Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad.
Sekian Terima Kasih
Anwar Suran Home - Jan 2012
yer..islam itu adil..Islam itu sangat halus...
ReplyDelete