Berita Alam Ghaib 3: Usia Dunia Menurut Perspektif Islam
Sambungan dari entri: Sejak Bila Bakat Ditentukan Illahi? (sila klik jika belum membacanya)
Diceritakan ketika Nabi Musa a.s bermunajat kepada Tuhan Rabbul-'Alamin di bukit Thursina, maka pada saat itu berkesempatan Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah dengan mengajukan beberapa pertanyaan.
Jawab Allah:
Pertama-tama aku menciptakan adalah Nur-Muhammad, kemudian aku jadikan
Durratul-Baidhoo' dari Nur-Muhammad, dari Durratul-Baidhoo' aku jadikan 70000
negeri di cakerawala (jika kita pakai istilah sekarang ialah 70000 planet di
cakerawala ). Maka satu planet itu luasnya tujuh puluh kali bumi. Tiap-tiap planet
itu dijadikan penghuninya 70000 orang bukan bangsa jin, dan bukan bangsa manusia,
dan juga bukan bangsa malaikat. Kesemuanya dijadikan dengan kalimat "Kun
Fayakuun". Mereka beribadat kepada-Ku sampai 70000 tahun. Kemudian setelah
itu, mereka jadi derhaka kepada-Ku, lalu Aku binasakan mereka itu semuanya.
Kemudian sesudah
itu aku jadikan lagi 80000 buah negeri (planet) yang besarnya cuma sepuluh kali
dari bumi dunia, semua berada di cakerawala yang bertingkat-tingkat. Di planet
itu Aku ciptakan sebangsa unggas (burung) yang memakan tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian sahaja. Lama kelamaan unggas-unggas itu pun musnah. Kemudian baru
aku jadikan 20000 makhluk sebangsa manusia dari cahaya secara beransur-ansur
lalu musnah jua.
Kemudian setelah
berselang 70000 tahun sesudah itu, baru Aku jadikan Qalam, Lauhil-Mahfuzh,
'Arsy, kursi dan Malaikat. Maka setelah kira-kira 70000 tahun lagi barulah Aku
jadikan Syurga dan Neraka, kemudian setelah itu baru aku jadikan makhluk
manusia yang namanya Adam, tetapi bukan bapakmu Adam yang sekarang ini, Hai
Musa.
Aku jadikan dia
dari awal Adam sampai keturunannya yang terakhir 10000 tahun lamanya.
Setelah itu Aku
jadikan pula Adam yang lain dengan keturunannya terakhir dalam masa 10000
tahun.
Demikian
seterusnya Aku jadikan tiap-tiap Adam dan keturunannya dalam masa 10000 tahun
ganti berganti, sehingga mencapai 10000
orang Adam. Maka Adam yang sekarang inilah yang kesepuluh ribu kalinya. Demikianlah
keterangan yang penulis dapat, dari kitab "Permulaan dijadikan langit dan
bumi" oleh Al-'Allamah Syaikh Nuruddin Ali.
Para pembaca
yang budiman. Jika kita renungkan keterangan di atas itu, jelaslah bagi kita,
bahawa umur dunia ini, sudah lama benar, atau sudah tua betul. Cuba bayangkan
sahaja, setiap Adam Tuhan ciptakan sampai anak keturunannya yang terakhir,
adalah memakan waktu sampai 10000 tahun. Maka berapakah Jumlahnya 10000 x 10000
tahun? 10000 x 10000 = 100000000 tahun (seratus juta tahun). Jadi jelasnya bumi kita telah dihuni oleh
manusia yang pertama Tuhan ciptakan, sehingga Adam yang terakhir di zaman kita
ini adalah lama masanya memakan waktu seratus juta tahun.
Kalau baru-baru
ini ahli purbakala telah menemui tengkorak manusia di tanah mana-mana kawasan
arkeologi yang sudah berumur 300000
tahun, itu belum seberapa jika di bandingkan dengan keterangan dan pendapat
'ulama islam Syaikh Nuruddin Ali, bahawa bumi kita ini telah dihuni manusia
sudah seratus juta tahun lamanya.
Untuk memperkuat
keterangan akan sudah tua umurnya dunia, pernah diceritakan oleh junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w. tentang pengalaman dan penglihatannya dalam perjalanannya
ke Isra' dan Mi'raj, iaitu baginda telah melihat ada seorang wanita
memanggil-manggil dan merayu namanya. Wanita itu nampak sudah terlalu tua,
namun masih cantik rupanya, memakai pakaian yang indah serta perhiasan yang
gemerlapan, emas intan berlian.
![]() |
Tengkorak Purba |
Lalu Nabi
bertanya kepada Jibril, Siapakah gerangan wanita itu?
Jawab Jibril :
"Itulah Dunia!"
Kini, kita sama-sama dapat membuktikan dengan mata bahawa apa yang dilihat oleh Nabi itu, adalah betul-betul
dunia, semakin tua bertambah cantik.
Yang dimaksud
dengan dunia adalah negeri, atau bumi dimana tempat manusia tinggal. Cubalah
kita perhatikan bandar-bandar di Malaysia, yang semakin hari pembangunannya
semakin hebat dengan gedung-gedungnya yang menjulang tinggi, lebuh rayanya yang lebar
dan luas, dengan lampu-lampu LEDnya yang berwarna warni dikala malam. Bukan di
Malaysia sahaja, bahkan seluruh dunia sedang membangun.
Apakah artinya
BANGUN dalam bahasa arabnya? bahasa arabnya adalah "Qiyaamah". Jadi
jelas dunia sekarang sudah mulai mahu kiamat dimana-mana! Sudah dihias, atau
sedang dihiasi dunia ini oleh manusia. Tinggal menunggu detik-detik sampai
saatnya masa terakhir bagi dunia ini. Menandakan zaman akhir bahawa ciri dan
alamatnya, adalah Allah tidak akan mengutus seorang Nabi sesudah Nabi Muhammad
s.a.w. Kerana peribadi baginda sudah menjadi predikat Nabi Akhir Zaman.
Cubalah pembaca
renungkan !
Bersambung di
entri: Asalnya Hari Yang Tujuh
Anwar Suran Home
– Jan 2012
salam admin.. sy telah re-blog entri ini.. entri ini amat baik untuk umat islam yang lain.. sila lawat blog sy.. entri itu berada disini http://dakwahspot.blogspot.com/2012/02/usia-dunia-menurut-perspektif-islam.html
ReplyDelete@Dakwah Spot Dipersilakan... ambil jelah mana-mana entri yang kamu suka ya... yang penting re-upload semula gambar-gambar dalam blog ni (kalau saudara mahu copy gambarlah...) pendek kata, jangan berkongsi URL gambar kerana dikhuatiri blog ini akan menjadi lembab untuk dibuka... Terima Kasih :)
ReplyDeleteMasya Allah....baru sy tau.... thanks...
ReplyDeleteAssalamualaikum.. saya nak minta izin copy entry ini.tanpa sebarang ubah suai.risau akan banyak berubah,jadi mohon izin admin nak copy.insyaAllah saya akan kreditkan ke admin blog ini. lagu satu,mohon admin berikan sumber rujukan kisah ini.sebab saya takut2 berani nak ceritakan kisah ini.sebab baru pertama kali tahu kisah ini.mohon admin sertakan rujukan kitab2 dan pengarang.terima kasih
ReplyDeleteIslam
ReplyDelete