Tanda-Tanda Hidup Kita Tidak
Diberkati Allah SWT
Assalamualaikum,
Harap pembaca semua sihat dan ceria hendaknya. Baru-baru ini penulis ada terbaca artikel di
dalam facebook mengenai tanda-tanda
hidup kita tidak diberkati Allah swt dan penulis rasa eloklah penulis
berkongsi artikel tersebut terhadap pembaca semua kerana ia sangat penting untuk
renungan kita bersama. Jom kita sama-sama muhasabah diri!
*******************
Banyak
sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan
namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita
ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah
Tanda-tanda
hidup kita tak berkat ialah:
1.
Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit
pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak
dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah
pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak
bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2.
Buat kerja, tak siap.
Projek ada
macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat,
macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya
tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang
dirancangkan.
3.
Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku
banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang
langgang.
4.
Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk,
tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main
fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka
melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak
boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak
amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda
salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama
muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang
tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah
malang dan ruginya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana
kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti.
Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah
ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah
dan mengingati diri sendiri juga.
Sumber: Klik disini
******************
P/S: Baiklah, mungkin pembaca
tertanya-tanya kenapa kehidupan sesetengah manusia tidak diberkati Allah swt?
Satu sahaja jawapannya iaitu kita tidak pernah berniat melakukan sesuatu perkara kerana Allah swt. Ingatlah, setiap apa yang kita kerjakan wajiblah berniat kerana Allah swt tidak kiralah perkara
apa sekalipun samada ada menyiapkan kerja sekolah, menolong rakan, pergi ke
kedai, berkahwin, belajar, bersukan, dan apa-apa sahaja. Jika kita mengamalkan
niat kerana Allah swt setiap kali melakukan sesuatu, insyaallah Allah akan
permudahkan setiap urusan kita dan membuatkan hati kita sentiasa bahagia.
Sekian
Terima Kasih
Anwar
Suran Post – Mei 2012