Selidiki Personaliti Anda Melalui Tulisan
Cuba para pembaca sekalian perhatikan bentuk tulisan pembaca, setelah itu sila selidik personaliti pembaca melalui guideline (panduan) dibawah. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. Penulis dah pun cuba dan keputusannya amat tepat sekali.
Dato' Haji Fadzilah Kamsah |
Pertama:
Tekanan
i.
Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan
kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)
ii.
Tekanan yang ringan
Seseorang
yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)
Kedua:
Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua
huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih
penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak
kreatif)
ii.
Tulisan yang tajam-tajam atau
leper-leper
Tulisan
yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn
sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak
logikal)
Ketiga:
Kecondongan
i.
Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita,
berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin,
mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan
rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga,
organisasi dan negara tetapi tak suka
campur
orang
iii. Tegak
Systematik, mudah kawal diri,
suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka
gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv.
Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja
yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat:
Kerapatan
i.
Jarang-jarang
Tak
suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii.
Rapat-rapat
Suka
campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima:
Pada huruf J, G, Y, Z
i.
Ada ekor
a)
Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu
jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan
tahap kerajinan
b)
Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi,
kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak
dalam diri
Keenam:
Pada palang huruf kecil T (t)
i.
Tinggi
Tahap
aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah
berpuas hati, cita-cita rendah
iii.
Tengah-tengah
Usaha
dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan:
Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.
Sekian Terima Kasih
Anwar Suran Home - Feb 2012
Info yang menarik.
ReplyDeleteBagus untuk perkongsian bersama :)
@www.terbaik.my Terima kasih banyak-banyak ya :)
ReplyDeleteTerima kasih byk2, izinkan saya share maklumat2 yang berguna yg ada d paparan ye, terima kasih sekali lagi...assalamualaikum
ReplyDelete