Berita Alam Ghaib 21: Perhatian
Siti Aisyah Terhadap Rasulullah SAW
Sambungan dari
entri: Berita Alam Ghaib 20 (sila klik jika belum membacanya lagi)
Riwayat dari Siti
Aisyah, ketika beliau sedang duduk-duduk dirumah, datanglah Nabi serta mengucap salam
serta dibalas salamnya oleh Siti Aisyah sambil mahu bangun berdiri untuk
menyambut Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana biasanya beliau menyambut kedatangan
Nabi sebagai suaminya.
"Tak usah" kata Nabi. "Duduklah di tempatmu
semula, kerana ada yang akan aku sampaikan kepadamu, hai Ummul-mukminin" (ibu terhadap
orang-orang mukmin).
Siti Aisyah
tidak jadi berdiri, beliau terus duduk disitu iaitu dilantai, lalu Nabi
meletakan kepalanya ke pangkuan Siti Aisyah, terus beliau tertidur dipangkuannya,
rupanya Nabi sangat letih pada hari itu. Begitulah sayangnya Nabi pada istrinya,
dan demikian sayangnya Siti Aisyah kepada suaminya. Siti Aisyah pada ketika itu
kira-kira berada dalam lingkungan umur 20 tahun lebih sedangkan Nabi sudah
berumur 56 Tahun.
Kemudian setelah
itu, Siti Aisyah merenung dalam-dalam wajah suaminya yang sedang tertidur lena
dipangkuannya. Siti Aisyah membelai janggut Nabi, yang mana ternampaklah beberapa
helai janggut Nabi yang sudah memutih. Jika tidak salah, sudah ada sembilan lembar
yang telah memutih. Maka ketika itu terfikirlah didalam hati Siti Aisyah :
"Aduhai!
Rupanya tidak lama lagi beliau akan pulang meninggalkan aku (wafat)... bagaimana
kelak nanti jadinya, suatu umat tanpa Nabi? Dan bagaimanakah kelak hidupku
tanpa suami?”
Seketika itu
berlinanganlah air mata Siti Aisyah di pipinya, lalu jatuh berderai-derai
membasahi muka Nabi.
Kerana hangatnya
air mata Siti Aisyah, lantas Nabi Muhammad terjaga dan berkata dengan lemah
lembut: "Wahai Ummul-mu'minin,
mengapa engkau menangis, apakah gerangan yang menyebabkan engkau jadi bersedih
hati?"
Kemudian Siti Aisyah
menjawab dengan linangan air mata:
"Terbayanglah padaku pada masa yang akan datang. Bagaimanakah bila engkau
esok lusa sudah menutup mata? Dan bagaimana kelak keadaan umatmu ketika itu?
Dan bagaimanakah halku nanti hidup tanpa suami yang tempat aku mencurahkan rasa
cinta? Kepada siapakah aku mengadukan nasibku, suami tak ada ayahpun tak
punya?"
Kemudian Nabi
balik bertanya: "Apakah lagi yang
engkau takutkan selain dari itu?"
Jawab Siti Aisyah: "Entahlah terserahlah engkau saja
ya rasul yang dapat menerangkannya"
Kata Nabi: Sebenarnya yang lebih berasa sedih adalah si mati itu sendiri, iaitu ketika
jenazah dibawa keluar dari rumahnya, dia harus berpisah dari anak isterinya,
berpisah dari kaum kerabatnya. Yang lebih terasa lagi bila ia sudah berada di
dalam kubur. Berasa benar-benar dirinya sudah terasing, terasalah padanya
benar-benar badannya sudah mati. Matilah jasadnya sedangkan si-Roh sudahpun
berada di luar badan yang tidak mungkin dia akan masuk lagi pada jasadnya itu.
Ketika itu, barulah dia tersedar bahawa dia telah berada di alam yang lain dari
yang lain, di suatu alam yang tersembunyi oleh pandangan mata manusia. Alam itu
ialah Alam Barzakh ataupun alam
kubur, ertinya alam yang tertutup dari pandangan mata"….
Sekian Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 22
Anwar
Suran Post – Mac 2012
0 Komen:
Post a Comment