Berita Alam Ghaib 19: 7 Godaan
Iblis Ketika Sakaratul Maut
Dipetik
dari buku: Rasulullah saw Bertanya, Iblis Menjawab…
Syaitan dan
Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia
dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang
paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis
mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan
rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud:
“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu
maut.”
Ketika seseorang itu sedang bertarung dengan sakaratulmaut, maka akan datanglah rombongan Iblis iaitu....
Ketika seseorang itu sedang bertarung dengan sakaratulmaut, maka akan datanglah rombongan Iblis iaitu....
Rombongan
1
Akan datang
Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas,
perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka
disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak
dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan
Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati
yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke
nerakalah tempatnya.
Rombongan
2
Akan datang
Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa
binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa.
Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada
binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu
juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai
mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai
Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan
3
Akan datang
Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan
merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak
mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai
dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka
dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung,
maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak
mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah
meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan
lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah
tempatnya.
Rombongan
4
Akan datang
Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan
mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam
sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada
musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia
sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan
5
Akan datang
Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi
ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam
sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun
menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si
ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai
anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan
berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami
sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam
syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi,
ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir,
kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan
6
Akan datanglah
Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab,
lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau,
berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu
kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu
diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu
datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan
berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam
keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang
dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku
ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam
ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu
lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat
Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam
sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya
sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang
dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul
maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada
ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya
mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai
akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang
berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat
satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Rombongan
7
Rombongan Iblis
yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah
kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi
kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah)
72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau
dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam
waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang
yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan
dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah
hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang
yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”
Bagaimanakah cara untuk kita mengelakkan diri daripada godaan Iblis yang dahsyat ketika sakaratulmaut? Dipersilakan membaca entri Berita Alam Ghaib seterusnya...
Sekian Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 20
Anwar
Suran Post – Mac 2012
mohon copy:)
ReplyDeleteMinta izin sebarin ke yang lain kak !!
ReplyDeleteSalam Silaturrahmi ..
ya allah,lindungilah aku dan orang islam semuanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. saya berminat untuk copy dan menyampaikan ilmu yg anda tulis ini. insyaallah.
ReplyDeleteya Allah , lindungilah aku dan orang islam semuanya..
ReplyDeleteMoga Kita ditempatkn di syurga Allah swt... Laailla haillallah..
ReplyDeleteCool blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
ReplyDeleteA design like yours with a few simple tweeks would really
make my blog jump out. Please let me know where you got your design.
Bless you
Visit my blog post - diablo 3 gold farming
blog nya baguus, banyak ilmu bermanfaat , izin share
ReplyDeleteizin share kak :)
ReplyDelete