Berita Alam Ghaib 16: Rupa Wajah
Malaikat Ketika Mencabut Nyawa
Sambungan
dari entri: Berita Alam Ghaib 15 (sila klik jika
belum baca)
Diriwayatkan di
dalam hadits, ketika seorang akan mati maka akan datanglah malaikatul-maut
kepadanya dengan bermacam-macam rupa. Ada yang datang dengan rupa yang
menyenangkan dan ada pula dengan rupa yang menakutkan.
Jika ia datang
kepada orang mukmin dan soleh yang sedang nazak, maka ia akan datang dalam
keadaan rupa manusia yang amat bagus dan menyenangkan dengan memakai pakaian yang
segak serta harum baunya. Dimulakan pula dengan ucapan "salam" serta
dengan budi bahasa yang sopan kemudian barulah dicabut nyawa orang itu, tidaklah
pula dengan kekerasan. Kalau sekiranya bukan kepada orang yang soleh, maka datanglah
malaikat maut itu dengan rupa yang ngeri dan menakutkan. Dengan keadaan rupa
yang amat seram dan mengerikan, lalu malaikat itu datang kepada si nazak dan
terus merentap nyawanya secara paksa, ganas dan laju sehingga si mati berasa
terlalu sakit dan merana!
Kita dapat melihat amal seseorang itu melalui mimik wajahnya ketika sedang nazak (wallahualam) |
Hal ini dapat
disaksikan sendiri oleh kita iaitu apabila kita melihat seseorang yang sedang nazak
atau sakaratul-maut. Ada orang yang ketika dalam sakaratulmaut, air mukanya
nampak seperti sangat gelisah, ngeri dan kecut perut apabila kita melihat wajahnya.
Ada juga yang kelakuannya seperti ayam yang sedang disembelih, waktu menghembuskan
nafas yang terakhir, mulutnya ternganga luas dan biji matanya terbeliak, amat
menakutkan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Ini menandakan bahawa orang itu
mati di dalam keadaan yang amat menyakitkan. Dan inilah tandanya orang itu
banyak membuat dosa ketika hidupnya.
Lain pula halnya
dengan orang mukmin yang sedang nazak, walaupun sakitnya terlalu berat tetapi dirinya
kelihatan sentiasa tenang dan tenteram. Terbayang ketenangan hati pada
wajahnya. Tidak nampak diwajahnya keadaan takut atau ngeri. Kelihatan air
mukanya sentiasa manis dan berseri-seri, senyumannya terlukis di bibirnya,
walaupun matanya sudah cengkung serta muka yang pucat akibat sakitnya yang terlalu
parah. Nenek penulis sendiri pun meninggal didalam keadaan seperti ini.
Alhamdulillah.
Tanda seseorang yang beramal soleh adalah ketika meninggal dunia, wajah mereka kelihatan amat tenang dan manis |
Tatkala si nazak
itu menarik nafas penghabisan ia kelihatan sangat tenang dan tenteram, tidak
gelisah sama sekali. Inilah tanda bahawa orang itu ketika sekarat, dia merasa
bahagia serta senang hatinya meninggalkan dunia ini. Tidak perlulah kita
meratap pemergiannya secara berlebih-lebihan.
Kata Imam Ghazali
di dalam kitabnya "Ihya' Ulumuddin", riwayat dari Ibnu Abbas:
Katanya, Nabi Ibrahim a.s. adalah orang yang sangat teliti. Beliau mempunyai
ruangan khusus untuk dijadikan tempat beribadat terhadap Allah swt, dan apabila
beliau ingin keluar dari rumah, selalunya pintu akan dikunci dan anak kuncinya
dipegang sendiri oleh beliau. Pada suatu hari, beliau membuka pintu kamarnya,
beliau amat terperanjat sekali kerana di dalam kamarnya ada seorang lelaki yang
kelihatannya mencurigakan.
Tanya Nabi
Ibrahim : "Siapakah yang mengizinkan engkau masuk ke kamar aku ini?"
"Yang
menyuruhnya adalah pemilik rumah ini", Jawab orang itu.
Kata Nabi
Ibrahim : "Akulah pemilik rumah ini"
Kata orang itu :
"Yang memiliki alam semesta"
Mendengar jawapan
sedemikian, Nabi Ibrahim menjadi agak terkejut, dan sambung bertanya lagi:
"Kalau
begitu, siapakah engkau?"
"Aku adalah
malaikatul-Maut"
Nabi Ibrahim bertambah
terkejut lagi, tapi beliau tidak menunjukan kekejutannya itu, dan lalu bertanya
lagi : "Dapatkah engau tunjuki rupamu bagaimana ketika engkau akan
mencabut nyawa orang mukmin?"
"Tentu saja
boleh", kata malaikatul-maut.. "Cubalah alih pandanganmu kesana........."
Nabi Ibrahim
melihat kearah lain. Kemudian ketika itu, dilihatnya malaikat itu telah
berganti rupa. Seorang pemuda lelaki yang tampan bagus wajahnya, serta
berpakaian segak pula dan harum.
Kata Nabi
Ibrahim: "Kalau begini keadaanmu, datang kepada orang mukmin, ia sungguh
menyenangkan".
Sekian
Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 17
Anwar
Suran Post – Mac 2012
Subhanallah... Semoga kita antara yg tergolong dalam golongan mukmin...amin
ReplyDelete