Berita Alam Ghaib 20: Golongan
Yang Tidak Mampu Mengucap Syahadat Ketika Nazak
Sambungan dari
entri: Berita Alam Ghaib 19 (sila klik jika belum membacanya lagi)
Pembaca
yang budiman…
Adakah pembaca
semua telah membaca entri mengenai: 7 Godaan Iblis Ketika Sakaratul Maut? Oleh sebab itu, ketika kita menghadapi
orang yang hampir sakaratul-maut, cubalah ucapkan berulang-ulang kali ditelinganya
akan kalimat " لَا إِلَٰهَ
إِلَّااللَّهُ " ," لَا إِلَٰهَ إِلَّااللَّهُ
" perlahan-lahan, agar si nazak dapat menuruti ucapan itu.
Seperti
sabda Nabi Muhammad s.a.w :
لقِّنُوامَوتَاكُمْ بِكَلِمَةَ
لَا إِلَٰهَ
إِلَّااللَّهُ
"Ajarilah
orang yang akan mati diantara kamu dengan ucapan : Laa ilaaha illallaah"
Menurut
pandangan alim Ulama, sesungguhnya hal ini bergantung kepada peribadi orang
yang sedang nazak itu sendiri ketika ia masih hidup. Meskipun diajar kalimat
tauhid berulang-ulang kali, tetapi jika orang itu bukan ahli ibadat, sukarlah
atasnya untuk mengucapkan kalimat "Laa ilaaha illallaah" itu.
Dapatkah orang
yang hampir mati itu mengucapkan kalimatullah, jika selama hidupnya selalu
membuta tuli terhadap ibadatnya?
Dapatkah orang
yang hampir mati itu mengucapkan kalimatullah, jika selama hidupnya tidak ingat
akan Allah?
Dapatkah orang
yang hampir mati itu mengucapkan "Laa ilaaha illallaah" jika semasa
hayatnya tidak mahu melaksanakan perintah Allah?
Ajarkanlah kalimat tauhid ketika melawat insan yang sedang sakaratulmaut |
Oleh kerana itu
penulis berharap marilah kita bersama-sama melaksanakan solat lima waktu, kerana
setiap orang yang malaksanakan solat lima waktu, setiap kali kita didalam tahiyat
pasti mengucapkan :
أُشْهِدُأَنْ لَا
إِلَٰهَ إِلَّااللَّهُ
وَأُشْهِدُأَنَّ مُحَمَّدا
رَسُولُ اللَّهِ
Maka duduk
membaca kalimat itu, seolah-olah kita melatih lidah, melatih jiwa supaya meresap
ucapan "Laa ilaaha illallaah" sebanyak lima kali sehari. Maka apabila
kita menghadapi sakaratul-maut lidah kita sudah biasa mengucapkannya.
Jadi, walaupun
hadirin membantu berulang-ulang kali mengajari kalimat tauhid kepada mereka
yang sedang bertarung dengan sakaratulmaut, tetapi lantaran semasa hidupnya
selagi sihatnya tidak pernah melaksanakan solat lima waktu, Islam cuma
menghiasi nama sahaja, maka sukarlah mereka untuk mengucapkan kalimat itu,
beratlah lidahnya untuk mengucapkan dua kalimat syahadat, kerana ketika sihat
walafiat pun mereka sukar menyebutnya apatah lagi ketika sedang hampir mati.
Sebetulnya
ucapan kalimat syahadah adalah ucapan "Ikrar" sumpah setia seorang
pemeluk Islam. Dicetuskan apa yang diyakinkan dalam hati dengan lidahnya,
diiringi dengan amal ibadat solat lima waktu kerana Tuhannya.
Sekian Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 21
Anwar
Suran Post – Mac 2012
=)
ReplyDelete