Berita Alam Ghaib 18: Dimanakah
Roh Orang Yang Telah Mati?
Sambungan dari
entri: Berita Alam Ghaib 17 (sila klik jika belum membacanya lagi)
Pembaca
yang budiman…
Untuk menjawab
persoalan ini, eloklah kita ikuti dahulu kisah apa yang dilihat oleh Rasul
junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. di dalam mikrajnya. Ketika baginda menginjakkan kakinya dilangit yang
pertama sehingga dilangit yang ketujuh, ketika itu:
Kata Nabi
Muhammad s.a.w :
Ketika aku tiba
di langit yang pertama, aku disambut baik oleh para malaikat, mereka berbaris
seperti sebuah pasukan sambil memberi hormat kepadaku. Aku turut diringi oleh
malaikat Jibril dan aku bertanya apakah sudah ada izin dari Allah swt? Jibril
menjawab: “Ya”. Kami berdua dipersilakan
masuk, seketika kami masuk aku dapat melihat seorang lelaki sedang duduk di
kerusi sambil dikerumuni oleh orang ramai yang baru saja datang ketika itu. Kemudian
itu, mereka berlalu pergi maka datang pula rombongan yang lain mengerumuni
orang itu juga. Aku bertanya siapakah dia dan siapakah mereka itu?
Jibril berkata: "Itulah (roh) Adam a.s. dan rombongan arwah anak cucunya yang sedang datang
menghadap beliau disaat itu".
Kemudian malaikat
Jibril memperkenalkan aku kepada Adam a.s :
"Inilah Muhammad Nabi akhir-zaman. Atas perintah dan kehendak Allah,
baginda berkesempatan datang ketempat ini".
Kemudian Nabi
Adam berjabat tangan denganku setelah aku mengucapkan salam.
Kata Nabi Adam :
"Selamat datang anak yang soleh dan
Nabi yang soleh"…
Aku lihat Nabi
Adam duduk dikerusi yang indah serta memakai pakaian kebesaran laksana seorang
raja. Seketika aku akan meneruskan perjalananku, beliau tidak lupa mendo'akan
padaku.
Pintu syurga dan pintu neraka sentiasa terbuka (sekadar gambar hiasan) |
Setelah aku
meninggalkan Nabi Adam, lalu Jibril menerangkan: "Roh-roh yang masuk di pintu sebelah kanan Nabi Adam, itulah mereka yang akan masuk ke syurga. Selagi pintu itu masih terbuka,
maka akan terciumlah bau harum dari arah pintu itu. Dan mereka yang masuk di
pintu sebelah kirinya, itulah roh-roh
anak cucu Adam yang akan masuk ke neraka,
ketika pintu itu terbuka, maka akan terciumlah bau busuk dari situ”
Kemudian aku
meneruskan perjalanan ke langit kedua,
disana aku bertemu dengan Nabi Isa bin
Maryam. Kelihatan badannya segar bugar seperti orang baru lepas mandi.
Disitu aku dapat melihat roh Nabi Yahya
dan Nabi Zakaria, serta roh-roh
umatnya.
Dilangit
ketiga aku melihat
Nabi Yusof dan roh para umatnya. Dilangit keempat aku bertemu dengan Nabi Idris dan para umatnya. Dilangit kelima aku bertemu dengan Nabi Harun dan para umatnya. Dilangit keenam aku bertemu Nabi Musa dan para umatnya. Maka atas
usul Nabi Musa ini solat yang tadinya 50 waktu menjadi 5 waktu sahaja.
Dan terakhir sekali
dilangit yang ketujuh aku bertemu
dengan Nabi Ibrahim a.s.
Demikianlah
keterangan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kesimpulan daripada roh para nabi dan roh
para umat yang telah meninggal dunia berada di langit-langit itu, jelasnya: roh-roh
itu wujud seperti mana bentuk manusia sebagaimana jasad kasarnya di dunia.
Sekian Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 19
Anwar
Suran Post – Mac 2012
Maaf sy kurg pngetahuan dan kurg jelas.bknkah kita ada 3 alam yg terpksa ditempuh?alam dunia, alam brzakh, dan alam akirat?mungkin perkara ghaib, tak perlu difikirkan, cuma disini, ada kekeliruan bagi saya..kalau roh2 manusia yg mati berada di 'atas' sn..adkh slps berakhirnya prosedur2 di alam barzakh/apabila kiamat tiba? maaf..
ReplyDeleteMungkin alam barzakh bukan di dalam kubur.. mungkin di tempat lain..
ReplyDelete