15 Keajaiban Kaabah Dari Sudut
Sains
Mekah merupakan
tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu
Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di
seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang
tidak diketahui ramai.
1- Mekah adalah
kawasan yang mempunyai graviti paling
stabil.
2- Tekanan
gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya
bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengari oleh telinga manusia.
3- Tekanan
graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk
bertindak sebagai pertahanan daripada
segala serangan penyakit.
4- Graviti
tinggi = elektron ion negatif yang
berkumpul di situ tinggi.
5- Dapat mengesan frekuensi kata hati. Apa
yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh
dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali
tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa,
mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6- Gelombang radio tidak boleh mengesan
kedudukan Kaabah.
7- Malah
teknologi satelit pun tidak boleh
meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin
dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang
tinggi.
8- Tempat yang
paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak.
Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang
terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9- Kaabah bukan
sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di
situ pemusatan tenaga, graviti, zon
magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
Tiada tempat lain lagi di dunia ini yang mampu menandingi kehebatan kedudukan kaabah |
10- Tidur dengan
posisi menghadap Kaabah secara automatik otak
tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.
11- Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam
memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua
yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya
begitu.
12- Peredaran
darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan
mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
13- Manakala
bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka
tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan
tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat
ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14- Larangan
memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima
gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah
selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru
kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau
cahaya yang baru.
15- Selepas
selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah
untuk membersihkan antena atau reseptor
kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan
diterima oleh tubuh.
My
Cahaya Post – Julai 2012 (Ramadhan)
-Sumber-
assalamulaikum....boleh x saudara masukkan post tentang Kaabah the golden ratio 1.618
ReplyDelete@Anonymous Walaikumsalam, insyallah... tetapi saya kena study dahulu tentang "Kaabah the golden ratio 1.618", baru saya boleh tulis entri dengan yakin. Jika saudara ada sumber rujukan yang baik, saudara boleh inbox saya di sini. Terima kasih
ReplyDeletelike....
ReplyDeleteSyukran jazilan :)
ReplyDeleteMasyAllah... minta share ..supaya ini dijadikan guideline pade yg mahu ke sana . InsyAllah... Ilmu ini takkan disia2kan. -Siti-
ReplyDelete