Kisah Neraka Jahannam
Dikisahkan dalam
sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak
ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu
terdapat 70,000 lereng dari api dan
pada setiap lereng itu terdapat 70,000
belahan tanah yang terdiri dari api,
pada setiap belahannya pula terdapat 70,000
lembah dari api.
Dikisahkan dalam
hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap
kamar itu pula terdapat 70,000 ular
dan 70,000 kala Jengking, dan dikisahkan
dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang
sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka
Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah
asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan
asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan
asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan
Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka
berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Sedangkan ular yang berada di dunia ini pun cukup menggerunkan apatah lagi ular di neraka Jahannam! |
Diriwayatkan
bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka
Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh
70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya
ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
"Sedang penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar lagi keras".
Setiap malaikat
apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap
satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung
dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung
tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja
ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
P/S:
Adakah anda teringin
untuk tinggal di dalam neraka Jahannam? Jika anda mahu, anda boleh membuat tempahannya
sekarang dengan cara seperti berzina, minum arak, mencuri harta orang miskin, menfitnah,
mengumpat dan juga tidak menutup aurat!
Sekian Terima kasih
My
Cahaya Post – Julai 2012 (Ramadhan)
0 Komen:
Post a Comment