Berita Alam Ghaib 27: Tujuh Amalan
Yang Pahalanya Akan Terus Mengalir
Ketahuilah para pembaca sekalian…
Apabila kedua
ibu-bapa kita telah meninggal dunia, maka segala
amal perbuatan kita akan ditunjukkan oleh malaikat kepada kedua ibu-bapa kita di
dalam kubur. Jika amal perbuatan kita baik, maka ibu bapa kita akan
berasa amat senang hati lalu mendoakan kita. Sebaliknya, jika kita
mengamalkan perbuatan yang berdosa, maka kedua-duanya akan berduka cita dan kecewa di dalam kubur.
Maka beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak yang soleh yang selalu mendoakannya.
Ini adalah kerana, si anak yang banyak melakukan ibadat serta amal jariah
terhadap Allah swt adalah berkat daripada didikan ibu bapanya.
Amal jariah
adalah sebutan bagi amalan yang terus
mengalir pahalanya, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut telah meninggal dunia. Amalan tersebut
terus menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya.
Hadis tentang
amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Apabila anak Adam
(manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya
kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan
anak soleh yang mendoakannya" (HR. Muslim).
Selain dari
ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa jenis perbuatan yang
tergolong dalam amal jariah.
Dalam riwayat
lain, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang
mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu pengatahuan yang
disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab
keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina untuk beribadat, rumah yang dibina untuk
penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk
kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya "(HR. Ibnu
Majah).
Di dalam hadis
ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai berikut:
1.
Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan
formal dan nonformal, seperti perbincangan, ceramah, dakwah, dan sebagainya.
Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku yang berguna dan
mempublikasikannya.
2.
Mendidik anak menjadi anak yang soleh.
Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis
ini, kebaikan yang dipeibuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada ibu bapa
yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai/pahala
yang diterima oleh kanak-kanak tadi.
3.
Mewariskan mushaf (buku agama)
kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan
masyarakatnya.
4.
Membangunkan masjid.
Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW: "Barangsiapa
yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah
akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (HR. al-Bukhari dan
Muslim). Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala
orang yang beribadah di masjid itu.
5.
Membangunkan rumah atau pondok
bagi orang-orang yang bepergian untuk kebaikan. Setiap orang yang
memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan
kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang
yang membinanya.
6.
Mengalirkan air secara baik dan bersih
ke tampat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali perigi di tempat yang sering dilalui atau didiami orang
ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu wafat dan air itu tetap mengalir
serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia
mendapat pahala yang terus mengalir.
Semakin banyak
orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah
akan memberinya pahala kelak di hari kiamat" (HR. Ibnu Khuzaimah dan
Ibnu Majah).
7.
Menyedekahkan sebahagian harta.
Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat
ganda.
Para pembaca
yang budiman...
Demikianlah
maksud tujuan amal jariah, yakni amal yang mengalir pahalanya bagi orang yang
telah menyumbang amalnya atau ilmu untuk kebaikan dunia dan juga agama.
Seperti Firman Allah
di dalam surat Al-Kahfi ayat 107-108 :
إِنَّ الَّذِينَ
آمَنُوا وَعَمِلُوا
الصَّالِحَاتِ كَانَتْ
لَهُمْ جَنَّاتُ
الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا
* خَالِدِينَ فِيهَا
لَا يَبْغُونَ
عَنْهَا حِوَلًا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, * mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya
Allah telah
berpesan dalam Al-Qur'an dalam surat Al-Qasas ayat 77:
وَلَا تَبْغِ
الْفَسَادَ فِي
الْأَرْضِ ۖ
إِنَّ اللَّهَ
لَا يُحِبُّ
الْمُفْسِدِينَ
Janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan
Sekian Terima Kasih
Bersambung di
entri: Berita Alam Ghaib 28
Anwar
Suran Post – Julai 2012 (Ramadhan)
Ijin Share di :
ReplyDeletehttp://duniamuallaf.blogspot.co.id/