Berita Alam Ghaib 23: Hakikat Pembalasan
Kubur!
Kembali kita
bicarakan mengenai seksa kubur atau nikmat kubur, selain daripada para Nabi dan Rasul tidak
ada seorang pun yang dapat mengetahui keadaan dialam kubur atau lebih dikenali
sebagai alam barzakh, kecuali Allah
swt sahaja. Ini adalah kerana seksa atau nikmat kubur itu sudah pun diaturkan
oleh Allah swt. Sebagaimana halnya orang yang mendapat mimpi yang baik mahupun
buruk bukanlah daripada kehendak orang yang tidur itu sendiri.
Diterangkan
dalam hadis, jikalau orang yang berada di alam kubur itu adalah orang yang soleh,
maka ia akan menerima balasan yang baik dan itulah yang dinamakan Nikmat kubur.
Setelah orang itu dapat menjawab segala pertanyaan daripada malaikat Munkar dan
Nakir, maka orang itu tidak akan mendapat seksaan, kerana jawapan diberikan benar
belaka, lalu malaikat itu pergi meninggalkannya.
Setelah malaikat
itu pergi, tiba-tiba kedengaran pula orang datang sambil mengucapkan salam, dilihatnya
orang itu benar-benar serupa dengan rupa dirinya, tetapi dia jauh lebih bagus
dan memakai pakaian yang teramat cantik. Orang itu lalu bertanya: "Siapakah
engkau?" Jawabnya: "Aku ini amalmu, dan aku datang kemari untuk
menemanimu". Orang itu merasa girang sekali kedatangan amalnya
menjadi teman, dia berasa terlalu beruntung dan baru diketahui bahawa dia telah
beramal soleh selama dia hidup didunia dan mendapat kurniaan dari Tuhan, kemudian
orang itu disuruh tidur seperti tidurnya pengantin baru.
Kuburnya terasa
lapang dan amat lega sekali, dia berada disuatu alam yang sangat asing baginya,
dia berasa tidak mati dan dia tetap hidup disitu sehinggalah tibanya hari kebangkitan
iaitu akhirat.
Tiada gunanya lagi kita menyesal terhadap kesilapan yang lalu setelah kita dikebumikan |
Akan tetapi bagi
orang-orang derhaka, setelah orang-orang yang mengusung jenazahnya kembali
beberapa langkah, si mati berasa seperti hidup kembali, ia berasa disuatu alam
yang sangat asing, sunyi, sepi, seperti di alam mimpi, tapi bukan mimpi, kini
telah menjadi kenyataan baginya. Sedarlah ia sekarang bahawa ia telahpun berada
di alam barzakh seorang diri! Kini dia sudah terpisah dari dunia, terpisah dari
keluarganya, berpisah dari semua yang dimilikinya.
Kini dia betul-betul
percaya, apa yang telah didengarinya ketika hidup didunia mengenai mati. Inilah
baru benar-benar dinamakan mati! Meskipun dia berasa seperti hidup, tetapi ia tidak
dapat berbuat apa-apa! Meskipun ia berteriak sekuat tenaga, tetapi tidak akan
dapat didengari orang! Ia dapat
mendengar suara orang yang masih hidup tetapi orang yang masih hidup itu
tidak dapat mendengar suaranya, dia
dapat melihat orang yang masih hidup, tetapi orang yang masih hidup itu
tidak dapat melihatnya. Dia seperti terkurung didalam sangkar kaca, dia dapat
melihat barang disekelilingnya, tetapi dia tidak dapat bergerak ke mana-mana.
Sekarang barulah
ia sedar bahawa dia telah berada di suatu alam yang ia sendiri belum kenal iaitu
alam "Barzakh". Entah berapa lama ia berada disitu ia sendiri tidak
tahu.
Sekian Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 24
Anwar
Suran Post – Julai 2012
dari penjlasan di atas kesimpulannya bahwa roh manusia stlah mati bertempat di alam kubur baik yg beramal saleh atau tidak, lantas bagai mata di terangkan di entri sblumnya bahwa tempat roh manusia berada dilangit seraya dngan Rasul smasa hidupnya... tlong penjelasan biar tidak timbul slah faham.
ReplyDeletetksh
bagaimana dengan pernyataan sebelumnya roh manusia yang di angakat kelangit seraya pada Nabinya masing-masing?
ReplyDelete