Berita Alam Ghaib 22: Siapakah Yang
Merasai Nikmat Dan Azab Kubur?
Tentu para pembaca
sekalian pernah tertanya-tanya, siapakah yang akan menghadapi pertanyaan dari
kubur oleh malaikat Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti? Adakah jasad kita
ataupun roh kita?
Seperti yang
telah diterangkan di dalam entri-entri
alam ghaib sebelum ini, bahawa orang-orang yang sudah mati itu adalah kerana
rohnya telahpun dicabut oleh malaikatul-maut. Roh mereka telah kembali ke
hadhirat Illahi dan roh-roh itu juga akan ditempatkan di langit-langit yang pertama
sehinggalah ke langit yang ketujuh, sebagaimana yang telah dibicarakan di entri
berita alam ghaib ke 20. Maka,
tinggallah jasadnya sahaja yang berada di dalam tanah, dan jasad ini sudah pun tidak
berfungsi lagi, ianya sudah kembali ke asal iaitu asalnya mati (air mani) dan
kemudian jadi mati lagi (bangkai).
Secara aqliah
dan ilmiah memang mereka sudah tidak lagi berfungsi langsung, ibarat sebuah bateri
yang sudah kehabisan magnet.
Jika
demikian, siapakah yang akan merasai nikmat kubur dan juga siksaanya?
Dan
siapakah yang menjawab pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir?
Bagaimana
pula orang mati di dalam laut? Mati di telan ular, mati terbakar, mati di dalam
cairan simen dan sebagainya?
Untuk menjawab
persoala ini, marilah kita sama-sama selidiki kembali bentuk dan keadaan jasad
halus manusia. Yang dinamakan jasad kasar
manusia adalah yang terdiri daripada darah, daging, kulit dan tulang. Tulang
itu dibungkus dengan daging, maka pada daging itu mengalirnya darah dan daging
itu pula dibungkus dengan kulit.
Siapaka yang akan merasai nikmat atau siksa kubur? Jasad kita ataupun roh kita? |
Maka di dalam jasad kasar itu terdapat pula pelbagai
jenis jasad halus yang masing-masingnya
bekerja pada fungsinya yang tersendiri:
Roh untuk
menghidupkan jasad kasar,
Rawan untuk berkhayal,
Akal untuk
berfikir,
Hawa budi rasa,
Nafsu, iradat
(jiwa),
Malaikat
hafazah, rohani yang baik,
Syaitan jahat,
untuk menimbulkan amarah.
Selagi manusia itu
hidup, dia sentiasa mempunyai hawa dan nafsu.
Sekarang kembali
kita bicarakan perihal orang yang telah mati. Kita cuma dapat melihat jenazah
yang sudah mati dan dikuburkan di dalam tanah. Adakah kita akan dapat tahu samada ahli
kubur itu sedang mengalami siksa atau nikmat kubur?
kita hanya dapat
mengatakan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh sahaja akan merasai
nikmat kubur. Untuk lebih jelas lagi, bayangkan kita sedang melihat orang yang sedang
tidur, dimana kita dapat melihat dadanya naik turun, sambil nafasnya tercungap-cungap
menyedut udara. Dapatkah kita mengetahui samada si tidur itu sedang mendapat
mimpi yang baik ataupun buruk? Jawapannya adalah tidak!
Rahsia kubur hanyalah hak milik Allah swt, kita tidak mampu untuk mengetahuinya |
Yang jelas kita
hanya dapat melihat dia sedang tidur sahaja. Apakah yang sedang dirasa oleh jasad
halus di dalam mimpinya itu? kita hanya dapat tahu keadaan mimpinya itu setelah
mereka menceritakan mimpinya kepada kita sahaja.
Begitulah juga
bagi orang yang telah mati, meskipun jasad kasarnya telah musnah menjadi tanah,
hancur dimamah ulat atau dimakan binatang buas, akan tetapi jasad halus seperti
jiwa atau perasaannya tetap hidup, tidak akan mati buat selama-lamanya. Jiwa dan perasaan si mati itulah yang akan menerima azab atau siksa kubur!
Jasad kasar
manusia boleh tidur dan boleh mati, akan tetapi jasad halus manusia tetap
abadi. Jiwa atau perasaan manusia tidak boleh tidur, tidak akan mati walaupun
meninggal didalam letupan bom, tidak akan hancur dimakan api malah tidak akan
mati buat selama-lamanya!
Begitulah Tuhan
ciptakan roh itu selama-lamanya.
Menurut pendapat
penulis, kerasukkan atau kemasukan jin atau syaitan yang sering terjadi
terhadap kaum-kaum wanita adalah disebabkan oleh jin yang menjadi salah satu
jasad halus manusia lalu mengawal jasad atau tubuh kasar manusia. Maka, berhati-hatilah.
Sekian Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 23
Anwar
Suran Post – Julai 2012
0 Komen:
Post a Comment