Sunday 11 March 2012

Rupa Wajah Malaikat Ketika Mencabut Nyawa


Berita Alam Ghaib 16: Rupa Wajah Malaikat Ketika Mencabut Nyawa


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 15 (sila klik jika belum baca)

Diriwayatkan di dalam hadits, ketika seorang akan mati maka akan datanglah malaikatul-maut kepadanya dengan bermacam-macam rupa. Ada yang datang dengan rupa yang menyenangkan dan ada pula dengan rupa yang menakutkan.

Jika ia datang kepada orang mukmin dan soleh yang sedang nazak, maka ia akan datang dalam keadaan rupa manusia yang amat bagus dan menyenangkan dengan memakai pakaian yang segak serta harum baunya. Dimulakan pula dengan ucapan "salam" serta dengan budi bahasa yang sopan kemudian barulah dicabut nyawa orang itu, tidaklah pula dengan kekerasan. Kalau sekiranya bukan kepada orang yang soleh, maka datanglah malaikat maut itu dengan rupa yang ngeri dan menakutkan. Dengan keadaan rupa yang amat seram dan mengerikan, lalu malaikat itu datang kepada si nazak dan terus merentap nyawanya secara paksa, ganas dan laju sehingga si mati berasa terlalu sakit dan merana!

Kita dapat melihat amal seseorang itu melalui mimik wajahnya ketika sedang nazak (wallahualam)

Hal ini dapat disaksikan sendiri oleh kita iaitu apabila kita melihat seseorang yang sedang nazak atau sakaratul-maut. Ada orang yang ketika dalam sakaratulmaut, air mukanya nampak seperti sangat gelisah, ngeri dan kecut perut apabila kita melihat wajahnya. Ada juga yang kelakuannya seperti ayam yang sedang disembelih, waktu menghembuskan nafas yang terakhir, mulutnya ternganga luas dan biji matanya terbeliak, amat menakutkan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Ini menandakan bahawa orang itu mati di dalam keadaan yang amat menyakitkan. Dan inilah tandanya orang itu banyak membuat dosa ketika hidupnya.

Lain pula halnya dengan orang mukmin yang sedang nazak, walaupun sakitnya terlalu berat tetapi dirinya kelihatan sentiasa tenang dan tenteram. Terbayang ketenangan hati pada wajahnya. Tidak nampak diwajahnya keadaan takut atau ngeri. Kelihatan air mukanya sentiasa manis dan berseri-seri, senyumannya terlukis di bibirnya, walaupun matanya sudah cengkung serta muka yang pucat akibat sakitnya yang terlalu parah. Nenek penulis sendiri pun meninggal didalam keadaan seperti ini. Alhamdulillah.

Tanda seseorang yang beramal soleh adalah ketika meninggal dunia, wajah mereka kelihatan amat tenang dan manis 

Tatkala si nazak itu menarik nafas penghabisan ia kelihatan sangat tenang dan tenteram, tidak gelisah sama sekali. Inilah tanda bahawa orang itu ketika sekarat, dia merasa bahagia serta senang hatinya meninggalkan dunia ini. Tidak perlulah kita meratap pemergiannya secara berlebih-lebihan.

Kata Imam Ghazali di dalam kitabnya "Ihya' Ulumuddin", riwayat dari Ibnu Abbas: Katanya, Nabi Ibrahim a.s. adalah orang yang sangat teliti. Beliau mempunyai ruangan khusus untuk dijadikan tempat beribadat terhadap Allah swt, dan apabila beliau ingin keluar dari rumah, selalunya pintu akan dikunci dan anak kuncinya dipegang sendiri oleh beliau. Pada suatu hari, beliau membuka pintu kamarnya, beliau amat terperanjat sekali kerana di dalam kamarnya ada seorang lelaki yang kelihatannya mencurigakan.

Tanya Nabi Ibrahim : "Siapakah yang mengizinkan engkau masuk ke kamar aku ini?"

"Yang menyuruhnya adalah pemilik rumah ini", Jawab orang itu.

Kata Nabi Ibrahim : "Akulah pemilik rumah ini"

Kata orang itu : "Yang memiliki alam semesta"

Mendengar jawapan sedemikian, Nabi Ibrahim menjadi agak terkejut, dan sambung bertanya lagi:

"Kalau begitu, siapakah engkau?"

"Aku adalah malaikatul-Maut"

Nabi Ibrahim bertambah terkejut lagi, tapi beliau tidak menunjukan kekejutannya itu, dan lalu bertanya lagi : "Dapatkah engau tunjuki rupamu bagaimana ketika engkau akan mencabut nyawa orang mukmin?"

"Tentu saja boleh", kata malaikatul-maut.. "Cubalah alih pandanganmu kesana........."

Nabi Ibrahim melihat kearah lain. Kemudian ketika itu, dilihatnya malaikat itu telah berganti rupa. Seorang pemuda lelaki yang tampan bagus wajahnya, serta berpakaian segak pula dan harum.

Kata Nabi Ibrahim: "Kalau begini keadaanmu, datang kepada orang mukmin, ia sungguh menyenangkan".


Sekian Terima Kasih

Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 17

Anwar Suran Post – Mac 2012
Share:

1 comment:

  1. Subhanallah... Semoga kita antara yg tergolong dalam golongan mukmin...amin

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris