Berita Alam Ghaib 24: Pertanyaan
Munkar Dan Nakir Dan Seksa Kubur
Seseorang yang baru
masuk ke alam kubur, maka dikala itulah dia akan terkenang akan perbuatannya
yang lalu. Teringatlah dia akan dosa-dosanya, menyesallah dia akan perbuatan
dirinya, mengapa dia selalu menuruti hawa nafsunya? Mengapa dia
berlengah-lengah sahaja? mengapa dia tidak mahu segera bertaubat? padahal suara
hatinya yang suci dalam dirinya selalu memberikan peringatan. Sudah terlalu
banyak contoh tauladan, ibu dan bapa yang telah meninggal dunia, tua muda,
kecil dan besar tidak terkecuali. Kadang-kadang dirinya sendiri pernah melawat
ke tanah perkuburan. Tetapi hal itu dianggap ‘biasa-biasa’ sahaja, tidaklah
diambil perhatian.
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
* حَتَّىٰ زُرْتُمُ
الْمَقَابِرَ * كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
* ثُمَّ كَلَّا
سَوْفَ تَعْلَمُونَ
* كَلَّا لَوْ
تَعْلَمُونَ عِلْمَ
الْيَقِينِ * لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ
* ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا
عَيْنَ الْيَقِينِ
* ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ
يَوْمَئِذٍ عَنِ
النَّعِيمِ
Bermegah-megahan
telah melalaikan kamu *1 -Sampai
kamu masuk ke dalam kubur -Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat
perbuatanmu itu) -Dan janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan
pengetahuan yang yakin -Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim -Dan
sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin *2 - Kemudian kamu pasti akan ditanya
pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
*1: Maksudnya: bermegah-megahan
dalam soal banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah
melalaikan kamu dari ketaatan.
*2: 'Ainul yaqin ertinya melihat
dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.
Kini dia sedang
mengalami dengan saksi matanya yang yakin, kini benar-benar kenyataan dirinya sendiri mengalami alam kubur.
|
Setelah meninggal dunia, segala penyesalan di dunia sudah pun terlambat! |
"Amboi,
alangkah dungunya aku! Alangkah bebalnya diriku! Hidupku di dunia hanya menuruti
kehendak nafsuku! oh syaitan! betul-betul terkutuklah engkau! engkau telah memperdayakan
aku. Semasa dia terpaku dalam kebingungan, ketakutan dan kekuatiran! Maka timbullah
penyesalan yang sangat besar. Dalam perasaan yang penuh penyesalan itu, tiba-tiba
dilihatnya dua makhluk raksasa yang entah dari mana munculnya lalu datang
menghampirinya. Seram, hebat rupanya dan menakutkan sehingga rasa nak tercabut
sendi dan tulangnya dan terbang semangatnya.
"Hai
insan yang derhaka!"
"Sekarang
giliranmu untuk menjawab pertanyaan kami, bersiaplah engkau menjawabnya!"
"Siapakah
Tuhanmu?"
"Siapakah
Nabimu?"
"Apa
agamamu?"
"Apa
kitabmu?"
"Dimana
kiblatmu?"
"Dan
siapakah saudaramu?"
Mendengar
pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir sedemikian, ia menjadi sangat gugup. Bibirnya
gementar, terasa berat bibirnya untuk menjawab "Allah Tuhanku" kerana
selama hidupnya di dunia dia tidak pernah mengingati "Allah", bibirnya
tidak pernah mengucapkan "Kalimat Allah", kerana dia telah meninggalkan
solat lima waktu.
|
Amalan kitalah yang akan mengawal mulut kita semasa menjawab pertanyaan Malaikat! |
Hendak mengaku “Muhammad
Nabiku”, lidah pula terasa berat untuk mengucapkannya kerana semasa hayatnya
tidak pernah mengucapkan kalimat Shahadat dan Selawat. Untuk menjawab “kaa'bah
kiblatku” pun tetap sama, meskipun hatinya tahu, namun mulutnya seolah-olah berat
untuk menjawabnya, kerana dia tidak pernah menghadap kiblat, lantaran dia tidak
pernah solat! Dan begitu juga terhadap pertanyaan-pertanyaan yang lain, dia
tidak mampu lagi menjawabnya! pendek kata semua pertanyaan-pertanyaan itu tidak
dapat dijawabnya.
Malaikat Munkar
dan Nakir menjadi teramat murka! Seketika itu, ia mengangkat cambuknya lalu…
Tar! Tar! Tar!!
Terimalah hadiah
dari kami!"
Seketika itu,
menghentamlah cambuk malaikat itu ke tubuhnya bertubi-tubi seribu kali cambukan
lalu terbenam tubuhnya sehingga 7 petala bumi. Dia memekik melolong, menjerit
kesakitan, akan tetapi kedua-dua malaikat itu tidak merasa belas kasihan
langsung, dihentamnya lagi cambuk itu berkali-kali sehinggalah dia pengsan
tidak sedarkan diri lagi!
Setelah ia tersedar,
malaikat itu sudah pun berlalu pergi. Aduh sakitnya! Sekujur tubuhnya yang
kelihatan amat mengerikan, bekas luka cambuk nampak berjurai-jurai pada
tubuhnya. Begitulah nasib untuk orang yang meninggalkan sembahyang, dan
begitulah juga nasib untuk orang yang gemar membuat dosa!
Kemudian tidak
berapa lama selepas itu, muncullah sesusuk tubuh makhluk yang keji rupanya dan
menjijikan! Tubuhnya dipenuhi najis serta kudis-kudis yang buruk! Dari
kudis-kudisnya itu mengalirlah nanah pekat dan darah yang sangat busuk baunya,
pakaiannya selekeh, compang-camping dan sangatlah berbau bangkai.
|
Orang yang gemar melakukan maksiat akan ditemani oleh 'amalan dirinya' yang jijik di alam kubur! |
"Hei siapa
kamu?" kata simati, "Mengapa kamu kemari? Hei orang yang busuk!" "Apa hubunganmu dengan aku, kenapa kamu datang kemari?"
"Pergilah kamu hai manusia busuk! Aku sangat jijik melihatmu!"
Kata orang busuk
itu: "Hai insan derhaka! Tidak usahlah kau mengusir aku, meskipun
bagaimana, tidak akan ku pergi meninggalkan engkau! Tahukah kamu, akulah
amalmu! Maka kerana perbuatanmulah aku jadi sebegini jijik. Tidak satupun dari
amalmu yang soleh. Hidupmu cuma menuruti hawa nafsu sahaja, penuh dengan dosa
dan nista, derhaka kepada Allah Ta'alaa. Mengapa kamu jijik melihat keadaanku
begini? Sedangkan ketika hidupmu tidak segan-silu berbuat amal yang keji?"
"Mengapa aku
harus pergi dari sisimu? Kerana aku inilah amal perbuatanmu? Sebagaimana kamu
suka beramal yang keji, maka kerana itu aku sangat cinta padamu dan tidak akan ku
berpisah padamu buat selama-lamanya!"
Setelah makhluk
itu mengucapkan kata-kata sedemikian, lalu melompatlah ia menjerkah orang itu
serta merangkulnya sekuat-kuat hatinya!
Meskipun ia
mengelupur sekuat-kuatnya untuk melepaskan diri daripadanya, tapi sia-sia
sahaja. Semakin dia memberontak semakin kuatlah pelukannya.
Cubalah
bayangkan, demikianlah antara lain seksaan kubur dan bermacam-macam pula lagi
yang akan diterimanya seperti dibelit ular, disengat kala jengking, dimamah ulat dan lain-lain, kerana
dosanya pelbagai. Dosa meninggalkan solat, dosa meninggalkan puasa, dosa tidak
mengeluarkan zakat, dosa,dosa,dosa dan dosa!
Wallahu a'lam...
Sekian Terima Kasih
Anwar
Suran Post – Julai 2012 (Ramadhan)