• My Cahaya

    Lari Dari Kegelapan Menuju Cahaya

Wednesday, 22 February 2012

Qarin: Jin Pendamping Setiap Manusia


Qarin: Jin Pendamping Setiap Manusia!


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Qarin ditugaskan untuk menghasut perkara kejahatan terhadap diri manusia

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: 
“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Dengan memperbanyakkan ibadah dan amal, insyaallah jin Qarin mampu dilemahkan

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

p/s: Janganlah takut, setiap orang ada Jin Qarin ok. Kita tidak akan Nampak jin Qarin kita itu.

Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Post – Feb 2012

Sumber: syahirul.com
Share:

Monday, 20 February 2012

Melalui Genetik, Manusia Mampu Jadi Genius!


Melalui Genetik, Semua Insan Mampu Jadi Genius!


Dari hasil kajian neurologi, otak manusia mempunyai 1 trilion dan juga 100 bilion sel aktif. Setiap sel itu mampu membuat jaringan sehingga 20000 sambungan setiap saat.

Dengan keadaan yang seperti itu, seorang master trainer dari Brains Power, I.Widiatmoko mengatakan, "Apabila semua maklumat seluruh alam semesta ini dimasukkan ke dalam otak kita, otak kita tidak akan penuh. " Begitulah yang dikutip dari www.kompas.com yang bertarikh 20 Feb 2012.

Ibnu Batutta adalah salah seorang tokoh Islam yang genius selain Ibnu Sina, Al-jabbar  dan lain-lain

Wujudkah manusia super genius di dunia ini?

Jawabnya adalah Nabi Adam AS, yang merupakan bapa seluruh umat manusia ...

Mampukah kita?

Soalnya beliau adalah satu-satunya makhluk, yang berjaya mempresentasikan keadaan seluruh alam semesta ini di hadapan Allah SWT. Kenyataan inilah yang membuat para malaikat amat kagum, dan mereka pun sujud kepada Adam AS dan mengagungkan kebesaran Allah SWT itu.

Kisah ini terkandung dengan jelas di dalam Surah Al-Baqarah ayat 33 - 34:

(33) "Dia (Allah) berfirman, 'Wahai Adam! Beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu! 'Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia (Allah) berfirman,' Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu sembunyikan?".
(34) "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam!' Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan kafir".

Jadi kalau ada yang mengatakan bahawa kecerdasan adalah faktor bibit atau keturunan, hal itu bererti semua manusia (termasuk kita ini) mempunyai potensi untuk menjadi manusia super genius.

Harun Yahya (Adnan Okhtar) merupakan salah satu ahli falsafah moden yang amat genius

Sebenarnya struktur otak Nabi Adam AS relatif sama dengan struktur otak manusia biasa termasuk kita. Bezanya, Sang Nabi pertama itu sudah secara optimum memakai semua potensi otaknya.

Bagaimanakah dengan kita?

Berfikir pun rasa malas. Hakikatnya ramai dari kalangan kita hanya lebih suka melihat orang lain yang lebih genius sahaja. Dan dari penelitian pula, kita ini kebanyakan hanya memakai daya otak kita sebanyak 10% sahaja sepanjang hidup.

Jadi, apa yang mesti kita lakukan?

Ya, pilihan ada di tangan masing-masing. Yang jelas, orang-orang di Jepun itu memaksimumkan potensi otaknya dan mereka telah menjadi bangsa yang besar dan genius!

Hampir kesemua gadjet-gadjet yang canggih di dunia ini telah diciptakan oleh rakyat Jepun

Sejarah telah mencatatkan bahawa Jepun yang pernah dibom atom pada ketika Perang Dunia ke-II di Hirosima dan Nagasaki. Peristiwa itu telah menyebabkan kerugian dan kerosakan yang amat teruk serta nyaris melumpuhkan ekonomi Jepun secara keseluruhan. Namun tidak perlu lebih dari dua dekad, usaha yang keras dan kegigihan bangsa Jepun telah membuatnya kembali menjadi sebagai bangsa yang besar dan maju. Begitu juga dengan tsunami dashyat yang melanda negara mereka pada tahun 2011, hanya mengambil masa 2 bulan sahaja mereka mampu membersihkan kawasan yang musnah. Bahkan sehingga saat ini Jepun dianggap sebagai salah satu ikon bangsa yang maju dan berbudaya di Asia.

Jadi, semuanya terserah kepada kita. Apakah kita mahu memaksimumkan kemampuan otak kita dan menjadi orang yang berjaya atau hanya orang yang biasa-biasa saja?


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Post – Feb 2012

Share:

Saturday, 18 February 2012

Sang Raja Celaka Buat Umat Akhir Zaman!


Sang Raja Celaka Buat Umat Akhir Zaman!


عن رسول الله (ص):
(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان ، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد ، وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئاً ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه ، أعادها ثلاثاً ؛ بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة )
مئتان وخمسون علامة: 122

Akan diperintah tanah Hijaz (Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh abangnya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! - diulanginya 3 kali - Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).

Sedia kita maklum bahawa Raja Abdullah sekarang ini adalah raja yang menggantikan Fahd, makna Fahd adalah nama seekor haiwan iaitu harimau kumbang. Lihatlah buktinya disini:

Makna nama 'Fahd' (sila klik)

Raja Abdullah Berjabat Mesra Dengan Hillary Clinton

Rasulullah telah memberi amaran kepada umat akhir zaman telah munculnya raja tersebut dan kita dapat lihat sendiri bagaimana mereka memperdaya umat Islam dengan menganggap merekalah pemimpin Islam yang sebenar padahal kehidupan sebenar keluarga mereka membayangkan sebaliknya. Keluarga diraja ini memiliki bank riba terbesar di dunia Citigroup hinggalah Walt Disney. Putera Al-Waleed bin Talal tidak membenarkan wanita menutup aurat berada dalam pejabatnya, bahkan mereka mendapatkan segala kemewahan tanpa mengira halal haram dan berfoya-foya di pusat-pusat perjudian terkemuka dunia.

Mereka mendakwa kononnya membantu Islam tetapi mereka bersama-sama Yahudi merosakan akal fikiran dan cara hidup umat Islam. Tetapi amat malang apabila ulamak mereka sibuk dengan perkara remeh temeh tetapi sengaja membiarkan maksiat dikalangan pemerintah mereka berleluasa.


Bukti Video:







Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Post - Feb 2012

Share:

Friday, 17 February 2012

Bukti Artis Serahkan Jiwa Kepada Syaitan


Bukti Artis Serahkan Jiwanya Kepada Syaitan


Dahulu Teori Konspirasi hanya dianggap bualan dan penyakit orang-orang yang aneh. Sekarang ini apa yang terdapat pada Teori konspirasi diangkat ke permukaan pada acara TV, wawancara dengan artis. Teori konspirasi menandai artis-artis terkenal yang terlibat dan masuk dalam anggota Illuminati. Illuminati adalah kumpulan orang-orang yang bukan hanya menyembah SYAITAN, tetapi juga menguasai industri muzik. Dan menentukan artis mana yang masuk ke tangga lagu tertentu, tentunya artis-artis yang membawa pesan mereka kepada massa, untuk merubah massa secara perlahan seperti mereka.

Hanya sedikit artis Illuminati yang berani terang-terangan mengatakan: SAYA PENYEMBAH SYAITAN. Kebanyakan artis illuminati telah menyerahkan jiwanya kepada Syaitan untuk mendapatkan kebenaran dari industri hiburan Hollywood. Dan mereka menyampaikan kehidupan spiritualitasnya dalam bentuk lirik lagu.

Lady Gaga adalah salah satu artis yang langsung ditandai bahawa ia termasuk dalam artis illuminati sejak pertama kali penampilannya. Rihanna dalam 4 tahun ini juga dimasukkan ke dalam artis illuminati, yang nyata nampak jelas pada lagunya Umbrella dan Disturbia.

Tetapi kesulitan para penganut teori konspirasi menjadi berkurang, semenjak para artis mulai terang-terangan menyatakan bahawa DIRInya menjual JIWA kepada SYAITAN. Berikut ini adalah video berdurasi pendek pengakuan para artis yang telah menjual jiwa mereka kepada syaitan:



KANYE WEST


Di depan peminatnya, Kanye West mengatakan: (terjemahan) “Aku menjual JIWAku kepada SYAITAN. Aku tahu ini adalah perjanjian yang aneh. Setidaknya, aku mendapatkan beberapa “mainan" dan "kesenangan".



KATY PERRY


Terjemahan bahasa melayu: Sewaktu sesi wawancara, Katy Perry berkata : ”Ketika diperkenalkan pada industri muzik, usiaku masih 15 tahun. Aku berjanji akan menjadi nominasi Amy Grant, tetapi kelihatannya tidak berjalan dengan baik. Jadi, Aku menjual JIWAku kepada SYAITAN..”


RIHANNA


Ketika Angie Martinez melakukan wawancara dengan Rihanna, Angie bertanya : kenapa kamu (Rihanna) menutupi salah satu mata kamu. Dan Rihanna berkata: Kerana aku adalah PENYEMBAH SYAITAN seperti yang kamu katakan.


BOB DYLAN


Dalam video wawancara ini, Bob Dylan mengatakan ia telah melakukan jual beli dengan SYAITAN. Ketika ditanya apa yang ia beli, Bob Dylan menjawab: "Agak aneh, aku yang sekarang". "Apakah ini berharga?" Bob menjawab: ”Setidaknya, untuk dunia yang dapat kita lihat sekarang.”


EMINEM


Di lagunya berjudul : Say Goodbye Hollywood, Eminem mengatakan penyesalannya masuk dalam industri muzik Hollywood, tetapi Ia telah menukar jiwanya kepada Syaitan untuk ketenangannya dan Ia tidak dapat mendapatkan jiwanya kembali.

[Verse 3]

……………..

It’s like the boy in the bubble, who never could adapt, i’m trapped
If I could go back, I never woulda rapped
I sold my soul to the DEVIL, i’ll never get it back
(Aku menjual jiwaku kepada syaitan, aku tidak akan mendapatkan -jiwaku- kembali)
I just wanna leave this game with level head intact


JAY-Z


Jay-Z menjelaskan bahawa orang-orang sangat aneh dalam menilainya, kerana ia memang merencanakan sejak awal mula bersama dengan “Rainman” (sebutan khusus bagi dia untuk devil).


SNOOP DOG

Dalam lagunya berjudul: Murder Was The Case, Dia bercerita ketika dalam keadaan sekarat (susah), ia bertemu dengan SYAITAN dan dari sana ia menukar jiwanya dengan kehidupan dunia yang lebih baik.

[Verse One:]
As I look up at the sky
My mind starts trippin, a tear drops my eye
My body temperature falls
I’m shakin and they breakin tryin to save the Dogg
Pumpin on my chest and I’m screamin
I stop breathin, damn I see DEMONS
Dear God, I wonder can ya save me
I can’t die Boo-Boo’s bout to have my baby
I think it’s too late for prayin, hold up
A voice spoke to me and it slowly started sayin
“Bring your lifestyle to me I’ll make it better”
How long will I live?
“Eternal life and forever”
And will I be, the G that I was?
“I’ll make your life better than you can imagine or even dreamed of
So relax your SOUL, let me take control
Close your eyes my son”
My eyes are closed

Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat
(QS. 42 Asy Syuura ayat 20)


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Post – Feb 2012

Share:

Thursday, 16 February 2012

Keluarnya Iblis Dari Syurga


Berita Alam Ghaib 13: Iblis Keluar dari Syurga


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 12 (sila klik jika belum membacanya lagi)

Pada suatu masa Allah memanggil semua malaikat berkumpul untuk sujud kepada Adam, yang mana sujud kepadanya bukanlah sujud untuk menyembah Adam, tetapi sujud itu adalah sujud sebagai penghormatan terhadap Adam, sesuai kedudukan Adam yang akan menjadi Khalifah Tuhan di Dunia. Kemudian semua Malaikat sujud , kecuali Iblis (azazil) yang tidak mahu sujud, seperti Allah terangkan berturut-turut dalam surat Al-A'raf dari ayat 12 sampai ayat 17:

Seketika dilihat Iblis tidak mahu sujud lalu Tuhan menegurnya:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ

Tuhan menegurnya : "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?"

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Jawab iblis "Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah"

Begitulah jawab Iblis dengan sombong, sudah tentu jawapan sedemikian, tidak sepatutnya diucapkan dihadapan Allah, apalagi perintah itu datangnya dari Allah. Sudah selayaknya sebagai makhluk Allah, hendaknya ia tidak keberatan untuk melakukan perintah itu. Akan tetapi kerana kesombongannya itu ia berbuat demikian, berani membantah perintah Tuhan.

kemudian Allah swt berfirman :

قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu, kerana kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina"

الَ أَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Iblis menjawab: "Berikanlah aku tangguh sehingga waktu mereka dibangkitkan"

Maksudnya: janganlah aku dan anak cucu aku dimatikan sampai hari kiamat sehingga aku berkesempatan menggoda Adam dan anak cucunya.

قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ

Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh"

Iblis nekad akan menyesatkan anak cucu Adam sehingga tiba hari kiamat!

Rupanya Iblis sudah menjadi nekad, setelah diberi waktu yang cukup lama sampai kiamat, bukan berfikir mahu bertaubat atau meminta maaf di atas kata-katanya yang sudah terlanjur, malah semakin mengeluarkan ancaman terhadap Adam dan keturunannya.

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

kemudian iblis berkata lagi : "Pasti aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta'at)"

Demikian peristiwa iblis yang tidak mahu sujud kepada Adam, akhirnya ia diusir dari Syurga. Menurut riwayat lain, sesungguhnya iblis itu keturunan Jin, Seperti Allah terangkan dalam surat Al-Kahfi ayat 50 :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai/membantah perintah Tuhannya.


Sekian Terima Kasih

Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 14

Anwar Suran Home – Feb 2012

Share:

Wednesday, 15 February 2012

10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu


10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1.                Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2.                 Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

Kenduri kahwin masyarakat melayu

3.                 Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.                 Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.                 Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.                 Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.                 Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

Jemaah Haji (sekadar gambar hiasan)

8.                 Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.                 Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.               Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Home – Feb 2012


Share:

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris