Monday, 20 February 2012

Melalui Genetik, Manusia Mampu Jadi Genius!


Melalui Genetik, Semua Insan Mampu Jadi Genius!


Dari hasil kajian neurologi, otak manusia mempunyai 1 trilion dan juga 100 bilion sel aktif. Setiap sel itu mampu membuat jaringan sehingga 20000 sambungan setiap saat.

Dengan keadaan yang seperti itu, seorang master trainer dari Brains Power, I.Widiatmoko mengatakan, "Apabila semua maklumat seluruh alam semesta ini dimasukkan ke dalam otak kita, otak kita tidak akan penuh. " Begitulah yang dikutip dari www.kompas.com yang bertarikh 20 Feb 2012.

Ibnu Batutta adalah salah seorang tokoh Islam yang genius selain Ibnu Sina, Al-jabbar  dan lain-lain

Wujudkah manusia super genius di dunia ini?

Jawabnya adalah Nabi Adam AS, yang merupakan bapa seluruh umat manusia ...

Mampukah kita?

Soalnya beliau adalah satu-satunya makhluk, yang berjaya mempresentasikan keadaan seluruh alam semesta ini di hadapan Allah SWT. Kenyataan inilah yang membuat para malaikat amat kagum, dan mereka pun sujud kepada Adam AS dan mengagungkan kebesaran Allah SWT itu.

Kisah ini terkandung dengan jelas di dalam Surah Al-Baqarah ayat 33 - 34:

(33) "Dia (Allah) berfirman, 'Wahai Adam! Beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu! 'Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia (Allah) berfirman,' Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu sembunyikan?".
(34) "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam!' Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan kafir".

Jadi kalau ada yang mengatakan bahawa kecerdasan adalah faktor bibit atau keturunan, hal itu bererti semua manusia (termasuk kita ini) mempunyai potensi untuk menjadi manusia super genius.

Harun Yahya (Adnan Okhtar) merupakan salah satu ahli falsafah moden yang amat genius

Sebenarnya struktur otak Nabi Adam AS relatif sama dengan struktur otak manusia biasa termasuk kita. Bezanya, Sang Nabi pertama itu sudah secara optimum memakai semua potensi otaknya.

Bagaimanakah dengan kita?

Berfikir pun rasa malas. Hakikatnya ramai dari kalangan kita hanya lebih suka melihat orang lain yang lebih genius sahaja. Dan dari penelitian pula, kita ini kebanyakan hanya memakai daya otak kita sebanyak 10% sahaja sepanjang hidup.

Jadi, apa yang mesti kita lakukan?

Ya, pilihan ada di tangan masing-masing. Yang jelas, orang-orang di Jepun itu memaksimumkan potensi otaknya dan mereka telah menjadi bangsa yang besar dan genius!

Hampir kesemua gadjet-gadjet yang canggih di dunia ini telah diciptakan oleh rakyat Jepun

Sejarah telah mencatatkan bahawa Jepun yang pernah dibom atom pada ketika Perang Dunia ke-II di Hirosima dan Nagasaki. Peristiwa itu telah menyebabkan kerugian dan kerosakan yang amat teruk serta nyaris melumpuhkan ekonomi Jepun secara keseluruhan. Namun tidak perlu lebih dari dua dekad, usaha yang keras dan kegigihan bangsa Jepun telah membuatnya kembali menjadi sebagai bangsa yang besar dan maju. Begitu juga dengan tsunami dashyat yang melanda negara mereka pada tahun 2011, hanya mengambil masa 2 bulan sahaja mereka mampu membersihkan kawasan yang musnah. Bahkan sehingga saat ini Jepun dianggap sebagai salah satu ikon bangsa yang maju dan berbudaya di Asia.

Jadi, semuanya terserah kepada kita. Apakah kita mahu memaksimumkan kemampuan otak kita dan menjadi orang yang berjaya atau hanya orang yang biasa-biasa saja?


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Post – Feb 2012

Share:

7 comments:

  1. Nice entry bro.. banyak pengisian..

    Khas untuk yang nak tambah pendapatan melalui BLOG SAHAJA

    Kepada sesiapa yang ada blog, Anda letih menunggu orang click iklan yang dipaparkan? Kini anda tidak perlu risau kerana ORANG TENGOK BLOG KAMU PUN BOLEH DAPAT DUIT tak percaya tengok ulasan saya. Potensi bulanan USD50+ = RM178 dibayar didalam USD terus ke PAYPAL, Ianya PERCUMA!!
    Orang lain tengok Iklan pun dapat duit

    ReplyDelete
  2. @SiLabiLabi Terima Kasih. Kamu pun salah seorang genius yang boleh buat duit melalui blog... saya menulis bukan untuk dapat duit sangat pun. Saja sebagai hobi je. Andai kata dapat duit, mungkin rezeki/bonus buat saya. Nanti saya lawat tips di blog kamu ya. Ok, thanks again :)

    ReplyDelete
  3. Silabilabi padai cari peluang ya..hehe..
    encik admin: kita ni malas nak berfikir sbenarnya..kalau rajin berfikir mesti dah boleh jadi genius.kan2?

    ReplyDelete
  4. Harun yahya ? Saya dah tak minat beliaulah.. Beliau x ubah sperti konspirator.. Menyatakan n bg hint seolah2 beliau adalah almahdi.. Wallahualam

    ReplyDelete
  5. @Anonymous Harun Yahya sebagai konspirator? Kononnya beliau Imam Mahdi? Kalau semua manusia yang baik kita nak benci atau tidak minat, siapa lagi yang kita mahu minat?

    ReplyDelete
  6. @Anwar SuranBetul..yang baik,selalu kita selidik nk cari kelemahan..yang terang2an jahat..kita boleh cari sudut positif pulak n ada tu..terima tanpa selidik dulu..entahla..

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Entri Terlaris

Hantarkan Email Anda