Berita Alam Ghaib 7: Malaikatul
Maut Dan Hakikat Kematian
Sambungan dari
entri: Asal Kejadian Malaikat Serta Tugasnya (sila klik jika belum membacanya)
Disebutkan di
dalam riwayat, ketika Tuhan menjadikan malaikatul-maut, ia diberi tabir beribu
tabir yang besarnya seluas segala langit dan bumi.
Andaikata air
lautan atau air sungai yang berada di seluruh dunia, kemudian dituangkan keatas
kepala malaikat ini, maka tiada setitis pun yang akan jatuh ke bumi.
Memang malaikat
itu berjisim yang teramat halus, ia dapat menjelmakan dirinya yang sebesar-besarnya, dan dapat mengecilkan
dirinya yang sekecil-kecilnya pula
sehingga tidak ternampak oleh pandangan manusia.
Sesungguhnya
malaikatul-maut itu adalah malaikat yang menyebabkan datangnya kematian pada
tiap-tiap seseorang. Kedatangan maut itu adalah dari sebab roh yang ada pada
manusia, dicabut dan dikeluarkan oleh malaikat itu, yang telah diberi tugas
untuk mencabut roh sahaja. Maka apabila roh itu sudah tidak ada lagi di dalam
tubuh manusia, lalu tubuh itu menjadi mati, ibarat permainan yang sudah tidak
ada beterinya lagi, bererti sudah tidak bekerja lagi. Demikian pula tubuh
manusia kerana sudah tidak ada rohnya lagi, ia menjadi mati.
Setiap insan pasti akan bertemu dengan Malaikatul Maut tanpa temu janji. Adakah anda telah bersedia? |
Kita semua sudah
yakin dan meyakinkan bahawa semua makhluk yang hidup ini pasti akan merasai mati,
baik manusia, haiwan, jin, syaitan mahupun malaikat! Seperti firman Allah di dalam
surat Al-'Imraan ayat 185 :
كُلُّ نَفْسٍ
ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
"Tiap-tiap
yang berjiwa akan merasakan mati".
Hanya waktu ajal
itu sahajalah yang berbeza-beza. Ada yang mati pada waktu sekarang, yakni
meninggal sebelum datangnya hari kiamat iaitu kita (bangsa manusia), jin dan
binatang. Yang dikatakan mati setelah datangnya hari kiamat pula adalah
malaikat, iblis dan syaitan. Namun secara ringkasnya, semua makhluk pasti akan
mati. Oleh itu, setiap kematian tidak mampu ditolak!
Banyak sekali orang
yang takut akan mati, akan tetapi ada juga yang ingin cepat-cepat mati sehingga
ada yang sanggup membunuh diri! Kedua-dua golongan ini adalah telah keliru.
Yang paling penting bagi insan yang masih hidup adalah mencari bekalan akhirat,
maka salah satu jalan untuk memperolehi bekalan akhirat adalah
"Taqwa".
Sebagaimana
Allah berfirman dalam surat Al-Baqarah ayat 197 :
وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ
خَيْرَ الزَّادِ
التَّقْوَىٰ
"Dan
mencari bekallah kamu, dan sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa"
Dan menurut
istilah syarak, yang dinamakan taqwa adalah melaksanakan perintah agama yang fardu mahupun sunat, dan sanggup
menjauhkan larangan agama yang berat mahupun ringan.
Solat itu tiang agama, janganlah kita meninggalkan solat walaupun sekali kerana malaikat maut akan datang menemui kita pada bila-bila masa sahaja |
Setelah membaca
keterangan diatas, maka senanglah kita untuk memahami, apa sebenarnya yang
dikatakan mati itu. Sedangkan kalimat "mati" itu memang benar ditakuti
oleh kebanyakan manusia, mahu atau tidak mahu. Akan tetapi jika manusia itu
mengerti hakikat kematian itu, tentulah tidak sedemikian keadaanya.
Mati sebagaimana
yang dikatakan, adalah sebagai perpisahan diantara roh dengan jasad, dan dalam
erti masing-masing ialah kembali ke tempat asalnya semula dari mana ia berasal,
seperti dari tanah kembali ke tanah dan dari alam rohani kembali ke alam rohani.
Adapun jasad
halus ialah rohani, sekalipun dia telah mati, namun hubungannya masih tetap
berlangsung dengan rohani manusia yang masih berada di dunia.
Dia masih
mengharap kaum kerabatnya yang dicintainya yang masih hidup, supaya menjadi orang
yang baik dan suka beramal soleh. Mereka merasa bahawa kedudukannya sekarang di
alam barzakh lebih bebas daripada ketika mereka masih berada di dunia dahulu,
di mana waktu ketika didunia mereka banyak mengalami rintangan hidup. Oleh kerana
itu, manusia tidak perlu meratapi atau menyesali terhadap orang yang telah mati
itu secara berlebihan.
Janganlah meratapi insan yang telah meninggal dunia berlebih-lebihan sebaliknya berdoalah terhadapnya sebanyak mungkin |
Hal ini sesuai
dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. melarang umatnya meratapi orang yang telah
meninggal secara berlebih-lebihan. Tetapi hendaklah memperbanyakkan doa
terhadap si mati itu. Disamping itu, kita harus juga ingat bahawa mati itu
adalah sudah menjadi undang-undang Allah yang sudah ditetapkan. Hidup dan mati
tidak akan berpisah. Maka dengan adanya mati manusia dapat memahami, bahawa ia
harus tunduk kepada Tuhan yang menciptakannya. Kerana hidup dan mati adalah
Ciptaan Allah, sesuai dengan Firmannya dalam Surat Al-Mulk ayat 2:
الَّذِي خَلَقَ
الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ
لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ
أَحْسَنُ عَمَلًا
"Dialah
yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang
paling bagus amalnya"
Di dalam
keterangan ayat diatas itu, Allah menyebutkan mati terlebih dahulu daripada
hidup, dengan erti supaya "mati" itu banyak mendapat perhatian oleh
manusia. Ini adalah kerana, mati itu adalah merupakan sebagai pintu gerbang
bagi kehidupan yang "Abadi". Seperti yang di katakan oleh sayidina
'Ali karramallahu wajhah :
Al maotu baabun wa kullunnaasi daakhiluhu wa anta quutul mauti
"Mati itu
adalah pintu, dan tiap-tiap orang memasuki pintu itu sedang engkau menjadi
makanan mati"
Maka bagi
orang-orang mukmin tidak perlu takut akan mati. Malah mati itu merupakan pintu gerbang untuk memasuki ke alam barzakh,
sementara menunggu tiba waktunya untuk memasuki ke alam akhirat. Maka di alam
barzakh ini, ia sudah dapat melihat apakah balasan Tuhan terhadap amal
perbuatannya, maka di saat itulah ia merasa gembira dengan hasil perbuatannya
yang tidak mengecewakannya.
Sekian
terima kasih
Bersambung
di entri: Riwayat Nur Muhammad Kunjungi Dunia
Anwar
Suran Home – Feb 2012
0 Komen:
Post a Comment