Berita Alam Ghaib 10: 9 Tenaga
Dorongan Dalam Tubuh Manusia
Sambungan
dari entri: 4 Unsur Dalam Tubuh Manusia (sila
klik jika belum membacanya)
Firman Allah
Ta'alaa dalam surat Adz-Dzaariyaat ayat 21 :
وَفِي أَنْفُسِكُمْ
ۚ أَفَلَا
تُبْصِرُونَ
"dan (juga)
pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"
Penulis percaya,
hampir semua dikalangan kita telah pun mengatahui bahawa seseorang manusia itu mempunyai
tubuh kasar dan juga tubuh yang halus. Yang dinamakan tubuh
kasar itu adalah yang berbentuk badan, kepala, tangan dan kaki. Dan badan kasar
ini juga terdiri dari darah, daging, kulit dan tulang. Akan tetapi jika manusia
cuma mempunyai tubuh kasar dan tubuh halus (roh) sahaja tanpa akal, maka sudah
tentu manusia itu menjadi orang gila
kerana orang gila itu sudah hilang akalnya, bukankah demikian?
Orang gila adalah orang yang sudah kehilangan akalnya |
Perinciannya
adalah seperti berikut:
1.
Jasmani
2.
Roh
3.
Rawan
4.
Akal
5.
Hawa
6.
Nafsu
7.
Dunia
8.
Malaikat
9.
Syaitan
Marilah dibawah
ini kita cuba membahas satu persatu apakah gunanya dan manfaatnya dan apa karyanya
masing-masing itu.
1. Jasmani adalah tubuh kasar yang
menempati roh, dan gunanya roh itu adalah, menghidupi jasmani itu dari ubun-ubun
kepala sehinggalah ke hujung kaki.
2. Roh (nyawa) akan menghidupi sekujur
tubuh manusia dan menumbuhkan tubuh manusia semenjak ia berada di dalam
kandungan ibu sehinggalah lahir ke dunia dan sampai batas ajalnya.
3. Rawan adalah pekerjaan berkhayal iaitu
membayangkan sesuatu samada hal-hal belum datang ataupun hal-hal yang sudah
lalu. Misalnya seorang pengarang novel, mereka dapat menghayalkan sesuatu sehingga
menjadi buah penulisan, demikian juga pelukis, demikian pula orang yang sedang
mabuk asmara, tergambar dan terbayang hal-hal yang mengasyikan padahal belum
dialaminya lagi.
Hayal atau Rawan
ini tidak terdapat pada mana-mana binatang, semua orang ada
"rawan"nya tersendiri cuma kuat atau lemah sahaja bezanya dan rawan
itu bertempat dalam otak manusia. Oleh kerana itulah manusia sifatnya mara ke hadapan.
Kerana dia mempunyai khayal yang diterbitkan oleh rawan, sekecil-kecilnya
adalah mendirikan rumah tangga.
4. Akal adalah satu nikmat pemberian Tuhan
yang tidak ternilai harganya. Manusia diwajibkan beragama kerana akalnya. Akal
inilah sebagai alat penerangan bagi setiap manusia. Maka dengan akal inilah
manusia itu dapat memilih mana jalan yang baik dan mana jalan yang buruk. Dan
dengan akal itu juga manusia mampu menimbang dan memberi keputusan, bersalahkah
dia atau tidak. Maka dalam agama Islam, sangat dilarang meminum minuman keras (arak),
kerana minuman itu akan merosakkan akalnya, meskipun cuma sebentar sahaja.
Mabuk arak akan mengagalkan fungsi akal manusia maka yang mengawal diri hanyalah nafsu dan rawan sahaja |
6. Nafsu adalah keinginan. Ingin kesenangan,
ingin kaya, ingin pangkat, ingin mulia, ingin kemasyhuran, ingin nama baik.
Pendek kata, 1001 jenis keinginan, akan tetapi hawa dengan nafsu adalah
bergandingan. Jika seseorang itu sedang
mendapat sakit, sudah tentu mereka ingin sembuh, jika sedang merasai susah
tentu sekali ingin senang, jika sedang mempunyai rasa cinta, tentu sekali ingin
bertemu kepada yang dicintainya, jika sedang merasa marah, ingin sahaja untuk membebel
atau memukul serta pelbagai lagi.
7. Dunia adalah hobi atau kesenangan. Tiap-tiap
manusia mempunyai hobi atau kesenangannya yang tertentu, tetapi hobi seseorang
tidaklah serupa malah kadang-kadang berubah. Ada orang yang hobinya seperti memelihara
haiwan, ada yang suka main judi, ada yang suka menulis blog (seperti penulis) dan
pelbagai lagi, itulah dunia manusia. Akan tetapi hobi yang tidak terlarang
dalam agama adalah halal dilakukan. Misalnya hobi mencari harta dengan jalan
yang halal dengan berniaga, berusaha, bertani dan sebagainya. Dan ada juga hobi
yang dilarang oleh agama umpamanya, hobi main judi, hobi mencuri, hobi menipu
dan sebagainya.
Terdapat pelbagai hobi (dunia) manusia dan salah satunya adalah memancing |
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ
لَحَافِظِينَ * كِرَامًا كَاتِبِينَ
"Padahal
sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi
(pekerjaanmu)". "yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat
(pekerjaan-pekerjaanmu itu)".
Kemudian, apabila
kita melihat tugasnya sebagai penjaga manusia, manusia itu juga dapat meminta
bantuan daripadanya seperti menjaga seseorang itu dikala tidur. Buktinya cuba
kita lihat, apabila manusia itu sedang tidur sudah tentu mulutnya akan ternganga
serta hidungnya dan telinganya tidak terjaga, tetapi hairan, amat jarang sekali
semut atau lipas memasuki mulut mereka. Itulah tandanya manusia itu di dalam
jagaan malaikat. Berdoalah sebelum tidur.
Diantara bukti
yang lain adalah, cubalah ketika pembaca semua mahu tidur, ucapkanlah demikian:
"Hai malaikatku, bangunkanlah aku pada jam sekian sekian untuk bangun
solat tahajjud atau solat subuh". InsyaAllah pada waktunya sebagaimana
yang saudara minta atau pesankan tiba-tiba mata saudara boleh terbuka sendiri
pada waktu itu. Bolehlah pembaca cuba asal niatnya baik!
9. Syaitan (sifat jin yang jahat), sesungguhnya
syaitan ini bukanlah jauh tempatnya, dia bukan bertempat dikawasan perkuburan
atau di hutan tebal, mereka bertempat di dada manusia.
Cubalah
perhatikan Firman Allah dalam Surat An-nash :
الَّذِي يُوَسْوِسُ
فِي صُدُورِ
النَّاسِ * مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
"yang
membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia".
Maka jelas syaitan
itu tempatnya di dada manusia. Cuba perhatikan ketika kita sedang sembahyang,
pelbagai perasaan kita di akan digoda supaya ingat itu dan ini. Padahal sebelum
kita tabiratul ihram kita tidak ingat apa-apapun. Itulah salah satu hasil
pekerjaan Syaitan.
"Apakah
manfaatnya syaitan itu pada diri manusia? sedangkan kita tahu kenyataannya mengganggu
kekhusyukan dalam sembahyang"?
Tiap-tiap
sesuatu yang Tuhan ciptakan pasti ada gunanya. Contohnya seperti api misalnya,
api ini sangat besar manfaatnya bagi manusia bukan? Kita tidak akan hidup jika
tanpa api. Justeru, api itupun tidak sedikitpun membuat celaka teradap manusia.
Maka jika manusia tidak berhati-hati menggunakan api, nescaya boleh timbul
kebakaran yang akan menjadi bahaya bagi manusia itu sendiri. Demikian pula syaitan
pada diri manusia, syaitan itu asalnya jin, maka jin itu Tuhan jadikan dari
api. Dan adanya syaitan dalam diri manusia adalah untuk menerbitkan amarah atau
Ghodhob, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan :
"Alghodhobu minasyaithooni" ertinya "Amarah itu daripada Syaitan".
Jadi tegasnya
Tuhan jadikan syaitan pada diri manusia adalah untuk menerbitkan perasaan marah
manusia dan kita dapat membayangkan bagaimana jika sekiranya manusia tidak
mempunyai perasaan marah? Cuma barangkali orang yang berubah akalnya (sedang
mabuk) yang tidak mempunyai marah. Akan tetapi, kita boleh marah kepada orang
yang melakukan kesalahan, tetapi janganlah sehingga merosakkan sesuatu atau
merugikan orang lain atau merugikan diri sendiri.
Sekian
Terima Kasih
Bersambung
di entri: Riwayat Asal Kejadian Nabi Adam
Anwar
Suran Home – Feb 2012
terbaik..
ReplyDeleteterbaik
ReplyDelete