Berita Alam Ghaib 15: Menjawab Persoalan Mengenai Maut
Sebagaimana kita
maklum, Allah menjadikan setiap makhluk yang bernyawa itu ada batasnya. Begitu juga dengan kehidupan
kita, pasti ada penghujungnya iaitu "Ajal"
seperti mana Firman Allah di dalam Al-Qur'an:
إِذَا جَاءَ
أَجَلُهُمْ فَلَا
يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً
ۖ وَلَا
يَسْتَقْدِمُونَ
"Apabila
telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya walaupun sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)" (10:49)
Allah Subhanahu
Wa Ta'alaa Maha Bijaksana untuk mengambil nyawa hamba-hambaNya, tidaklah datang
merentap nyawa begitu sahaja, tetapi ia diambil dengan penuh teliti dan adil. Biasanya jika seseorang itu akan tiba saat ajalnya, maka keluarga
orang itu kadang-kadang akan mendapat alamat
atau tanda-tandanya dahulu. Misalnya
jika salah seorang dari ahli keluarga akan menemui ajal, maka diantara seluruh keluarganya
pasti ada yang akan termimpi seperti gigi
tercabut dan sebagainya. Demikianlah penulis alami berkali-kali. Atau
kelakuan orang yang akan meninggal itu sendiri nampak seperti ganjil-ganjil
atau pendek kata buang tabiat.
Terdapat
pelbagai penyebab yang akan mendatangkan kematian pada manusia dan selalunya disebabkan
penyakit. Akan tetapi, pada zaman
sekarang ini terdapat banyak sekali perkara yang mengakibatkan kematian, contohnya
seperti kemalangan jalan raya, termakan hasil tumbuhan atau ternakan yang telah
teradiasi disebabkan oleh kilang Nadir Bumi seperti di wilayah Baotou,
China, mati dimakan buaya, mati dibom oleh wanita gempal sehingga tertinggal
serpihan tulang, dan 1001 macam sebab lagi.
Maka sudah menjadi peraturan atau hukum Allah, iaitu menjadikan sesuatu dengan
ada sebab. Misalnya, Allah akan menjadikan keturunan manusia disebabkan oleh
perkawinan seorang lelaki dengan seorang perempuan. Begitu seterusnya hukum Allah berlaku sehinggalah hari
penutupan dunia, iaitu Kiamat.
Ramai pekerja zaman moden ini mati akibat menghidap penyakit pencemaran dan juga kecelakaan di kilang |
Firman Allah di
dalam Al-Qur'an surat Al-Ahzab ayat 62 :
وَلَنْ تَجِدَ
لِسُنَّةِ اللَّهِ
تَبْدِيلًا
"kamu
sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah".
Jika pada zaman
dahulu hanya kaum wanita sahaja yang melahirkan anak, maka begitulah juga sekarang ini seperti mana yang Allah swt jadikan iaitu kaum wanitalah juga yang hamil dan melahirkan
anak. Dari semenjak zaman Siti Hawa sehinggalah sekarang ini dan juga pada masa akan datang.
Firman Allah di
dalam surat Al-'Imraan ayat 154 :
قُلْ لَوْ
كُنْتُمْ فِي
بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ
الَّذِينَ كُتِبَ
عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ
إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْ
Katakanlah:
"Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah
ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka
terbunuh".
Keterangan Allah
seperti ini sering terjadi, seperti pernah diceritakan peristiwa yang terjadi
di zaman Nabi Sulaiman a.s.
Menurut riwayat,
ketika Nabi Sulaiman a.s. sedang duduk berkumpul bersama ahli jema'ahnya di
dalam sesi pembelajaran agama, tiba-tiba datang seorang tetamu yang tidak
dikenalinya, yang matanya tidak lepas memandang kepada salah seorang ahli
jemaah itu. Semua yang hadir menyaksikannya. Kemudian setelah si tetamu asing
itu bercakap-cakap dengan Nabi Sulaiman, lalu tetamu asing itu keluar dan terus
menghilang. Secara tiba-tiba perasaan si jemaah yang dipandang oleh sang tetamu
asing tadi menjadi resah dan gelisah,
lalu diminta Nabi Sulaiman menghantarnya pulang, sedangkan rumah orang itu amat
jauh sekali, iaitu di negara China!
Jika kita ditakdirkan mati di China, pasti Allah akan mencabut nyawa kita disana tepat juga dengan masanya |
Kemudian Nabi
Sulaiman a.s. menghantarkan pemuda itu pulang ke China dengan menggunakan permaidani
yang dibawa oleh angin atau permaidani
terbang (cerita ini bukan dongeng ok). Setelah pemuda itu dihantarkan
pulang, lalu Nabi Sulaiman a.s. menerangkan kepada semua jemaah mengenai
perkara sebenar yang berlaku sebentar tadi:
"Sebenarnya
tetamu asing yang datang itu adalah Malaikatul-Maut!
Siapa sangka dia datang dengan keadaan dirinya dalam bentuk jelmaan manusia.
Dia berkata-kata kepadaku iaitu katanya menurut catatannya, bahawa pemuda itu
harus mati di negara China, tetapi orangnya masih lagi berada disini. Jadi
malaikat itu meminta bantuanku supaya menghantarkan orang itu cepat-cepat ke
negerinya".
Demikianlah permintaan dan tugas malaikat itu, maka setelah sampai
ke negerinya, terjatuhlah jemaah
tersebut dari atas permadani, maka di saat itu Malaikatul-Maut datang mencabut nyawanya.
Tersebut pula di
dalam riwayat lain pada zaman dahulu kala, ada seorang lelaki yang amat soleh,
yang selalu mendoakan setiap hari seperti ini:
"Ya Allah
Ya Tuhanku, ampuni aku dan malaikat
matahari"
Jika kita ditakdirkan mati di matahari, tidak mustahil Allah swt akan menghantar kita kesana untuk mati! |
Kemudian Allah
menyuruh Malaikat Matahari turun ke bumi untuk mengunjungi orang itu. Katanya :
"Sesungguhnya engkau selalu mendoakan aku, apakah tujuanmu?"
Jawab orang
lelaki itu : "Tujuanku ialah supaya kamu bawakan aku ketempatmu, dan
tanyakan kepada malaikatul-maut bilakah
ajalku?
Lalu malaikat penjaga
matahari membawa orang itu pergi ke tempatnya di matahari. Kemudian malaikat
matahari itu pergi bertanya kepada malaikatul-maut, bilakah saat ajal orang
itu.
Malaikatul-maut
segera melihat daftar nama-nama manusia, kemudian lalu berkata: "Ya sudah
hampir saatnya, bahawa ia akan mati apabila sudah berada di matahari".
Maka tanpa
berlengah lagi, malaikatul-maut lalu mencabut nyawa orang lelaki itu. Dekat
matahari pun ada orang mati. Itulah tanda kekuasaan Allah swt iaitu akan
mencabut nyawa seseorang tepat pada masa dan tempatnya. Subhanallah. Jika
direnungkan, anak gadis sunti yang datang dari Mongolia pun boleh mati di
Malaysia di dalam keadaan yang amat sadis iaitu di bom!
Demikian itulah
yang dinamakan Qadha dan Qadar…
Sekian
Terima Kasih
Bersambung di
entri: Berita Alam Ghaib 16
Anwar
Suran Post – Feb 2012
0 Komen:
Post a Comment