Berita Alam Ghaib 11: Riwayat Asal Kejadian Nabi Adam
A.S
Sambungan
daripada entri: Berita Alam Ghaib 10 (sila klik jika belum baca)
Pada suatu
ketika Allah swt memerintahkan malaikat jibril supaya turun ke bumi untuk
mengambil sebahagian tanah yang akan dijadikan sebagai bahan untuk mencipta Adam.
Namun, setelah sampai ke bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan
Adam, hingga bumi bersumpah, "demi Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya
dijadikan Adam kerana ia khuatir kelak Adam akan menjadi derhaka kepada Allah!"
Lalu jibril
kembali ke hadirat Allah, ia tidak dapat berbuat apa-apa setelah mendengar bumi
bersumpah.
Kemudian Allah
menitahkan malaikat Mikail pula turun ke bumi, dengan tujuan yang sama. Namun,
setelah mendengar sumpahan bumi, seperti apa yang telah dikatakan Jibril, Mikail
pun tidak dapat berbuat apa-apa, ia pun kembali ke hadirat Allah dengan
tangan-tangan hampa.
Bumi amat takut tanahnya diambil kerana dikhuatiri Adam akan menderharkai Allah swt |
Kata Allah :
"Hai Izra'il engkaulah kini yang aku
tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,
bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kamu kerjakan atas perintah
dan atas namaKu".
Begitulah
setelah Izra'il tiba diatas bumi ia berkata : "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas
nama Allah. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, bermakna engkau
membantah perintah Allah, dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang
durhaka kepada Allah, bukan?".
Setelah mendengar
kata-kata Izra'il sedemikian, bumi tidak dapat berkata apa-apa lagi kecuali
membiarkan sahaja Izra'il mengambil tanahnya dengan pasrah. Setelah Izra'il
mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadhirat Allah.
Kata Allah : "Ya Izra'il… pertama, engkau yang aku
tugaskan untuk mengambil tanah, dan kelak engkau pula yang aku tugaskan untuk
mencabut ruh manusia.
Jika
demikian, hamba kuatir yang hamba ini akan dibenci oleh anak adam kerana
pekerjaan hamba ini,
kata Izra'il.
"Tidak!" jawab Allah… Mereka tidak akan memusuhi engkau. Aku yang
mengaturkanya. Lalu aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian bagi
mereka. Seperti sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya.
Manusia tidak akan menyalahkan Malaikat jika dicabut nyawanya |
Menurut
keterangan para alim Ulama bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut:
1.
Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2.
Tanah Bukit Tursina
3.
Tanah Iraq
4.
Tanah Aden
5.
Telaga Al-Kautsar
6.
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7.
Tanah Paris
8.
Tanah Khurasan
9.
Tanah Babilon ( Babylon )
10.
Tanah India
11.
Tanah Syurga Firdaus
12.
Tanah Tha'if
Kata
Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis,
kerana disitulah berada otak manusia, dan disitulah tempat akal
2. Telinganya dari tanah bukit Tursina, kerana
dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu
tempat sujud kepada Allah
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu
tempat berhias dan tempat kecantikan
5. Mata dari tanah telaga Al-Kautsar
tempat untuk menarik perhatian
6. Giginya dari
tanah telaga Al-Kautsar, tempat bermanis-manis
7. Tangan kanannya dari tanah Ka'bah,
untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia
Kepala Nabi Adam diperbuat daripada tanah Baitul Maqdis dan disinilah terletaknya otak dan akal |
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat
beristinjak
9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat
lapar dan haus
10. Kemaluannya dari tanah Babylon, disitu
tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke
lembah dosa
11. Tulang dari tanah Bukit Tursina, sebagai
alat penyokong tubuh manusia
12. Dua kakinya dari tanah India, tempat
berdiri dan jalan
13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana
disitu tempatnya iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya
14. Lidahnya dari tanah Tha'if tempat mengucap
syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.
Sekian
Terima Kasih
Bersambung
di entri: Berita Alam Ghaib 12
Anwar
Suran Home – Feb 2012
pernah terbaca saiz Nabi dulu2 agak besar kan..betul eh?
ReplyDelete@beE_ChaN Tepat sekali... size manusia dulu-dulu memang besar-besar kemudian terus mengecut dan jadi pengecut hehe... Tinggi Nabi Adam 30 hasta rasanya, mungkin sama tinggi dengan pohon kelapa di tepi pantai...
ReplyDeleteSubhanallah...tingginya...agaknya kalau compare dgn manusia zaman sekarang mesti rasa kita ni macam semut je kan?
ReplyDeleteBetul. Nabi Muhammad saw pun bersaiz besar berbanding kita... tapi besar sikit je. Kalau tak percaya lihatlah size terompah atau jubah baginda, search kat google ya. Takpun nanti saya buat entri baru tentang size masyarakat terdahulu :)
ReplyDeleteokay..secara tak langsung saya dah menyumbang kepada idea entri baru..hehe..walaupun ciput.. :D
ReplyDeletemmg penciptaan adam adlh yg trbaik
ReplyDeletekenapa diberi nama nabi adam a.s
ReplyDeletekenapa tidak jhon ke leman ke
atau nama lain
kenapa nama adam
kenapa di beri nama nabi adam a.s
ReplyDeletetidak wahab ke ijam ke
atau lain
apa sebabnya.
urusan Allah..buat pe nk pening2.sesungguhnya pengetahuanmu ttg roh itu amatlah sedikit.bukan urusanmu utk mempersoal..dia nk bg nama tu..ikut dia la..yg penting kn tau apa mahunya Allah pd Adam..tau dah?
ReplyDeleteKata Syeikh Iskandar Zulqarnaen : Ada pun asal kejadian lembaga Nabi Adam AS, dijadikan dari 7 kepal tanah Mekah. Maka sebab itu permukaan tanah Mekah itu seperti berkawah. Maka terbentuklah 7 anggota utama Nabi Adam AS. Lalu dilengkapkan dengan 10 pancaindera dan organ-organ dalaman Nabi Adam AS. Maka terbina lengkap sempurna "17 anggota Nabi Adam AS". Maka sebab itu anak cucu warisan Nabi Adam AS diwajibkan mendirikan Solat 5 waktu sebanyak "17 rakaat sehari semalam". Maka sebab itu tatakala bersolat itu kita diwajibkan berkiblat menghadapkan jasad batang tubuh keBaitullah diMekah, titik asal kejadiannya Nabi Adam AS...
ReplyDeletePersoalannya : Kepada Malaikat yang mana satukah Allah perintahkan menjalankan tugas-tugas itu.? Kebumi manakah diangkut tempat bertempanya lembaga Nabi Adam AS itu..?? Berapa lamakah tempoh masanya bermula diangkut dari tanah Mekah hingga siap lengkap, hingga bernayawa hidup lembaga Nabi Adam AS itu...??? Tidak ada sesiapa yang tahu, melainkan kepada mereka itu yang sedikit. Jawapannya : Allahu'alam... Hanya Allah Rabbul Jalal Yang Maha Pencipta jua Yang Maha Tahu....