Cukai Haram Di Sisi Islam
Kerajaan
sasar kutipan cukai RM97 bilion tahun ini - LHDN
SEREMBAN 21 Jun
– Kerajaan menyasarkan kutipan cukai yang disemak semula sebanyak RM97 bilion
pada tahun ini berbanding sasaran awal RM91 bilion, kata Timbalan Ketua
Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Aziz Hashim.
Katanya, sasaran
baharu itu disemak semula oleh Kementerian Kewangan. "Sasaran ini,
bagaimana pun tidak tetap, yang bergantung dengan keadaan ekonomi semasa,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Mesra Hasil peringkat
nasional di sini hari ini. Kutipan setakat ini menunjukkan prestasi yang amat
memberangsangkan, katanya, sambil menyatakan kutipan cukai pada tahun lepas
ialah RM86 bilion. Selain itu, katanya, sebanyak 320 kes bilangan notis
tuntutan tunggakan hasil yang melibatkan jumlah tunggakan lebih RM10 juta.
Daripada bilangan itu, menurutnya, 250 kes melibatkan individu dengan tunggakan
hasil RM6 juta, manakala 70 kes melibatkan syarikat, dengan tunggakan RM4 juta.
– Bernama
Sumber
: Utusan Online, 21/06/2011
Cukai Haram Di sisi Islam
Cukai..oh cukai.
Buat negara kapitalis seperti Malaysia, ia merupakan nadi bagi kerajaan. Negara
sering berdalih dengan mengatakan, hanya dengan cukailah negara akan ada
pendapatan dan dengan pendapatan daripada cukai itulah negara dapat dibangunkan
dan kebajikan rakyat dapat dijaga. Apakah ini benar di sisi Islam? Bukankah
Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti
sabdanya :
“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” (HR Ahmad, Abu Daud & Hakim)
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (HR Ahmad)
Hadis ini dengan
jelas menyatakan keharaman memungut cukai sebagai pendapatan negara, malah ia
juga menyatakan bahawa pemungut cukai seperti pemerintah kapitalis sekarang ini
bakal dicampakkan ke dalam neraka! Nauzubillahu min dzalik! Islam telah
menetapkan bahawa adalah haram bagi pemerintah untuk mengutip cukai, baik ia
berupa cukai pendapatan, harta, perniagaan dan lain- lain yang nyata merupakan satu
aktiviti memeras keringat yang telah dikeluarkan oleh rakyat. Dalam Islam,
telah digariskan beberapa sumber pendapatan negara seperti Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus,
Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber- sumber ini sekiranya di uruskan dengan penuh
amanah, insyaAllah ia akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat. Ini belum
dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat
banyak di perut bumi negeri umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada
umat bagai memastikan kesejahteraannya.
Dalam keadaan
umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf
kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan,
kerajaan pula berasa amat bangga dengan kutipan cukai yang semakin bertambah
saban tahun. Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah jaminan atas kebajikan dan
keperluan mereka oleh negara, berlandaskan peraturan yang telah diturunkan oleh
Allah, bukannya disogok dengan berita jumlah kutipan cukai yang bertambah saban
tahun! Hakikatnya, berita seperti ini adalah gambaran bertambahnya jumlah
rompakan usaha dan keringat rakyat oleh para pemerintah kapitalis! Wallahu a’lam.
Sekian
Terima Kasih
Anwar
Suran Home – Feb 2012
siannya rakyat Malaysia.
ReplyDelete@nemo Bukan rakyat malaysia sahaja malah mana-mana negara kapitalis pun sama...
ReplyDeletemohon share :D
ReplyDelete@www.terbaik.my Dipersilakan, tetapi jangan berkongsi URL gambar (takut memberikan kesan pada bandwitch) dan juga jangan lupa letak sumber atau kredit dari blog saya ya. Itu sahaja :)
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteerrr bukan ker pd zaman pemerintahan rasulullah s.a.w. pon guna cukai utk pndapatan b pmbangunan negara? maaf kalo tesilap (igt2 lupe). mohon betolkn mne yg slh... :-)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemohon pandangan lain dan ingin berkongsi pendapat.
ReplyDeletejika cukai dimansuhkan, bagaimana dengan bukan islam?
umat islam ada pilihan lain selain membayar cukai, iaitu membayar zakat (sama ada zakat harta /zakat pendapatan). jika cukai dimansuhkan, orang selain islam akan terus kaya kerana mereka tak perlu beringat dalam mengumpul kekayaan.
Cukai dlm sistem ptdbirn islam adalah zaman khalifah Umar RA. Yg sempit akal utk bangunkn negara. Cukai dkena bg yg layak sahaja. Faham sistem cukai. Anda akan tahu kaeaahnya. ....mcm mn jika tanpa cukai...zakat khas utk 8 asnaf sahaja... Anda fahamkah Sistem zakat... Tanpa cukai...negara gagal bfungsi sbgai sebuah negara yg kuat...pndidikn ..pthanan..infrastruktur...kesihatan dll. cukai dpungut dgn adil...dgn kesedaran cukai utk mnyumbg demi negara yg kita cintai n diami... Adalah anda faham sistem takaful.... Juga utk kongsi susah senang dklngn ahli atau rakyat...TOLONG FAHAM UTK NEGARA. Adalah anda boleh bertugas sbgi guru tanpa gaji yg tetap. Atau pjwat awam dgn gaji yg tetap...seorg peniaga tanpa perlu utng...islam agama adil n for all...bukan sempit seperti yg anda faham dgn hanya 2 hadis itu...bgimn asbab nuzul ayat n hadis..perlu jauh lagi anda bljar utk islam n ummahnya
ReplyDeleteJgn smpit akal...islam agama spnjng zaman
ReplyDelete